3rd April 2017- Blue Lagoon Spa



Malam tadi memang mengantuk sangat-sangat. Orang kata jangan tidur waktu-waktu senja nak maghrib macam ni. Cuba juga tahan mata ni...tapi macam banyak pulak setan dok bergayut dekat-dekat maghrib ni...terlelap juga sekejap. Mungkin cuaca yang sejuk, serta lewat tidur semalam di tambah dengan aktiviti2 di siang hari menyebabkan mata memang terasa berat. Bangun juga la untuk solat jama' maghrib dan isya'. Sesekali tengok pada gloves yang di sidai pada heater dekat dinding bilik ni. Macam tak panas jer heater ni. Gloves basah sebab dok main ais pagi tadi. Tengok esok pagi kot kering sikit. Nasib kasut tak basah. Kalau tak jenuh mengeletar la pulak. Lepas isya' aku terus tidur. Sempat juga aku pesan pada Noresh untuk bagi cable iPhone untuk Tun pinjam...minah ni tertinggal pulak cable iPhone kat hotel sebelum ni😜.

Pagi ni bangun awal...ye la semalam tidur awal. Tengok2 juga pada gloves yang sangkut kat heater semalam...tak kering-kering juga lagi. Ada la gloves satu lagi...tapi tak berapa suka gloves satu lagi ni sebab besar sikit. Susah nak pegang barang. Dah la tangan ni saiz comei. Lepas subuh, go through wassapp messages. Hari ni kita orang akan check out dari Fosshotel ni dan akan kembali ke Storm hotel Reykjavik. Dalam perjalanan kami akan singgah di beberapa tempat dan highlight untuk hari ni adalah mandi di Blue Lagoon Spa.  Haaaa....mandi kat spa😳. Dia orang ni tak tau ke aku ni takut air...kalau celup kaki jer dalam air aku ok la. Tapi memang dia orang tak tahu pun kan...😄. So aku berkira- kira nak masuk dalam kolam tu ke atau nak duduk kat luar.

Tapi bila baca message Tun, tiket masuk jer tu pun kalau convert to RM dah 245 hinggit tak campur kalau pi sendiri dengan bas...mahu habis RM 500... Rugi2 kalau tak masuk. Sebab dah include dalam package. So aku ready jugak baju extra dalam knapsack...mana tahu kot terjebak. Beg besar semua dah ready untuk perjalanan pulang ke Reykjavik. Tengah2 tu baca message yang K. Yash kering kan kasut dengan hair dryer...wahhh...idea bagus ni. Apa pasal tak terfikir dari semalam. Terus aku ambil gloves aku yang basah tu dan kering kan dengan hair dryer....Haaaa....kering dan panas pun. Sedap jer tangan masuk dalam gloves. Bila mengembara ni...kita kena selalu kreatif, inovatif dan boleh beradaptasi dalam apa-apa saja keadaan & permasalahan😉.

Breakfast awal hari ni, sebab kita akan bergerak pukul 8.15 am. Harap-harap tak ada siapa yang tinggal beg pulak lagi...kihkihkih😂. Pagi ni pun cuaca agak sejuk...di perjalanan hujan turun. Kami singgah ke Eyjafjallajokull Volcano Visitor Centre yang bertempat di Thorvaldseyri Farm. Kalau tengok di sekeliling kawasan ini tak ada apa sangat...mungkin perkampungan mereka dan di tengah situ di dirikan volcano visitor centre ini bagi memperingati kejadian ledakan gunung berapi Eyjafjallajokull ....sekali lagi jangan tanya macam mana nak sebut nama dia ni. Hari tu ingat la...sekarang dah lupa. Ledakan gunung berapi ini berlaku pada tahun 2010 yang mengakibatkan terhentinya penerbangan udara di Eropah di sebabkan ledakan asap dan abu dari gunung berapi yang menyelaputi angkasa. Aku masih ingat tragedi ini...ada orang2 Malaysia yang mengaitkan tragedi ini dengan tanda kiamat...'ad dhukhan'. Anyway, ini bukan lah tanda kiamat ad dhukhan tu yang di ceritakan oleh Rasulullah s.a.w. Ini volcanic eruption... Of course kena la ambil pengajaran juga dari kejadian alam ini, dan banyak2 bersyukur sebab tak ada benda-benda macam ni di Malaysia.

Di sini kami di bawa untuk menonton wayang gambar berkenaan dengan kejadian Eyjafjallajokull Volcanic Eruption. Di sebabkan kejadian ini berlaku tidak lah begitu lama dahulu, ia nya di lakonkan semula oleh penghuni kawasan ini yang mengalami nya sendiri. Pandai dia orang buat duit kan. Kisah ini menceritakan pengalaman mereka dan bagaimana mereka membina kembali kemusnahan yang terjadi akibat ledakan gunung berapi ini. Ternyata mereka tabah. Yang kelakarnya ada juga pelancong asing yang siap beli tanah lahar gunung berapi ni bawak balik negara mereka😜. Disitu juga ada kedai cenderamata yang di jual untuk di bawa pulang untuk sesiapa yang berkenan.

Dari situ kami di bawa ke macam small mall yang mana di dalam terdapat kedai cenderahati, supermarket dan cafe. Yang jadi tumpuan kami dalam sejuk-sejuk macam ni adalah toilet...Hahahaaa...memang typical Malaysian. Dan benda yang paling penting...jangan lupa botol air untuk masuk toilet. Satu lagi yang aku belajar dari Noresh...beli portable bidet😀. Nanti boleh cari ni...beli online👍🏼.

Anyway, di sini nak makan pun ...kena beratur untuk coupon dulu pulak kat luar tu. Sejuk-sejuk ni lapar jugak. Tapi kerana malas nak beratur...Tahan dulu la perut. Jalan-jalan dekat souvenir shop...orang lain memang excited beli souvenir. Aku seperti biasa...tiada perasaan pun nak beli souvenir. Dah muak beli souvenir, lepas tu simpan. Apa yang aku cari adalah padlock...sebab padlock aku dah pecah😆. Nasib jumpa kat sini.

Di luar masih hujan...dan kami terpaksa berlari2 anak untuk naik semula ke bas. Sejuk jangan cakap la. Kami akan meneruskan perjalanan ke Blue Lagoon. Temujanji di sana ..slot untuk kami dari pukul 2.00-4.00pm. Aku rasa dia orang had kan masa sebab tak nak kolam tu over crowded. Jadi kami perlu tiba di sana on time. Kami masih ada banyak masa lagi. Betty ada buat announcement tadi, ada juga la yang tertinggal handphone dekat Fosshotel tu. Nasib baik pihak hotel akan buat arrangement untuk hantar phone tu ke Storm hotel..macam-macam la dah ramai-ramai ni. Nak tau siapa yang tinggal handphone ni...tungguuu😂.

Dalam perjalanan ke Blue Lagoon, kami singgah sebentar di sebuah church. Church ni terletak di tepi laut. So jalan ke sini agak kena masuk ke dalam sedikit. Ada lah kisahnya kenapa church ini di bina di sini...sebagai menunjukkan rasa berterima kasih paderi ini kepada tuhan setelah menyelamatkan beliau dari karam di laut. Lebih kurang macam tu lah ceritanya secara paling ringkas. Dan di katakan church ini membawa tuah. Ok lah...aku dan kebanyakan dari kami tak der la teruja nak pergi tengok church tu. Kalau setakat sejuk berangin dan bersalji ni nak saja-saja turun pergi tengok church baik tak payah. Kami turun jugak...sebab pergi tengok laut...kihkihkih. Siap sejuk2 berangin tu pergi berselfie welfie kat situ...😂.

Dari situ kami meneruskan perjalanan ke Blue Lagoon. Blue Lagoon ni dah tak jauh dari Reykjavik dah. Sesampai kami di situ...kami berjalan menyusuri ke arah entrance. Kena beratur untuk ambil tag dia dulu. Kena pakai tag ni betul2... Kalau tak dia akan meloros jatuh pula nanti dalam air. Selepas dah ambil tag tu...Noresh, Tun, Pak Chat dan aku pergi cari something to eat dulu. Since tak ada yang berapa menarik sangat untuk aku makan di cafeteria ni...aku cuma minum hot chocholate saja dulu. Pandangan dari cafeteria ni mengadap kolam ... Cantik juga pemandangan kolam air panas yang berwarna kehijauan air dia ni. Kata Betty, mandi di sini...keluar boleh 10 tahun muda....kihkihkih. Seperti kolam-kolam air panas lain, banyak la yang mengatakan kebaikan untuk kesihatan. Of course in Rheumatology, kita memang galakkan berendam dalam hotspring ni. Ni nanti aku nak test tengok...ada tak muda belia balik satgi...😄.






Kami masuk ke bilik persalinan. Untuk entrance dan even locker dia gunakan touch system dengan tag yang kita dapat tadi. Memang kena jaga betul2 tag ni...Hilang nanti susah. Lepas dah salin baju segala...kami kena pakai hair conditioner yang ada di situ dan kena mandi dulu. Kalau tak mandi dan dia tengok kita tak basah...dia tak bagi turun lagi. Jadi untuk buat syarat, basah kan la dulu sebelum turun. Bila dah basah macam tu...memang tak boleh dah kalau nak pergi balik ke locker nak ambil barang kalau tertinggal ke apa.

Sesampai di hotspring tu... Aku tercari-cari juga mana geng2 kami. Mana tak nya ...susah nak kenal, sebab muka masing-masing dah macam tepung gomak @ opera Cina ...hahahaaa. Macam dialog S.Shamsudin dalam cerita seniman bujang lapok ..."Walaupun muka mu tidak ku kenal...tetapi lubang hidung mu tetap menjadi pujaan hati ku😝". Nasib K. Zainah tegur baru kenal...😆.








Sebab aku ni memang tak tahu berenang dan kaki katek...jadi memang tak boleh pergi duduk berendam tempat dalam2. Kena cari tempat yang cetek. Nanti tenggelam. So aku ikut la dia orang ni. Jalan pelan-pelan dalam air. Memang rasa best la duduk dalam hotspring ni, terutama nya bila sejuk-sejuk...dapat berendam dalam kolam air panas. Terasa longgar pergerakan sendi-sendi.

Aku ikut sama ke tempat mask...untuk turut menempek silica mud mask yang berwarna putih....muka dah macam Cina opera. Dalam kolam ni pun sempat lagi kami bergambar...dengan gaya2 bagai perenang berirama...Hahahaaa. Pantang nampak camera...Sememangnya kami ceria dengan pelbagai telatah. Yang menarik nya gambar-gambar kami kali ni berbeza sedikit ...dengan muka kami yang putih di saluti mud mask ni. Aku ikut juga mereka ...sampai tempat dalam sikit, terpaksa berpaut pada Sha. Siap ada yang bagi tahu...Ainon kena jalan dekat sini..sini cetek sikit. Kalau tak kaki tak pijak lantai😜.

Ada beberapa cerita yang tak perlu dinyatakan di sini...cukup untuk kami-kami yang melalui nya saja yang tahu. 😉








Setelah puas berendam...kami mula naik ke atas. Kami di beri tempoh 2 jam jugak...campur dari masa kami masuk tadi la. Aku menonong naik dan siap mandi...bila siap cari locker, tak jumpa. Pusing berapa kali pun tak jumpa juga. Rupa nya silap floor...hahahaaa. Nasib ingat number locker. Tanya dekat guard disitu dia kata dekat tingkat atas. Tadi jalan ikut orang aje ...sampai lupa jalan balik.

Memang sedap rasa bila dah dapat berendam dalam hotspring ni...tapi muka kekal ler. Jangan harap ler nak muda 10 tahun 😆. Sempat kami bergambar di luar sebelum menaiki bas semula untuk menyambung perjalanan ke Reykjavik. Sementara nak sampai sempat juga terlelap dalam bas.

Sambung kemudian untuk malam terakhir di Iceland....

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

17/09/2017-Pengembaraan ke Kashmir (KL-New Delhi)

Tangan Tangan Ghaib

Travelogue to Turkey- Part VI-Konya - Mevlana museum and Sultanhani Caravanserai