Roller Coaster
Hidup ini Umpama roller coaster Ada naik turunnya Kadang diatas Kadang pula di bawah Bila memecut laju ke atas Terasa terlalu sempit dada ini Hingga tak bisa bernafas sempurna Terasa mahu saja turun semula Ada juga suara-suara yang berkata Kamu tak bisa menamatkannya Lantas perlukah aku mengalah Dan tunduk pada suara-suara sumbang mereka Tidak Tidak sama sekali Kerana untuk ke puncak perlu ada nya pengorbanan dan jati diri Lega rasanya bila di puncak bagai semuanya terlalu indah Lupa seketika pada keperitan yang dilalui Penat lelah memecut ke atas tidak terasa lagi Apa yang ada di fikiran Hanya ingin mengecapi keindahan walau sekelumit Terlalu sempurna dunia ini Segala yang di bawah kelihatan terlalu kecil Begitu juga dengan masalah ini Semuanya tidak signifikan lagi Terasa ringan bahu ini Tiada lagi beban yang ditanggung Tapi ada kala kegembiraan itu tidak lama Kita kemba...