Usah Menangis Wahai Mata

Usah menangis wahai mata
Bila kelak ...
kau buka mata mu
Dia sudah tiada disisi

Bermimpi lah sementara kau bisa bermimpi
Pejam rapat mata mu
Pekakkan telingamu
Alunkan irama yang hanya kau yang tahu
Mungkin cinta sejati mu ada di situ
Bermimpi lah wahai mata
Seolah kau jadi pengarah nya
Seolah kau tahu kesudahan jalan cerita
Bahagia atau sebaliknya
Kau yang mereka cerita

Tapi ingat wahai mata
Cinta mu itu akan pergi jua
Disaat kau terjaga dari lena
Jalan cerita terlalu berbeza
Alam mimpi dan yang nyata

Jangan bersedih wahai mata
Usah kau menangis
Kerana air mata mu amat berharga
Sedarlah wahai mata
Bukan kau yang mereka cerita
Tapi yakinlah pada Pencipta
Penulis dan Pengarah cerita
Kerana cerita yang telah ditulis
Adalah sebaik-baik jalan cerita
Agar kau mata 
bisa kembali ceria

-Alhambra
13/3/2014












Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

17/09/2017-Pengembaraan ke Kashmir (KL-New Delhi)

Tangan Tangan Ghaib

Travelogue to Turkey- Part VI-Konya - Mevlana museum and Sultanhani Caravanserai