Suara Rakyat
Bagaimana mahu bersumpah setia
Bila hati sering saja terluka
Bagaimana mahu menyemai rasa cinta
Bila kasih sering di balas tuba
Bagaimana mahu berbudi bahasa
Bila menegur rakyat pula di dera
Bagaimana mahu bersuara membina
Bila bicara di humban ke penjara
Lalu kami harus bagaimana
Berdosa kah bila kami tidak lagi setia
Bila kami tidak lagi percaya
Salah kah bila tiada lagi rasa cinta
Kerana kami sering sahaja terkena
Salah kah bila kami memekalan telinga
Kerana enggan lagi diperdaya
Bukan sengaja membisu tanpa suara
Tapi kami sudah muak dengan sikap bermuka muka
Wahai penguasa
Kami bukan hamba
Jangan fikir kami mudah diperdaya
Kami bukan buta huruf yang tidak tahu membaca
Maka sewenang nya engkau berdusta
Menipu dengan dongengan kelas ketiga
Benar kami hanya lah rakyat
Namun kami juga punya pendapat
Tanpa kami engkau tiada tempat
Kami lah yang memberi mu mandat
Kenapa takut dengan kritikan rakyat
Hingga mereka segala macam muslihat
Kenapa tangan kami mahu diikat
Mulut kami cuba di sumbat
Tapi kini rakyat celik maklumat
Ingin kami memberi ingat
Pengaruh mu bisa tergugat
Makin dilindung kian jelas terlihat
Bila rakyat bermuafakat
Bila rakyat sudah meluat
Kamu bisa tersungkur rapat
Kerana suara kami suara rakyat
Suara rakyat suara keramat
Cetusan Rasa Alhambra
24 April 2015
Ulasan