Doktor Mee Segera

Aku tersenyum melihat gelagat manusia  
Ramai yang ingin jadi doktor segera
Pantas ku panggil doktor atau dukun
Atau mungkin bomoh nusantara 
Biar kamu saja yang menilaikannya
Ironinya ramai pula yang terpedaya
Dengan segala macam cara dan muslihat
Pelbagai keajaiban dan azimat
Ubat ini ada mukjizat
Segala sakit dapat diubat
Kata saja apa mahu mu
Ini ubat SEMUA dalam SATU
Makan sebiji semuanya sembuh
Sakit sendi, sakit belakang, gout
Kencing manis, darah tinggi, kolestrol tinggi
Itu semua terlalu mudah
Ambil penawar ini semua hilang
Apa kamu lumpuh...
Tiada masalah ubat ini amat mujarab
Kanser pun boleh diubat
Jika ada masalah terlihat
Itu cuma membuang racun supaya badan afiat



Dulu cerita tentang gelang magnet 

Bagai ada tarikan ajaib
Kemudian ubat sapu-sapu, gosok-gosok dan juga koyok azimat
Boleh hilang segala sakit dan lelah
Toxin pun boleh ditarik keluar
Datang pula tilam ajaib
Katanya tilam jemuran cahaya dhuha
Disuntik pula dengan garam laut
Sedang yang pakainya tidak juga pernah mahu solat dhuha
Hanya sekadar tidur dan lena
Harap semua masalah boleh selesai
Sakit belakang bisa sembuh
Yang lumpuh
Esok bangun bisa berjalan
Kata mereka...
Usah dimakan ubat hospital
Semuanya ada kandungan kimia
Semuanya ada dadah
Mahu buktinya
Panggil saja pakcik dan mak cik beri testimoninya
Tak perlu segala ujian klinikal
Itu semua menghabiskan belanja

Ada pula manusia
Katanya ini semua sihir semata
Jin sudah meresap merata
Ada yang sudah guna guna
Maka panggil lah bomoh dan pawang segala
Mahu bersihkan diri dari rasukan jin katanya
Jampi serapah tak terhingga
Bawa lah kemiyan dan segala pengerasnya
Katanya si polan si polan punya angkara
Lalu berjaya lah syaitan dalam agenda memporak perandakan manusia

Kalau begitu cara perubatan nya

Aku dan rakan-rakan ku sudah tidak punya kerja
Kerana ramai doktor segera 
Tak perlu lagi belajar lama-lama
Lepasan SPM pun boleh saja
MBBS mu tidak laku lagi
Hanya sekedar sehelai kertas
Tak perlu lagi berletih lelah dengan master atau MRCP
Tak perlu thesis yang memeningkan kepala
Keluar mu kelak hanya pandai pada teori 
Tapi perubatan mu tak diperlukan lagi
Cuma sekadar menyakitkan hati
Bila ada saja yang tak puas hati
Katanya hanya dadah yang kau beri
Ubat mu hanya untuk bahan ujikaji
Bukan untuk menyembuh diri
Cuma hanya bertahan sekali

Tidak mengapa wahai rakan-rakan ku

Janganlah berkecil hati
Mereka berusaha dengan cara mereka
Kita berusaha dengan cara kita 
Kerana kita lebih percaya
Bila mereka sudah tak berdaya
Kepada kita juga mereka datang menyerah
Senyum saja lah
Walaupun senyum mu sinis penuh kritis
Tapi kamu tetap ikhlas merawat mereka
Tanpa prejudis 
Semoga sabar dan jasa mu
Insyaallah di berkati


-Alhambra

08.04.2014





Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

17/09/2017-Pengembaraan ke Kashmir (KL-New Delhi)

Tangan Tangan Ghaib

Travelogue to Turkey- Part VI-Konya - Mevlana museum and Sultanhani Caravanserai