31 March 2017 ( Thingvellir--> Geysir--> Gullfoss)



Selepas breakfast,  sempat jalan2 sekitar kawasan dekat2 hotel. Kami akan balik semula ke hotel yang sama pada hari akhir lawatan di Iceland. Tapi mungkin tak sempat jalan2 di sekitar kawasan ini sebab sampai lewat petang.

Kami berjalan ke bangunan putih,tak jauh dari hotel kami. Terlalu simple bangunan ini yang di miliki sebelumnya oleh seorang pelukis...Louisa Matthiasdottir.  Rumah ini bersebelahan dengan laut dan bertentangan dengan Mount Esja (pronounce as Mount Esia). Rumah tak berpagar ini melakarkan sejarah di mana pertemuan penting antara Gorbachev & Ronald Reagan pada tahun 1986 yang menamatkan cold war....Lupa pulak perang kat apa dan di mana😄. Ni Pak Chat ler cerita...tak ambil gambar pulak semua cerita. Seperti biasa sempat ler berposing depan rumah tu. Satu yang amat menarik adalah tahap keselamatan di sini...untuk sesebuah bangunan yang di anggap penting & bersejarah tetapi tiada pengawalan atau pagar yang mengelilingi, menunjukkan tempat ini selamat. Begitu juga rumah presiden Iceland juga tiada pagar atau kawalan sekuriti. Inilah, bila rakyat sudah cukup...tiada apa yang perlu dibimbangkan oleh pemimpin & pemimpin dapat tidur dengan lena tanpa sebarang pengawalan ketat.






Selepas check out kami di bawa ke Northern Light Centre. Dalam perjalanan sempat singgah di untuk kami bergambar di replica of viking ship. Orang2  Malaysia ni memang pantang kalau bab berposing😆. Aku, Fahimi dan K. Sue jadi geng 'Jenan Explorer' sebab kami bertiga saja ex-SMSAH (a.k.a Jenan) yang lain ex-Sri Puteri. Kira macam geng Jenan vs SSP la ni. So sibuk la mana-mana ada la gambar geng Jenan Explorer ni yang bermacam-macam gaya. Pelik agaknya mat2 saleh tengok perangai kami...anyway, ini lah masa untuk kami happy happy kan.




Kami terus bergerak ke Northern Light Centre...di sini, kami di beri penerangan berkenaan dengan Aurora. Bagaimana aurora terbentuk dan bagaimana ia nya kelihatan di North & south poles, beberapa perception dan legend berkenaan dgn aurora oleh orang-orang dulu. Pergerakan aurora yang seolah-olah menari ...amat menarik perhatian. Rupa-rupanya aurora ni datang dengan berbagai warna...typically warna hijau. Ada yang warna kuning,purple dan merah...cantik sungguh. Akhir sekali kami di bawa menonton wayang gambar mengenai aurora...Interesting...tengok macam mana manusia2 mengejar aurora untuk mendapat gambar dan video yang cantik. Sanggup menunggu di kesejukan malam didalam khemah...Menarik sungguh ciptaan Allah s.w.t. Subhanallah....




Aurora ni bukan boleh main tangkap guna iPhone or camera biasa...setting pada camera mesti betul. Naked eyes...tak nampak @ mungkin nampak macam awan putih kehijauan saja. Jadi kalau first time tengok memang tak tahu. Camera setting kena betul dan kena orang yang pandai ambil to get the good result. So di Northern Light Centre ni jugak dia orang betul kan camera setting untuk sesiapa yg nak ambil photo aurora. Aku...cedok gambar aurora org lain jer la nanti😄. Tak payah dok jenuh bawak camera berat2. Memang sekarang ni dah tak larat nak angkut DSLR camera...berat & sakit tengkuk bawak lama2 dah tua2 macam ni. Anyway we have the potential photographer yang kita nak menempek untuk tengok aurora....Noresh😜

Dari situ kami bergerak ke Thingvellir National Park...Kalau dari yang aku dengar dari apa yang tour guide tu cakap... disini lah terdapat nya crack formed by 2 tectonic plates forming a ravine between  North American dan Eurasian plates. Every year ~ 3 mm separation between these 2 plates... Yer la kot kalau saya dengar correctly... Ker dengar dalam mimpi sebab once bas jalan, memang terlentuk la aku. Macam2 mana pun geologi di Iceland ni memang menarik...you'll find ice and glacier and underneath is the volcano...yang hidup pulak tu. Bila-bila masa boleh meletup tu. Awat tah dulu2 cikgu geografi kat sekolah tak ajaq betul2...kalau tak sure dah terror bab2 ni...Teringat lak kat cikgu2 geografi ku😜




View dia cantik...kami berjalan di atas jambatan dan dengan berlatar belakang kan pemisahan dua tectonic plates ni. Kalau tengok kan gambar dia tak ada yang nampak special mana sangat pun. Macam parit biasa jer. Tapi sebab dah tahu dia punya geologi & macam mana terbentuk nya ravine ni rasa teruja la jugak dok berposing & berselfie kat situ. Most of the areas in the ravine is covered by snow. Nasib baik waktu kami pergi tu dah tak ada snow tebal, kalau tak...tak ada peluang untuk kami jalan2 macam ni.




Aku ikut Kak Yash turun ke bawah...Turun memang laju ler. Berlari2 aku ikut K. Yash. K. Yash ni dia memang fit...kita org nak kejar masa jugak tu. Cuma my right knee ni sejak semalam terasa macam ada yang tak kena. Mungkin sebab lama sangat atas flight kot, ada masa kalau silap langkah rasa macam meletup lak lutut ni. Sakit la jugak sekejap...Tapi lepas tu ok jer. As a Rheumatologist... Tengok2 jugak la ada effusion ke apa. Tak de la pulak. Ni yg susah bila Rheumatologist sakit lutut...analyse sendiri...😆. Hari tu ingat nak bawak acustop plaster. Tapi sebab selalu ok jer ...tak de la terasa nak bawak. Nasib baik ada jugak bawak counterpain gel & arcoxia. Since sakit tak de la berapa teruk sangat, tak ambik la arcoxia pun. Dok lumoq lutut dengan counterpain 😀. Anyway...laju jugak jalan tu. Panjat tangga pun ok lagi & cross the bridge yang merentangi dua tectonic plates tu.




After few sessions of selfie dan menyibuk kan diri, kami start naik bukit balik. Bab ni memang mengah sikit la...Tapi aku rasa boleh tahan lagi. Mungkin my exercise & preparation sebelum datang sini berbaloi sebab kan my stamina getting better nowadays. Anaemia pun tak teruk sangat. So berhenti sikit-sikit la, sebelum sampai atas balik. Kalau dulu mau rasa nak pengsan tengah jalan ni.

Dalam bas ni ada bermacam-macam nationality. Cuma kira kami jer yang datang in a big group. 14 orang semua nya. Our tour guide is a lady guide...Betty. Itu yang aku dengar dia orang panggil. Bila tengok dekat tag dia...entah tak reti nak sebut. Agaknya sebab tau orang tak boleh nak sebut nama dia...that's why suruh panggil Betty jer kot. Ramai jugak female bus driver dekat Iceland ni. Population dia orang tak ramai. Pendapatan lumayan kat sini. Kalau kira convert to our malaysian ringgit, memang kecik la duit kita. Barang pun agak mahal la jugak kalau nak berkira tu. Tu sebab aku tak beli any souvenir bawak balik.... Hehehee...alasan😝.

Dari National Park, kami bergerak ke Laugarvatn Fontana...tak berapa jauh perjalanan dari National Park. Jangan tanya macam mana nak pronounce😉. Dekat sini ada geothermal. Di sini kami berkesempatan melihat macam mana dia orang masak roti kat oven dalam tanah. Adunan roti yang dah di buat dan di isi dalam periuk di tanam  dalam tanah, yang berhampiran dengan hotspring. Periuk tu di biar kan selama 24 jam underground. So bila kita sampai, roti dah siap dan demonstrasi macam mana roti di keluarkan dari dlm tanah. Senang tu...jimat gas @ elektrik macam ni. Kami di tunjuk bagaimana produk yang telah siap di keluarkan dari periuk...dan kami di beri peluang untuk menikmati rasa roti ni...macam kek. Perghhh...Sodap...👍🏼👍🏼👍🏼. Makan panas-panas dengan Icelandic butter. Siap bagi resepi lagi tu untuk siapa yang balik nak cuba masak😉. Nama dia ' Hotspring baked rye-baked from Laugarvatn Fontana'. Kak Zainah siap bagi another piece of bread to me...untuk 'doc comei' dia kata...hahahaaa...Agaknya this is the first time dia orang jumpa doktor sekecik ni😜.





Selepas itu kami meneruskan perjalanan ke destinasi seterusnya. Cuaca hari ni agak baik. Masih kelihatan salji di sepanjang perjalanan. Semua berharap, dengan cuaca sebegini...doa ada harapan bertemu aurora malam ni. Even Betty pun kata, berkemungkinan besar untuk kami dapat melihat aurora malam ni. Sesetengah dari mereka yang naik bas sama dengan kami, nampak aurora semalam di Reykjavik. Semalam kami tak mencari aurora so tu sebab tak jumpa. Lagi pun di Reykjavik banyak lampu2... jadi susah nak nampak aurora.

Kami tiba di Icelandic Geysir dekat2 lunch hour, dimana disini terdapat Strokkur hotspring. Kami berjalan sehingga sampai ke kawasan Strokkur hotspring. Pancutan air dari sini berlaku dalam ~ setiap 5 minit dan boleh mencecah ketinggian ~20 meter. Ramai yang teruja dan menunggu setiap kali pancutan air keluar. Sempat kami bergambar di depan fountain dengan batu tanda Strokkur, sampai kami terlupa dan menghalang org lain yang tengah sibuk nak ambil photo pancutan air dari Geysir tu, so dia tangkap gambar kami sekali dengan berlatar belakangkan pancutan geysir.




Jadi semua orang menunggu pancutan air dari Geysir seterusnya ...timing dalam lebih kurang every 5 minutes. Siap cuba berselfie lagi kami dalam group & cuba mendapat view berlatarkan pancutan air. Yang kelakar nya bila masa pancutan air, semua terkesima dan excited jadi dah tak pandang camera lagi. Excited sungguh makcik-makcik ni. Frankly speaking, this group is awesome. Energetic and I really had a lot of fun.

Ada yang dah ready bawak bekal untuk lunch dan makan sambil terus memerhatikan pancutan air dari Geysir. Aku dan Noresh pergi ke salah satu cafeteria di sana...Jangan tak percaya...ada 'Malaysian Soup' lagi tu. Tapi bukan la macam sup kat Malaysia ni. Ingredients dia memang halal la. Bagus la dia orang ni...tulis semua ingredients so senang nak pilih. So being patriotic dan pantang ada makanan yang berunsur kan asian food, aku memang ambil sup ni la. Tapi macam biasa la orang kata lapar mata... Boleh masuk perut separuh jer. Nak tapau memang buat penat jer la....tak kan makan punya.

Since kami akan sampai awal ke hotel yang di tuju, kami buat keputusan untuk solat jama' ta'khir saja. Lebih memudahkan dan selesa, dari sibuk nak mencari tempat nak solat disini.

Ada beberapa tempat lagi yang akan kami tuju di sebelah petang nanti....tungguuu....

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

17/09/2017-Pengembaraan ke Kashmir (KL-New Delhi)

Tangan Tangan Ghaib

Travelogue to Turkey- Part VI-Konya - Mevlana museum and Sultanhani Caravanserai