Khurafat



Bagaimana mahu mendapat berkat
Bila hidup penuh khurafat
Bagaimana mahu berjalan lurus
Bila minda masih tidak terurus
Benarlah kata yang mendidik
Hati insan senantiasa berbolak balik
Hingga sukar untuk ditilik
Dijentik syaitan sudah terbalik
Tak kenal mana yang baik 
Dan mana yang syirik
Zikir mula dicampur aduk
Pada maulana mereka tunduk
Dicipta zikir yang tidak disuruh 
Berpusing menari bagai dirasuk
Restu maulana pembuka upacara 
Alunan seruling mengiringi doa
Kaki diputar mengikut irama
Dianggap itu sembahan sempurna
Ajaran Nabi mula diubah
Hingga ramai yang buat bid'ah
Mengapa di cari jalan yang susah
Hingga sanggup bersusah payah
Bukankah aturan Allah itu mudah
Kenapa pada makhluk pula dipuja disembah
Jangan diikut cara khurafat
Jauhkan diri dari jalan yang sesat
Moga hidup sentiasa berkat
Dunia akhirat insyaAllah selamat

-Alhambra 
28 March 2015
Dalam perjalanan Konya--Ankara--Bolu--Istanbul 
Ilham dari Dervish Show


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

17/09/2017-Pengembaraan ke Kashmir (KL-New Delhi)

Tangan Tangan Ghaib

Travelogue to Turkey- Part VI-Konya - Mevlana museum and Sultanhani Caravanserai