Perjalanan ke Reykjvik, Iceland (29-30 March 2017)

Tak boleh tidur la pulak... kesan jet lag la ni...
So saya sambung tulis my travelogue...๐Ÿ˜‰

Perjalanan ke Reykjvik, Iceland (29-30 March 2017)

Waktu sekarang ~ hampir pukul 3 pagi waktu ke destinasi & lebih kurang pukul 9 pagi waktu Malaysia. Perjalanan ke Amsterdam dari KL mengambil masa hampir 12 jam dan dah berapa kali aku tidur dan bangun, suasana masih gelap. Perjalanan merentas masa menyebabkan perjalanan ke arah barat sentiasa di kejar arah matahari terbit, jadi sepanjang perjalanan jadi malam. Begitulah kekuasaan Allah SWT.

Entah kenapa terasa nak menulis pulak, mungkin sebab dah bosan dan sakit pinggang lama sangat duduk dalam flight ni.  Tapi macam selalu semangat aku ni, kadang-kadang lebih pada hangat-hangat taik ayam. Bila mood datang macam-macam nak tulis, bila mood hilang ...hampehh. Bila tunggu nak tulis bila dah sampai Malaysia, lagi la jangan harap. Teavelogue ke Turkey dulu pun tak habis.

Destinasi aku kali ni ke Reykjavik, Iceland, singgah transit sebentar di Amsterdam. Aku nak pronounce nama Reykjavik ni pun tergeliat lidah...rupa nya Rey-ka-vik...๐Ÿ˜€. It means steamy bay...vik- bay, Reyka- steamy. Kali ni aku bermusafir lebih kurang solo gitu...ikut travel agency kawan sekolah. Tanya kawan2 yang selalu travel dengan aku, semua ada urusan tersendiri. Jadi aku ambil keputusan untuk just to go on my own and join the travel agent dengan misi "MENGEJAR AURORA".

Perjalanan kali ni lebih pada kombinasi bekas pelajar Jenan (3 org...aku, Fahimi and one of our senior, K. Suraya yg baru aku kenal) & the rest bekas pelajar SSP...Geng Tun (wife Fahimi). In total ~16. Ada beberapa lagi join later and will meet in Iceland. My roommate to be...Noresh...bila cerita2, rupa nya kami pernah melancong dalam group yang sama semasa trip ke Uzbekistan beberapa tahun lalu. What a coincidence. Yang lain aku belum kenal sangat lagi.

Excited jugak ni nak pegi tempat sejuk. Cuma lemak ni jer yang tak cukup...kena prepare pakai baju berlapis2 la ni. Harap2 berjaya mengejar aurora๐Ÿ˜„.

For the time being... Main sudoku kejap sementara nak sampai Amsterdam ni...ada 2 jam lebih lagi๐Ÿ˜‰

Dalam 6.15am waktu Amsterdam, kami sampai ke Schiphol airport, Amsterdam. Ada banyak masa transit di sini. Security boleh tahan...tapi standard protocol la. Cuma malas nak keluar & kena lalu imigresen banyak kali, so kita lepak-lepak kat dalam jer la sambil posing-posing.

Aku mula belajar mengenali kawan-kawan baru yang lain... K. Yash, Sha, Makinah, Noresh, K.Sue...Seronok jugak bila bertemu kawan-kawan baru, dari pelbagai latar belakang. Alhamdulillah ... A very nice traveling companion. Tak ada masalah untuk aku join dgn group ni. Most of them memang dah kenal satu sama lain, ex SSP. So I learned about the people personality from K. Yash...yg I still ingat melancholic (in which they called melan- & they told me I have that personality) & sanguine ( a person yang outgoing).

Flight ke Iceland delay pulak~ 2hours. So memang penat menunggu. Nasib baik Schiphol airport ni very comfortable & cosy ...banyak tempat untuk melepak. Tak susah la kalau flight delay pun. Sementara menunggu, minum hot choc & beli sandwich untuk lapik perut.

Kami jumpa another 3 ladies from Malaysia yang juga dalam perjalanan sama ke Iceland. Mereka plan untuk drive di Iceland. Tiba-tiba nama-nama kami di panggil untuk tampil ke depan di ruang menunggu. Ingat kan apa ...rupa nya tempat-tempat duduk kami bersebelahan dengan emergency exit... So dia ingatkan kita orang samada sanggup duduk di situ @ samada nak change seat. Glamour kejap๐Ÿ˜‚

Penerbangan dari Amsterdam ke Reykjavik Iceland mengambil masa 3 jam. Kita sampai di Iceland dalam pukul 6 pm, masih cerah. Sini masuk maghrib dalam pukul 8 mlm. Alhamdulillah cuaca di Iceland nampak baik. Semoga dengan langit yang cerah ada harapan nampak aurora.

Setibanya di airport...ada beberapa lagi yang turut sama yang telah tiba dari tempat2 yang berbeza. Tukaran wang ke krona US100~ 10000 kr & €100 ~ 11000kr.  Dari airport kami di bawa ke Storm hotel yang terletak di tengah bandar Reykjavik.

....







Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

17/09/2017-Pengembaraan ke Kashmir (KL-New Delhi)

Tangan Tangan Ghaib

Travelogue to Turkey- Part VI-Konya - Mevlana museum and Sultanhani Caravanserai