3 & 4th April 2017- Last day in Iceland

Penulisan saya tentang perjalanan ke Iceland dulu terbantut...Biasa la tu. Bila mood terhenti...penulisan pun terhenti. Teringat pula nak menghabiskan sekurang-kurang episode di Iceland. Lawatan ke Amsterdam kita sambung bila mood saya muncul kemudian. Lagi pun rasa teruja pula nak menulis sebelum pengembaraan saya yang seterusnya. Mood nak travel dah datang...so mood menulis pun timbul kembali.


3 & 4th April 2017- Last day in Iceland

Dari Blue Lagoon spa, kami meneruskan perjalanan kembali ke Reykjavik. Keadaan cuaca agak baik sepanjang perjalanan balik. Kami tiba di hotel Storm dalam pukul 5 lebih. Hotel yang pertama kami singgah dahulu. Mengucapkan terima kasih kepada Betty dan driver yang membawa kami sepanjang perjalanan pergi dan balik Reykjavik. Sempat solat jama' zohor dan asar dan quick refreshment. Petang ni plan jalan-jalan di Reykjavik by foot sambil cari makan.

So dalam pukul 6pm kami berkumpul di lobby berbincang kemana nak makan dan akhirnya  buat keputusan untuk makan di salah satu restoran Muslim...Habibi. Siapa yang dah letih tak larat nak jalan atau nak dinner di bilik saja...Tak ikut la...mostly the senior citizens. Lagi pun esok kami kena check out awal sebab nak kejar flight ke Amsterdam. Jadi dalam pukul 3.45 am dah kena check out dah esok.


Kami mula berjalan kaki ke arah city centre...arah berlawanan dengan arah semasa kami pergi mencari masjid hari pertama tu. Cuaca agak terlebih sejuk pulak jalan petang2 macam ni. Ketua rombongan untuk mencari jalan di serah kan pada Fahimi yang merupakan wakil tunggal lelaki mencari jalan membawa rombongan Cik Kiah mencari tempat makan. Kami melewati sebuah bangunan putih tidak berpagar, tiada security hebat kelihatan dan bagaikan tidak significant. Rumah yang agak simple itu sebenarnya adalah milik Tuan Prime Minister Iceland. Siap boleh bergambar lagi dan tak ada yang tegur.




Kami meneruskan perjalanan mendaki jalan yang sedikit berbukit, dengan berpandukan arahan dengan membaca peta. Tapi masih tak berjumpa dengan restoran yang di cari. Kelihatan dari jauh kedai ice cream...lalu kami masuk...bukan nak cari ice cream dalam suasana sejuk2 macam ni...tapi untuk bertanya arah jalan. Rupanya silap jalan, jadi terpaksa kami berpatah balik menuruni semula jalan tadi. Dalam masa nak mencari restaurant tu sempat melencong pulak. Maklum la bawa rombongan Cik Kiah...pantang nampak kedai. Yang mana tadi tak berpuas hati tak jumpa cenderahati nak di bawa pulang, menggunakan peluang yang ada melihat-lihat apa yang menarik untuk di bawa pulang. Lagi pun hari ini hari terakhir kami di Reykjavik dan kami berada di tengah kota Reykjavik. Dari situ nampak pula kedai icewear... Makcik pun terjebak sama, sebab ada pula windbreaker size S yang sesuai dengan makcik...πŸ˜†. So ambil la satu jugak.

Dari situ kami meneruskan semula misi mencari restoran. Sampai di tempat yang di tuju, tapi kawasan yang di cari itu tengah buat renovation pulak dan restoran Habibi tidak beroperasi. Jadi kami terpaksa mencari-cari tempat makan alternatif. Ada nampak yang berdekatan kawasan situ...tapi agak meragukan status halal nya. Dalam kami berjalan dalam kesejukan dan hari semakin mula menghampiri senja, kami ternampak satu restoran Pakistan ...'Shalimar Pakistani tandoori & Curry Cuisine'. Dari luar nampak macam halal restoran ...jadi kami masuk bertanya samada makanan yang disediakan itu halal atau tidak. Alhamdulillah ...jumpa juga kami dengan restoran Muslim yang halal di kota Reykjavik ni. Seronok dapat nasi ...dan guess what...siapa punya portion makanan paling banyak...Hehehee...makcik ler. Jadi siapa2 yang makan sekali tu memang jadi mangsa untuk tolong perabih makanan, sebab makcik lapaq mata ja...tak boleh habis makanπŸ˜€. Cuma di sini kalau makan macam ni selalu alamat pokai ler...sekali dinner sorang kalau convert ke Malaysian Ringgit.. Seratus ringgit lebih jugak tu. So memang di sarankan bawak maggie mee @ Berahim la kalau nak jimat.










Seusai habis dinner, suasana di luar dah gelap. Dan kami plan untuk melihat Viking Ship waktu malam pulak. Patut la sejuk...salji mula turun. Di Iceland ni memang cuaca pelik sikit...sepatutnya dah masuk spring ni. Tapi masih ada salji turun. Dalam kesejukan senja tu, tak kisah jugak...sempat berposing berbagai gaya di depan viking ship tu dengan berlatar kan lampu2 malam dan laut.








Malam tu keletihan juga...pack kan apa2 yang patut sebab esok pagi dah nak ke airport. Baju yang basah tadi semasa berendam di Blue Lagoon tu...kering kan dekat heater. Dekat sini heater dia berfungsi...so harap2 pagi esok kering la kot. Good nite...set alarm takut kena tinggal bas esok😴😴😴

____________________________________________________
Keesokan harinya...selepas menyerahkan kunci dan check out...seperti yang di tetapkan 3.45am tu semua dah tunggu di hotel lobby. Sementara menunggu tu sembang-sembang, baru tahu siapa gerangan nya yang tertinggal phone dekat hotel sebelum ni...siapa lagi kalau bukan madam Tun kita.. Hari tu tertinggal cable iPhone ...Hehehee. Special delivery lagi dari Fosshotel ke Reykjavik.

Bas kami sampai agak lewat, tapi masih banyak masa lagi. Check in semua dah buat online ...cuma bag check in kena buat dekat kiosk...Untuk dapat kan baggage tag dan tag kan sendiri dekat bag. Kecoh jugak la makcik-makcik ni. Kemudian kena bawak bag untuk di timbang dan letak dekat atas carousel tu. Mungkin semua kena buat sendiri sebab Iceland tak cukup ramai population rasa nya. Tapi staf situ tolong-tolong ajarkan la macam mana nak buat.

Selepas semua siap kami naik ke tingkat atas untuk custom clearance. Ada pulak ler yang dah lepas ni baru teringat tak claim VAT lagi...Hehehee K. Sue.  Aku memang tak de la borong apa sangat pun nak claim VAT. Windbreaker beli semalam pun dah masuk dalam check in luggage.

Setelah semua dah siap, kami masuk untuk security check hand luggage. Dekat sini nampak la ada diskriminasi sikit. Beg2 kami yang pakai tudung ni, di channel kan ke different path dan kena buka beg untuk di selongkar. Nampak sangat la...macam ler kita org ni bawak bom. Itu saja yang leceh sikit bila di European @ Western countries ni ...kalau tak banyak ada la sikit nampak diskriminasi nya tu. So kami bagi πŸ‘ŽπŸΌ dekat airport feedback. Ada la pulak yang terlupa nak keluar kan pisau ke @ gunting dari hand luggage...dah la kalut pulak dah. Seriously I forgot who's the one...(sebab dah dekat 5 bulan lepas kan).

Anyway kekecohan di airport tu cuma meninggal kan kenangan pada kami sebelum berlepas meninggalkan bumi Iceland. Semoga ada rezeki untuk tengok aurora...insyaAllah kami datang lagi. Tapi mungkin cari negara lain pulak kot kalau nak cari aurora.

Apa-apa pun journey to Iceland memang best dan memuaskan. Saya galakkan sesiapa yang suka melancong dan suka melihat keindahan alam ciptaan Allah s.w.t. datang dan Visitor Iceland.

Good bye Iceland πŸ‘πŸΌπŸ‘πŸΌπŸ‘πŸΌ

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

17/09/2017-Pengembaraan ke Kashmir (KL-New Delhi)

Tangan Tangan Ghaib

Travelogue to Turkey- Part VI-Konya - Mevlana museum and Sultanhani Caravanserai