SINIS



Terima kasih PM
Kerana tuan kami kini sudah berakal
Kalau dulu kami mungkin berfikiran dangkal
Kini kami dah makin pandai
Maklumlah hari-hari di asak dengan berita di TV nasional
Hingga makcik dan pakcik di kampung pun dah makin pintar
Kalau tidak percaya tuan bisa saja beri soalan menduga akal
Jika di beri kertas untuk di uji
Bisa saja kami lulus kelas terpuji
Bukan setakat CGPA 3.85 lagi
Lebih dari itu pun kami bisa beri
Kerana akal kami lebih sedikit dari akal menteri

Kami sayang PM
Banyak sungguh yang telah tuan beri
Hingga kami rasa malu sendiri
Duit BRIM tahun lepas pun belum habis kami makan lagi
Kini masa kami pula membalas budi
Minta apa saja kan kami beri
Mahu di minta bantu bayar hutang 1MDB
Jangan risau nah cukai pendapatan tahunan kami beri 
Tak cukup kami tambah dengan cukai GST
Buat lah pelaburan dengan tabungan TH kami
Lambat lagi pun kami boleh naik haji
Kalau tuan mahu ambil dulu lah tabungan pencen dan KWSP
Naik kan saja harga minyak lagi
Kami tak kisah berjalan kaki
Pandai-pandai lah kami hidup berdikari
Kerana kami memang suka berbakti

Kami sokong PM
Jangan lah tuan hiraukan musuh yang menyerang
Itu semua fitnah yang terancang
Kerana mereka hanya cuba mencari peluang
Menanti saat bila tuan akan tumbang
Namun tak usah lah tuan bimbang
Di belakang tuan ada permaisuri terbilang
Tak kurang juga badut-badut sekeliling pinggang
Mereka sanggup saja berjuang demi wang
Berpura-pura menghunus keris bila ditentang
Lagak bagai panglima dan hulubalang
Cuma hati-hati dengan tikaman dari belakang
Jika saat kejatuhan itu tetap mendatang 
Ada baik nya tuan berfikir secara matang
Jangan teruskan angan yang panjang
Berundur lah secara hormat sebelum tuan ditendang

-Alhambra 
11 May 2015


























Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

17/09/2017-Pengembaraan ke Kashmir (KL-New Delhi)

Tangan Tangan Ghaib

Travelogue to Turkey- Part VI-Konya - Mevlana museum and Sultanhani Caravanserai