Misi Mencari Rumah Allah di bumi Iceland (30 March 2017)




Seusai check in & quick refreshment, kami memulakan perjalanan dalam pukul 7 pm lebih mencari rumah Allah. Tujuan nya adalah untuk menyampaikan beberapa naskah Quran serta buku agama berbahasa Ingeris untuk dihadiahkan kepada umat Islam di Iceland. Sumbangan dari puteri2 SSP. Memang letih tu jangan cakap la berjalan....Tapi semangat kan juga. Ikut kata Fahimi, kalau ikut google map tu dalam 2 km perjalanan saja dari hotel kami. Nasib kami baik...kerana cuaca agak baik. Tahun lepas kata Tun, they had to walk on ice. So this time sejuk, tapi boleh tahan la. Langkah kali ni lebih panjang berbanding dengan lawatan Tun last year.

Jalan punya jalan... Tak jumpa2 lagi masjid nya di mana. Jangan cakap la nak cari struktur masjid dgn kubah & mineret segala macam kat Malaysia. Sampai kami tiba di satu restaurant pizza yang nampak macam di jaga oleh Muslim. Lalu kami singgah dan bertanya arah tujuan ke masjid. Nak di jadikan cerita, salah seorang dari mereka adalah seorang khatib yang membaca khutbah di salah satu masjid di Reykjavik. Mengikut kata nya masjid yang paling besar di Iceland...'Islamic Centre' yang terletak lebih kurang 5 minit perjalanan dengan kereta. Hari dah gelap dan sudah melampaui maghrib. Kami teragak-agak membuat keputusan samada hendak ke masjid yang awal yang nak kami pergi tadi atau mengikut ke Islamic Centre. Masjid yang mula-mula kami nak pergi tu ikut-ikut dah tak berapa jauh...just around the corner. Some elderly among us, mula patah balik ke arah hotel. Ada yang mula nya teragak-agak samada makanan di sini halal....tapi bila dengar orang yg jual tu baca khutbah...tanpa was-was lagi ada yang sempat makan pizza & siap order untuk tapau😄. Memandangkan mereka bersungguh-sungguh untuk bawa kami ke masjid di Islamic Centre dan necessary arrangement dah buat...kami tunggu saja sebentar hingga van mereka datang.




Dengan semangat ukhuwah sesama Muslim, bersemangat mereka menolong kami & offer untuk mengambil kami dengan van dari restaurant pizza ke masjid tu. Terharu... Dalam suasana yang majoriti penduduk di sini Kristian, masih ada muslim di bumi Iceland ni. Lebih kurang 1000 org Muslim d bumi Iceland ni. Begitulah aturan Allah s.w.t.

Dalam perjalanan ke masjid, kami menjejaki semula mereka-mereka yang berpatah balik, Datin Maznah & her husband dan K. Zainah & husband. Mereka2 ni masih bersemangat walaupun dalam kesejukan malam yang dah mula terasa.

Kami di bawa ke masjid @ Islamic Cultural Centre yang merupakan masjid terbesar di bumi Iceland. Ia nya merupakan bangunan 2 tingkat. Agak cantik struktur dalaman nya. Ruangan solat lelaki di bawah, di kelilingi susunan kitab2 di sekeliling ruang. Ruangan solat untuk wanita di bahagian atas. Siapa sangka d bumi Iceland ini terdengar laungan  mengagungkan kebesaran Ilahi ....Allahuakbar. Walaupun hanya satu saf...tapi ianya menunjukkan ada umat Islam yang masih kuat berpegang teguh dengan ajaran Islam. Selepas solat, sessi penyerahan beberapa naskah Quran dan beberapa buku di adakan di ruangan bawah sambil kami di hidangkan dengan teh panas. Fahimi sebagai wakil kami, memainkan peranan untuk sessi penyerahan Quran dan buku2. Nampak mereka amat gembira dengan cenderahati dari kami. Semoga ukhuwah sesama Islam ini akan berkembang dan membuahkan hasil. Mungkin lebih banyak sumbangan perlu untuk masa akan datang. Semoga Allah berkati usaha kami.







Kami di hantar kembali ke hotel dan diperjalanan pulang singgah sebentar di kedai pizza tadi untuk sesiapa yang memesan pizza awal tadi. Aku dinner dengan maggie kari jer. My last choice of food in Malaysia. Bukan kedekut tak nak beli pizza tadi, cuma takut tak habis & bekalan makanan masih banyak lagi ni, karang kena angkut balik food  ke Malaysia.

Hari pertama kami berbaloi walau pun letih dan ada yang terlelap dah...Esok kami akan menyambung perjalanan lagi.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

17/09/2017-Pengembaraan ke Kashmir (KL-New Delhi)

Tangan Tangan Ghaib

Travelogue to Turkey- Part VI-Konya - Mevlana museum and Sultanhani Caravanserai