Anaemia...
Izinkan aku
bersandar sebentar di bahumu
Buat hilang lelah seketika
Sempit rasa di dada
Degup jantung makin pantas
Lesu badan sukar untuk bernafas
Bibir pucat bagai di toreh tak berdarah
Kepala pusing, tak keruan arah
Mata kelam
Bagai mahu pitam
Biar ku pejamkan mata seketika
Agar bisa minda ku berfungsi semula
Biar darah mengalir ke organ utama
Gejala anaemia ini akan reda
Terima kasih Tuhan
Kerana beri aku peringatan
Terima kasih Tuhan
Dengan nikmat kesihatan
Terima kasih Tuhan
Kerana masih beri ku kesempatan
Untuk aku terus bersyukur
Dengan segala nikmat Mu yang tak bisa diukur
Alhamdulillah....
-Alhambra
26 Oktober 2015
Ulasan