Bendera dan Al Aqsa
Bersorak gumbira lah mereka menipu umat dunia
Kata nya bendera sudah di kibar
Tanda wujud nya negara Palestin berdaulat
Mengaburi mata dunia
Kononnya niat UN begitu mulia
Tapi di biarkan Israel menyerang Al Aqsa
Senyap mulut Uncle Sam tak bersuara
Melihat tentera Israel membantai warga tak berdosa
Bagaimana mahu kita percaya
Kamu musuh tetap musuh
Itu yang paling nyata
Kamu hanya mampu beri kami bendera
Dengan harga sebuah Al Aqsa
-Alhambra
2 Oktober 2015
Ulasan