Teori Bertingkat-tingkat





Teman...
Apa gunanya berbeda pendapat 
Cerita mu mungkin tak mendapat tempat
Bukannya aku tak berminat
Cuma otakku sedang berselirat
Pening kepala ku dengan pelbagai muslihat
Teori konspirasi mengelirukan rakyat
Aku bukan pemimpin 
Aku hanya rakyat
Aku melihat dari jauh
Bukan dari dekat
Gelagat dan lakonan manusia
Tak bisa ku baca
Tak juga suka meneka cerita
Biar lah pak menteri, DCA dan pak polisi yang buat kerja
Panggil lah Interpol, FBI, CIA atau CSI untuk menyelesaikan nya
Kerna aku tak upaya berbuat apa 
Selain berdoa

Teman...
Ini soal kedaulatan negara 
Sudah jadi bualan seantero dunia
Buat penat engkau meneka
Teori mu hanya menambahkan cerita
Dari teori-teori yang sedia ada
Semuanya hanya berpandu akal semata
Biar lah berserah padaNya
Kerana jalan ceritanya sudah ada
Tunggu lah saja skrip pengakhirannya

Senyum lah teman.....
Boleh saja cipta cerita 
Cerita pengakhiran suka atau duka
Bomoh pun boleh buat orang ceria
Kisah menampar buaya
Kisah kapal terbang tergantung dilangit
bubu dan tikar terbang
bagaikan filem DoReMi bikinan P. Ramlee
Kisah Labu Labi dengan mimpi 
Nujum Pak Belalang dengan teka teki 
Walau tak logik tetap menghibur hati
Senyuman ikhlas muka berseri
Atau ketawa tak kering gusi
Namun tetap memberi pengajaran hingga kini

Alhambra
17/3/2014
Shah Alam

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

17/09/2017-Pengembaraan ke Kashmir (KL-New Delhi)

Tangan Tangan Ghaib

Travelogue to Turkey- Part VI-Konya - Mevlana museum and Sultanhani Caravanserai