2 April 2017- Skaftafell National Park- Jokulsarlon Glacial Lagoon
Tidur lena juga malam tadi. Mana tidaknya selepas kepenatan dan puas dengan aktiviti mengejar aurora. Macam-macam mana lewat tidur pun, subuh jangan lupa. Subuh sini pukul 3.12 am dah masuk. Tapi waktu subuh panjang sebab matahari terbit lewat. Jadi tak lah tergesa-gesa sangat. So lepas subuh sempat lagi aku jerang air masak maggie mee kari. Entah kenapa lapar pulak pagi-pagi ni. Tak mengantuk pulak tu walaupun tidur lambat dan bangun awal. Sambil cuba update Facebook status...kot pagi-pagi ni WiFi laju. Hampehh ....
Selepas breakfast, kami berkumpul dan memulakan perjalanan dalam pukul 9 pagi. Hari ni destinasi kami seterusnya adalah melawat Skaftafell National Park di mana kami akan di bawa untuk melihat glacier dan iceberg. Di sini juga adalah salah satu spot penggambaran untuk filem Dilwale...menari-nari di atas ketulan iceberg yang sejuk tu. Nasib tak ada yang berani nak buat aksi macam ni...takut kecut kesejukan.😄.
Hujan pula pagi ni, menambahkan kesejukan. Kami singgah sebentar di stesen minyak untuk bas mengisi tangki dan dalam masa yang sama aku dan Noresh turun untuk beli sandwich dan minuman untuk makan tengahari. Kami akan berhenti di tempat yang sama untuk lunch kemudian. Tapi memandangkan ada kemungkinan orang ramai akan beratur untuk lunch nanti...kami buat keputusan untuk beli makanan dulu dan tidak perlu beratur nanti.
Dalam perjalanan ke Jokulsarlon Glacial Lagoon...kelihatan di sekitar jalan di liputi salji. Pemandangan di luar penuh dengan warna putih. Sejuk dan mendamaikan. Salji masih turun di kawasan ini, walaupun musim sejuk sepatutnya sudah berlalu. Tapi yang nyata, kami berada di bumi Iceland...jadi tak terkejut lah kalau tiba-tiba salji turun kan. Lain la kalau salji turun di Malaysia. Itu memang pelik bin ajaib.
Kami tiba di Jokulsarlon Glacial Lagoon ...ianya sebahagian dari Vatnajokull National Park, yang merupakan National Park with Glacial & Iceberg yang terbesar di Europe. Memang cuaca sejuk dan kami di hujani salji. Tapi sebab excited punya pasal nak tengok iceberg yang tak ada kat Malaysia ni...kami bersemangat jer turun sejuk-sejuk macam ni.
Kelihatan ketulan-ketulan ais yang terapung di permukaan air amat menakjubkan. Seperti bongkah-bongkah crystal. Kontra dengan permukaan pasir yang berwarna hitam, sama seperti di black sandy beach semalam dan air yang jernih kebiruan...menyerlahkan kecantikan bongkah iceberg ini. Iceberg in terbentuk dari sebahagian glacier @ ice cap yang terpecah dan sebahagian ketulan2 terapung ini di bawa oleh arus air laut menjadi bongkah2 iceberg yang tersendiri.
Nak ambil photo...susah jugak ni sebab kesejukan. Tapi sekali sekala terpaksa buka gloves untuk mengambil gambar bongkah-bongkah iceberg ini. Tahan jer la sejuk...walaupun ada kala nya sakit sebab sejuk sangat. Seperti biasa orang-orang Malaysia ni memang excited sungguh...tak kira tengah kesejukan dan di sirami salji, kalau bab berposing memang tak kalah. Tapi mungkin dengan pergerakan yang aktif ....itu yang mengurangkan rasa kesejukan kami agaknya.
Jadi pelbagai aksi di peragakan dalam kesejukan pagi ini...berlatarkan pemandangan iceberg oleh ahli-ahli kumpulan dari Malaysia ni. Aku layan saja la aksi-aksi photographi pasangan sanguine & melan ni...hahahaaa. Boleh la ganti Kajol dengan Shahrukh Khan. Nasib tak pi menari atas iceberg tu...kalau tak jenuh nak kejar...😆.
Selepas dah kesejukan dan puas dengan pemandangan di sini, aku naik semula ke dalam bas. Memang basah...Dari jauh kelihatan mereka-mereka yang lain masih tak puas hati lagi tu ...Siap panjat bukit lagi tu dan sambung berposing di sana.
Dari situ kami di bawa ke satu lagi kawasan pantai di seberang jambatan dari tempat pertama yang kami pergi tadi. Di sini pemandangan sedikit berbeza, kerana memasuki kawasan laut dengan iceberg terdampar di tepian pantai...membolehkan kami berposing sambil duduk-duduk di atas iceberg tu walau pun dalam kesejukan. Memang cantik dan memang best duduk di sini...tapi tak boleh lama la. Nanti keras kesejukan. Kami berswafoto di atas iceberg ni berbeza dengan tadi yang hanya setakat pandangan ja dari jauh.
Dalam perjalanan pulang ke bas, kelihatan beberapa orang dari ahli bas kami seakan mencari-cari sesuatu di atas pantai berpasir hitam itu. Rupa-rupanya camera milik Dato' suami Datin Maznah, terjatuh di pasir hitam itu. Camera dia pulak warna hitam. Jadi memang susah la nak nampak. Aku ikut sama tengok- tengok menyusuri pantai kot-kot nampak kelibat camera tu. Tapi tak jumpa juga. Selepas beberapa ketika, kami naik semula ke bas setelah pencarian mencari camera gagal.
Dari pantai ini kami bergerak pulang untuk makan tengahari. Masing-masing agak keletihan. Mungkin sebab kurang tidur malam tadi dan aktiviti pagi ni juga...memang sedap la tidur dalam bas ni. Cuaca sejuk sebegini pulak tu...memang bagai di buai. Terasa macam tidur atas iceberg pulak😜.
Di tempat hentian makan, kami turun juga. Ini lah satu-satu nya kedai yang ada pun. Tempat yang aku dan Noresh beli sandwiches tadi. Nak makan dekat luar sejuk sangat pulak. Jadi semua orang masuk ke kedai ni, walau pun bawa makanan dari luar. Aku tak de la rasa bersalah sangat, sebab pagi tadi beli kat sini juga. Setengah2 tu, nak kurang kan rasa bersalah...beli la jugak air minum di sini. Tapi kena beratur panjang la.
Seusai makan tengahari, kami meneruskan ke destinasi seterusnya...Skaftafell glacier. Aku pun dah confuse pasal nama-nama dia. Kalau ikut itinerari macam sama jer samada kita panggil kawasan tu Skaftafell National Park atau pun Vatnajokull National Park. Aku rasa macam sama jer. Apa-apa pun semua kawasan ini adalah kawasan glacier. Okay...just untuk siapa yang tak tau glacier ni apa. Dia ni terbentuk dari pengumpulan salji yang lama-lama mengeras. Pembentukan dia mengambil masa bertahun-tahun dan kebanyakan nya berkurun untuk pembentukan glacier yang ada sekarang. So itu la sebab...semua permukaan dia putih. Tapi macam yang dah di ceritakan semalam berkenaan dengan permukaan muka bumi Iceland ni ...di bawah glacier ni mungkin ada kawah2 lahar berapi yang menunggu masa untuk meledak keluar. Kita ni macam berjalan di atas ais dan api la kira-kira tu. Itu la betapa indah dan unik nya ciptaan Allah s.w.t.
Kami menyusuri jalan berpasir dan berbatu, memanjat cerun dan bukit berbatu...untuk sampai ke kawasan yang putih di penuhi glacier. Subhanallah...terlalu cantik ciptaan Ilahi. Ada jalan-jalan yang sempit berbatu yang perlu kami tempuhi dengan berhati-hati. Tak kurang juga..tebing-tebing cerun yang perlu kami waspada...Jatuh karang tak balik Malaysia pulak. Sekali lagi...pemakaian kasut yang sesuai untuk pendakian adalah penting. Takut nanti terpeleot pulak kaki. Sekejap-sekejap kami berhenti untuk sessi photography ...samada tujuan untuk mengimbau keindahan alam semula jadi ciptaan Allah ini...atau juga menempelkan muka kami ini berlatar belakangkan pemandangan yang cantik tu. Menunjukkan kami suatu hari dulu pernah ke sini.
Ada yang offer untuk ambil gambar couple pelancong asing...dan sebagai ganjaran nya mereka terpaksa la pula mengambil gambar group kami yang bermacam ragam. Mereka hanya ketawa melihat telatah kami yang ceria...Malaysia Boleh kan...penuh dengan keceriaan dengan aksi yang pelbagai😄.
Mengimbau kembali perjalanan kami ...aku cuma senyum sendiri. Cuma yang tahu dapat merasa kan bagaimana gembira nya kami. Ya...pada sesiapa yang di beri peluang untuk melancong...masukkan Iceland in your bucket list...pasti puas hati.
Kami pulang ke hotel setelah penat seharian. Ramalan hari ni aurora aktiviti agak rendah. Jadi aku tak ada la semangat sangat nak mengejar aurora malam ni. Terutama dalam keadaan cuaca macam ni...sah tak nampak aurora. Tidur awal la malam ni...cover tidur yang tak cukup semalam...
Selamat malam...kita sambung pengembaraan kita esok.
Ulasan