Yang Gist dan Yang itis
Marilah kuajarkan kau subjek bahasa
Istilah perubatan namanya
Untuk rakan-rakanku yang penat bekerja
Moga dapat merehatkan minda
Paling tidak masih bisa senyum ketawa
Sambil mendengar pantun seloka
Jika kamu terasa bingit ditanya
Kemana pesakit harus di bawa
Atau apakah jenis penyakitnya
Lalu jawab sajalah sebegini
Agar mereka tak pening dan bertanya lagi
Budak-budak bawa saja ke Paediatrician
Jangan pula di bawa jumpa Physician
Yang tua patutnya jumpa Geriatrician
Tak kurang ramai juga dirawat Physician
Mahu bersalin jangan lengah jumpa Obstetrician
Yang patah riuk itu bisa dirawat Orthopaedic Surgeon
Mahu dibedah bawa saja jumpa General Surgeon
Kalau itu pun tak tahu kau bisa buat aku hypertension
Sakit dada kau jumpa saja Cardiologist
Sakit kepala itu bidang Neurologist
Sakit puan kamu cari saja Gynaecologist
Sakit tuan aku rasa itu harusnya dijaga Urologist
Mahu dibius itu kerjanya Anaesthesiologist
Kurang waras kau jumpalah Psychiatrist
Jiwa celaru hanya padaNya sajalah kau menangis
Sakit tekak itu namanya pharyngitis
Sakit mata mungkin sebab conjunctivitis
Sakit telinga dipanggil otitis
Sakit perut adakalanya gastritis
Radang sendi itu arthritis
Radang hati namanya hepatitis
Yang gatal-gatal itu istilahnya pruritus
Yang mengada-ngada itu wajar ku panggil 'manjaitis'
Yang tenat kau bawa terus ke ED
Demam dan batuk kau pergi saja OPD
Ada duit kau jumpa saja GP
Sakit yang sedikit jangan pula mengada kau minta MC
Bila sudah dijelaskan semua
Jangan berkecil hati jika mereka tak percaya
Katanya ada yang cuba menganiaya
Walau semuanya persepsi mereka semata
Terasa usaha mu bagaikan sia-sia belaka
Dukun dan pawang juga mereka percaya
Lalu katakan saja kepada mereka
Boleh saja jumpa sesiapa saja
Jika itu memang pilihan mereka
Apapun kita harus sedar dan percaya
Bahawa kita makhluk cuma berusaha
Namun yang pastinya
Kuasa menyembuh itu hanya pada yang Esa
-Alhambra
9 October 2014
9 October 2014
Ulasan