Khitmir
Khitmir... Nama mu dipetik dari kisah Israeliyat Walau dalam Al Quran tidak jelas tersurat Hanya di kisahkan kau menemani Ashabul Kahfi Tiga ratus di tambah sembilan tahun lamanya kau turut bersembunyi Kamu makhluk ke empat bila mungkin mereka bertiga Kamu makhluk ke enam bila disangka mereka berlima Jika mereka bertujuh maka kamulah yang kelapannya Tidak perlu kita meneka kerana itu semua tiada guna Biarkan saja ilmu itu hanya ada pada Nya Kamu juga makhluk istimewa ciptaanNya Ada kelebihan juga ada kekurangannya Bezanya kamu dan keturunan mu ada diletakkan garis hadnya Hukum yang menjadi khilaf di kalangan manusia Kenapa dan mengapa tidak usahlah kita pertikaikannya Jangan pula berhujah hanya guna logik akal semata Kerana Pencipta Maha Bijaksana dari apa yang dicipta Kalau itu perintah dari yang Maha Kuasa Kita harus menerima seadanya Bersandarkan hadith dan sunnah Nabi kita Tentulah ujian itu ada hikmahnya Keturunanmu tiada pula patut dipersalah Hanya sifat manusia itu yang suk...