Musafir
Musafir
Aku tak perlu tahu
kamu ke mana
Aku cuma berdoa
kamu sentiasa selamat walau dimana
Aku tak perlu tahu
kamu dengan siapa
Aku cuma berharap
kamu sentiasa dijaga olehNya
Aku tak perlu tahu
apa tujuannya
Aku cuma mahu
langkahmu sentiasa dirahmatiNya
Pergilah
Bermusafirlah
Ke pelusuk mana yang kau bisa
Mengembaralah
Jika itu yang buat kau puas
Lihatlah alam yang terbentang luas
Laut yang tidak terbatas
Kerana dalam setiap perjalanan
Ada pengajarannya
Biar alam jadi guru mu
Biar kicauan burung
mengingatkan alunan zikir pada Pencipta
Biar angin pantai dan deruan ombak menenangkan mu
Biar ragam manusia bisa membuatkan kamu tambah bersyukur
Agar lambaian pepohonan
mengingatkan ada yang menunggu kepulangan mu
Asal bila kau pulang
Kau pulang dengan lebih matang
Asal bila kau pulang
Kau pulang dengan pengalaman
Asal bila kau pulang
-Alhambra
25/3/2014
Ulasan