PESANAN...


Ajarkan anakmu
Jangan bangga jadi Melayu 
Kerana Melayu selalunya layu
Masih ingin menjadi tuan
Tapi melangut menunggu habuan
Menjerit berpesta tak ingat tuhan 
Terasa hebat merempit di jalanan
Bangga dengan kuasa ditangan
Tak sedar ia mula lucut dari genggaman 
Masih khayal terpinga-pinga
Sangkanya, takkan Melayu hilang didunia
Rupanya kekal hanya pada nama
Adab dan bicara sudah tiada serupa

Ajarkan anakmu
Menjadi Muslim beriman
Manusia budiman
Tahu hidup biar bertuhan 
Agar tak menyimpang tersesat jalan
Kenal  ALLAH, kenal Rasulullah 
Agar tidak bertuhankan Abdullah
Ajarkan Al Quran, ajar berzikir
Kelak mereka tahu berfikir
Ajari mereka lengkapkan solat
Bila besar tak jadi sesat

Hidup ini anakku
Bukan berbangga dengan bangsa
Tapi hidup biar beragama
Jangan terpesona tipu daya dunia
Ia hanya bisa bawa mu ke neraka
Pada tuhan jangan ada sekutu
Biar menyembah hanya pada yang Satu
Mungkin kamu dari generasi baru
Tapi asam garam kehidupan tiada pernah berbeza
Kerana kita masih berperang dengan syaitan yang sama

-Alhambra
2 Sept 2015


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

17/09/2017-Pengembaraan ke Kashmir (KL-New Delhi)

Tangan Tangan Ghaib

Travelogue to Turkey- Part VI-Konya - Mevlana museum and Sultanhani Caravanserai