Catatan

Tunjukkan catatan dari April, 2017

31 March 2017 ( Thingvellir--> Geysir--> Gullfoss)

Imej
Selepas breakfast,  sempat jalan2 sekitar kawasan dekat2 hotel. Kami akan balik semula ke hotel yang sama pada hari akhir lawatan di Iceland. Tapi mungkin tak sempat jalan2 di sekitar kawasan ini sebab sampai lewat petang. Kami berjalan ke bangunan putih,tak jauh dari hotel kami. Terlalu simple bangunan ini yang di miliki sebelumnya oleh seorang pelukis...Louisa Matthiasdottir.  Rumah ini bersebelahan dengan laut dan bertentangan dengan Mount Esja (pronounce as Mount Esia). Rumah tak berpagar ini melakarkan sejarah di mana pertemuan penting antara Gorbachev & Ronald Reagan pada tahun 1986 yang menamatkan cold war....Lupa pulak perang kat apa dan di manaπŸ˜„. Ni Pak Chat ler cerita...tak ambil gambar pulak semua cerita. Seperti biasa sempat ler berposing depan rumah tu. Satu yang amat menarik adalah tahap keselamatan di sini...untuk sesebuah bangunan yang di anggap penting & bersejarah tetapi tiada pengawalan atau pagar yang mengelilingi, menunjukkan tempat ini selamat. B...

Misi Mencari Rumah Allah di bumi Iceland (30 March 2017)

Imej
Seusai check in & quick refreshment, kami memulakan perjalanan dalam pukul 7 pm lebih mencari rumah Allah. Tujuan nya adalah untuk menyampaikan beberapa naskah Quran serta buku agama berbahasa Ingeris untuk dihadiahkan kepada umat Islam di Iceland. Sumbangan dari puteri2 SSP. Memang letih tu jangan cakap la berjalan....Tapi semangat kan juga. Ikut kata Fahimi, kalau ikut google map tu dalam 2 km perjalanan saja dari hotel kami. Nasib kami baik...kerana cuaca agak baik. Tahun lepas kata Tun, they had to walk on ice. So this time sejuk, tapi boleh tahan la. Langkah kali ni lebih panjang berbanding dengan lawatan Tun last year. Jalan punya jalan... Tak jumpa2 lagi masjid nya di mana. Jangan cakap la nak cari struktur masjid dgn kubah & mineret segala macam kat Malaysia. Sampai kami tiba di satu restaurant pizza yang nampak macam di jaga oleh Muslim. Lalu kami singgah dan bertanya arah tujuan ke masjid. Nak di jadikan cerita, salah seorang dari mereka adalah seorang khatib yang mem...

Perjalanan ke Reykjvik, Iceland (29-30 March 2017)

Imej
Tak boleh tidur la pulak... kesan jet lag la ni... So saya sambung tulis my travelogue...πŸ˜‰ Perjalanan ke Reykjvik, Iceland (29-30 March 2017) Waktu sekarang ~ hampir pukul 3 pagi waktu ke destinasi & lebih kurang pukul 9 pagi waktu Malaysia. Perjalanan ke Amsterdam dari KL mengambil masa hampir 12 jam dan dah berapa kali aku tidur dan bangun, suasana masih gelap. Perjalanan merentas masa menyebabkan perjalanan ke arah barat sentiasa di kejar arah matahari terbit, jadi sepanjang perjalanan jadi malam. Begitulah kekuasaan Allah SWT. Entah kenapa terasa nak menulis pulak, mungkin sebab dah bosan dan sakit pinggang lama sangat duduk dalam flight ni.  Tapi macam selalu semangat aku ni, kadang-kadang lebih pada hangat-hangat taik ayam. Bila mood datang macam-macam nak tulis, bila mood hilang ...hampehh. Bila tunggu nak tulis bila dah sampai Malaysia, lagi la jangan harap. Teavelogue ke Turkey dulu pun tak habis. Destinasi aku kali ni ke Reykjavik, Iceland, singgah transit sebentar d...