17/09/2017-Pengembaraan ke Kashmir (KL-New Delhi)




Penerbangan dari Kuala Lumpur ke Indera Gandhi International Airport menaiki Malindo air bermula dari jam 6.10 pm jam Malaysia. Perjalanan mengambil masa selama 5 jam boleh dikatakan lancar sepanjang perjalanan dari KL- New Delhi. Pertama kali saya mengikut Ummi travel vacation tour yang di kendalikan oleh rakan junior sekolah saya (Asmida). Ahli rombongan kumpulan kami pada kali ini seramai 26 orang. Kali ini perjalanan saya membawa bersama anak sedara saya (Syirah) untuk jadi peneman. Ada beberapa ahli-ahli rombongan lain yang saya kenal sebelum ini. Antara kami 4 orang Ex-Jenan (dari batch yang berlainan Asmida, K. Mona Din dan Ruby- batch Mida) dan seorang lagi my Ex UM classmates (Fifi).





Oleh kerana letih perjalanan sehari sebelum ini belum habis lagi, jadi bila masuk saja dalam kapal terbang saya terus terlelap dan dapat tidur dengan nyenyak dalam perjalanan. Cuma bangun sekali sekala untuk makan dan menonton separuh in flight enterteinment movie dan sambung tidur semula. Kami tiba di Indera Gandhi International airport dalam jam 9.10pm (Jam India) bersamaan dengan 11.10pm waktu Malaysia. Terdapat perbezaan masa selama 2 jam antara jam Malaysia dan India. Jadi sudah lewat malam juga bila kami tiba di sini...walaupun masa India masih boleh di katakan awal.

Airport di New Delhi ini agak baru, dan tepampang kenyataan yang airport ini telah dua kali di anugerahkan tempat pertama untuk service quality award. Tapi apa yang kami alami selepas itu amat mengecewakan untuk kami juga menganugerahkan anugerah cemerlang untuk airport ini. Untuk pelepasan imigresen dan visa...kami beratur di line e-visa, untuk foreigner dan visa yang di pohon melalui online. Owh yer, nak masuk India kena ada visa. Barisan ini agak panjang. Itu tidak mengapa sekiranya pergerakan barisan itu pantas dan pemeriksaan yang efficient dari pegawai imigresen. Ini tidak...pemeriksaan untuk seorang mengambil masa lebih kurang 10 minit...jika tiada masalah. Setiap orang akan di imbas dengan 'hand print' & both thumbs print...means that 4 jari sebelah kiri, di ikuti dengan 4 jari sebelah kanan dan kemudian kedua-dua ibu jari. Masalah nya adalah pada sistem pengesanan cap jari yang tidak berapa bagus....asyik tak boleh detect finger or thumb print saja. Ada pelancong lelaki tua dari Cina, dah mula marah-marah kerana proses untuk pengesanan cap jari melalui sistem ini tidak dapat mengesan cap jari. Jadi perlu diulang-ulang proses yang sama sehingga berjaya. Dah la pegawai imigresen yang di tempatkan di sini tak ramai pulak tu pada peringkat awal, sehingga bila ramai yang mula resah kerana terpaksa beratur lama.... baru mereka menambahkan pegawai imigresen di kaunter. Pegawai- pegawai imigresen pulak punya la tak ada yang muka manis pulak tu. Jadi boleh bayangkan ada yang dekat 15 min untuk selesaikan proses ini.

Bila sampai pada giliran saya, siap kena marah pulak dengan pegawai imigresen tu, sebab tak perasan kaunter dia dah clear. Cehhh...dia ingat kita saja2 suka2 sembang beratur lama. Banyak pulak yang dia tanya. Muka jangan cakap la...tak de senyum langsung, rude pulak tu cara cakap. Berapa kali la jugak kena letak untuk finger print  & thumb print...boleh di katakan selepas kali ketiga untuk setiap belah tangan kanan, kiri dan ibu jari...baru siap. Masalah nya pada detection system of finger print yang tak begitu efficient...tapi nak di implemenkan. Susah la kalau pelancong tengah ramai.

Setelah selesai dan mengambil bagasi yang telah lama di angkat keluar dari carousel...kami menunggu di ruangan luar sambil menunggu keseluruhan ahli kumpulan kami siap. Keseluruhan proses dari awal kami mendarat sehingga masa habis imigresen mengambil masa hampir 2 jam jugak.

Bila kami keluar kami di sambut oleh our Local guide (Syuaib) dgn jambangan bunga harum sundal malam😄. Dari airport ia nya mengambil masa lebih setengah jam untuk kami tiba di hotel. Jam jugak jalan di Delhi ni walaupun waktu sudah hampir tengah malam. Kami menginap atau mungkin boleh saya kata tidur beberapa jam di hotel bertaraf 5 bintang ini...Piccadelly hotel Delhi. Esok pagi-pagi kami perlu bangun awal pagi untuk perjalanan seterusnya ke Srinagar airport. Hampir pukul 1 pagi baru boleh tidur dan esok 4.30 pagi kami sudah patut memulakan perjalanan ke airport semula.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Tangan Tangan Ghaib

Travelogue to Turkey- Part VI-Konya - Mevlana museum and Sultanhani Caravanserai