Musafir
Musafir Aku tak perlu tahu kamu ke mana Aku cuma berdoa kamu sentiasa selamat walau dimana Aku tak perlu tahu kamu dengan siapa Aku cuma berharap kamu sentiasa dijaga olehNya Aku tak perlu tahu apa tujuannya Aku cuma mahu langkahmu sentiasa dirahmatiNya Pergilah Bermusafirlah Ke pelusuk mana yang kau bisa Mengembaralah Jika itu yang buat kau puas Lihatlah alam yang terbentang luas Laut yang tidak terbatas Kerana dalam setiap perjalanan Ada pengajarannya Biar alam jadi guru mu Biar kicauan burung mengingatkan alunan zikir pada Pencipta Biar angin pantai dan deruan ombak menenangkan mu Biar ragam manusia bisa membuatkan kamu tambah bersyukur Agar lambaian pepohonan mengingatkan ada yang menunggu kepulangan mu Asal bila kau pulang Kau pulang dengan lebih matang Asal bila kau pulang Kau pulang dengan pengalaman Asal bila kau pulang Akan bertambah keimanan -Alhambra 25/3/...