Catatan

Tunjukkan catatan dari Oktober, 2017

3 & 4th April 2017- Last day in Iceland

Imej
Penulisan saya tentang perjalanan ke Iceland dulu terbantut...Biasa la tu. Bila mood terhenti...penulisan pun terhenti. Teringat pula nak menghabiskan sekurang-kurang episode di Iceland. Lawatan ke Amsterdam kita sambung bila mood saya muncul kemudian. Lagi pun rasa teruja pula nak menulis sebelum pengembaraan saya yang seterusnya. Mood nak travel dah datang...so mood menulis pun timbul kembali. 3 & 4th April 2017- Last day in Iceland Dari Blue Lagoon spa, kami meneruskan perjalanan kembali ke Reykjavik. Keadaan cuaca agak baik sepanjang perjalanan balik. Kami tiba di hotel Storm dalam pukul 5 lebih. Hotel yang pertama kami singgah dahulu. Mengucapkan terima kasih kepada Betty dan driver yang membawa kami sepanjang perjalanan pergi dan balik Reykjavik. Sempat solat jama' zohor dan asar dan quick refreshment. Petang ni plan jalan-jalan di Reykjavik by foot sambil cari makan. So dalam pukul 6pm kami berkumpul di lobby berbincang kemana nak makan dan akhirnya  buat k...

3rd April 2017- Blue Lagoon Spa

Imej
Malam tadi memang mengantuk sangat-sangat. Orang kata jangan tidur waktu-waktu senja nak maghrib macam ni. Cuba juga tahan mata ni...tapi macam banyak pulak setan dok bergayut dekat-dekat maghrib ni...terlelap juga sekejap. Mungkin cuaca yang sejuk, serta lewat tidur semalam di tambah dengan aktiviti2 di siang hari menyebabkan mata memang terasa berat. Bangun juga la untuk solat jama' maghrib dan isya'. Sesekali tengok pada gloves yang di sidai pada heater dekat dinding bilik ni. Macam tak panas jer heater ni. Gloves basah sebab dok main ais pagi tadi. Tengok esok pagi kot kering sikit. Nasib kasut tak basah. Kalau tak jenuh mengeletar la pulak. Lepas isya' aku terus tidur. Sempat juga aku pesan pada Noresh untuk bagi cable iPhone untuk Tun pinjam...minah ni tertinggal pulak cable iPhone kat hotel sebelum ni😜. Pagi ni bangun awal...ye la semalam tidur awal. Tengok2 juga pada gloves yang sangkut kat heater semalam...tak kering-kering juga lagi. Ada la gloves satu la...

2 April 2017- Skaftafell National Park- Jokulsarlon Glacial Lagoon

Imej
Tidur lena juga malam tadi. Mana tidaknya selepas kepenatan dan puas dengan aktiviti mengejar aurora. Macam-macam mana lewat tidur pun, subuh jangan lupa. Subuh sini pukul 3.12 am dah masuk. Tapi waktu subuh panjang sebab matahari terbit lewat. Jadi tak lah tergesa-gesa sangat. So lepas subuh sempat lagi aku jerang air masak maggie mee kari. Entah kenapa lapar pulak pagi-pagi ni. Tak mengantuk pulak tu walaupun tidur lambat dan bangun awal. Sambil cuba update Facebook status...kot pagi-pagi ni WiFi laju. Hampehh .... Selepas breakfast, kami berkumpul dan memulakan perjalanan dalam pukul 9 pagi. Hari ni destinasi kami seterusnya adalah melawat Skaftafell National Park di mana kami akan di bawa untuk melihat glacier dan iceberg. Di sini juga adalah salah satu spot penggambaran untuk filem Dilwale...menari-nari di atas ketulan iceberg yang sejuk tu. Nasib tak ada yang berani nak buat aksi macam ni...takut kecut kesejukan.😄. Hujan pula pagi ni, menambahkan kesejukan. Kami sing...