Roller Coaster
Hidup ini
Umpama roller coaster
Ada naik turunnya
Kadang diatas
Kadang pula di bawah
Bila memecut laju ke atas
Terasa terlalu sempit dada ini
Hingga tak bisa bernafas sempurna
Terasa mahu saja turun semula
Ada juga suara-suara yang berkata
Kamu tak bisa menamatkannya
Lantas perlukah aku mengalah
Dan tunduk pada suara-suara sumbang mereka
Tidak
Tidak sama sekali
Kerana untuk ke puncak
perlu ada nya pengorbanan dan jati diri
Lega rasanya bila di puncak
bagai semuanya terlalu indah
Lupa seketika pada keperitan yang dilalui
Penat lelah memecut ke atas tidak terasa lagi
Apa yang ada di fikiran
Hanya ingin mengecapi keindahan walau sekelumit
Terlalu sempurna dunia ini
Segala yang di bawah kelihatan terlalu kecil
Begitu juga dengan masalah ini
Semuanya tidak signifikan lagi
Terasa ringan bahu ini
Tiada lagi beban yang ditanggung
Tapi ada kala
kegembiraan itu tidak lama
Kita kembali menjunam ke bawah
Sekali lagi degup nadi tak keruan
Rasa bagaikan jantung ini mahu saja terkeluar
Segala isi perut mahu di muntahkan
Teriakan kuat dilaungkan
Hanya untuk menenangkan hati yang ketakutan
Sangka diri akan tersembam
Dan tiada lagi harapan yang menanti
Lumpuh tak bermaya tersungkur ke bumi
Bukan kah itu
hanya permainan perasaan semata
Kamu perlu terus kuat
dan sentiasa percaya kepada Ilahi
Berdoa terus kepada Nya
Memohon agar sentiasa dilindungi
dan mengumpul kekuatan
Untuk bangun dan membuat lonjakan
Memecut ke atas
Melengkapkan pusingan roller coaster
Dan selamat sampai ke destinasi
-Alhambra
24/4/2014
Ulasan