Catatan

Bekalan

 Bekalan Aku mengira bekalan yang masih kurang Separuh di ambil buat membayar hutang Separuh busuk di lempar buang Yang tinggal perlu di timbang Disaat matahari hanya sejengkal di atas kepala Tiada sedikit bayang buat bernaung   Tiada secarik kain buat melapik badan Bertahankah hanya dihidangkan keringat dan ghislin Atau hanya di jamu kan buah zaqqum Aku dambakan belas kasihan dari Tuan ku  Agar di tambah peruntukan bekalan  Harapkan yang sedikit berganda tujuh puluh atau tujuh ratus Walau sedikit tapi berat timbangan  Atau mungkin ada yang mahu berkongsi habuan Bergantung nasib di jemput ke telaga Al Kauthar Buat menghilang lelah menunggu perbicaraan Firman Tuan ku Bekalanmu ada dalam sujudmu Ada dalam zikir, tasbih dan tahmid mu Di sampai dalam kalam Tuan ku Dalam kitab agung melalui utusan Nya Cari lah ia di situ Kau akan ketemu jawapan  Apa jenis bekalan yang perlu di bawa pulang Alhambra  27 Julai 2021 17 Zulhijjah 1442 Sungai Buloh

SEHELAI BORANG CUTI- PART II

Imej
  Sehelai borang cuti Sehelai borang cuti Kubiar tak berisi Belum bisa lagi nampak nya Untuk aku merentas negeri Walau sudah di vaksin dua kali Virus bermahkota makin menggila Alpha, Beta, Gamma Dan kini Delta bermaharajalela Entah variasi apa pula yang akan tiba PKP pun dah tak menjadi Setelah berusaha sungguh jaga SOP Lalu ku tolak borang cuti ketepi Pasrah berkorban seorang diri -Ainon Mokhtar 17/07/2021 7 Zulhijjah 1442
Imej
  “Doktor anak berapa orang?” tanya pesakit saya. “Saya tak ada anak” jawab saya ringkas sambil meneruskan ultrasound scan pada lutut pesakit. Cuba fokus mencari ada atau tidak jumpa kristal dalam lutut atau tanda-tanda ultrasound lain yang menyokong diagnosis gout.   Jujur nya saya bukan peramah terutama kalau diluar waktu bekerja. Ramai yang kenal saya akan setuju yang saya ni boleh di katakan seorang yang introvert. Jarang bersembang kecuali dengan orang-orang yang saya kenal.  Cuma bila bekerja, itu lain…perlu banyak bercakap bertanya untuk mendapatkan sejarah penyakit pesakit dan adakala nya perlu  bertanya lebih tentang keadaan psychosocial pesakit.   Satu yang bagus bila buat ultrasound untuk pesakit, dalam masa yang sama saya akan menyambung mengambil sejarah penyakit pesakit dan bertanya itu dan ini. Tapi adakalanya terbalik pula, pesakit yang akan bertanya macam-macam pada saya.   “Apa pandangan doktor,  kalau anak doktor, mahu tak galakkan u...

Cemburukan si Lofa

  Cemburukan si Lofa Aku cemburu pada si kaya yang di cerca Bukan kerana masyhur, rupa atau harta Tapi kerana pahala percuma di bulan mulia Bonus ber ganda Jutawan di dunia, mungkin di sana lebih mulia Sedang mereka miskin dunia Pahala sedikit mahu di derma pada si kaya Aduh malang nya akhirat papa kedana Alhambra 16 Ramadhan 1442 28 April 2021

Sehelai Borang Cuti

  Sehelai borang cuti Sehelai borang cuti Kubiar tak berisi Belum bisa merentas negeri Virus bermahkota masih menguasai Walau sudah di vaksin dua kali Berayalah seorang diri Lalu ku tolak borang cuti ketepi Alhambra 14 Ramadhan 1442 26 April 2021
 Kisah tentang A Temujanji A di klinik saya sepatutnya minggu depan. Tapi dia datang awal sedikit. Melihatkan A di bawa masuk dengan kerusi roda,  timbul tanda tanya apa pula lah yang terjadi padanya. Baru dua minggu lepas keadaan beliau nampak stabil dan menunjukkan kesan positif pada ubat. A merupakan pesakit saya hampir 5 tahun lepas. Baru berumur 30an, mengalami Rheumatoid Arthritis (RA). Agak teruk juga simptom sakit sendi beliau. Tambahan semasa dia belajar di United Kingdom sebelum ini dan ada kalanya bekalan ubat terputus atau dia cuma bergantung ubat steroid. Pernah saya beri kan surat rujukan untuk beliau mendapatkan rawatan di UK dalam tempoh beliau disana. Walau bagaimana pun kebanyakan masa, beliau tiada kesempatan untuk bertemu pakar rheumatogi di sana dan akhirnya bergantung pada pengambilan steroid ie: prednisolon untuk meredakan kesakitan pada sendi yang dia alami. Bila dia pulang untuk bercuti, selalu A akan datang berjumpa saya untuk menyambung rawatan dan u...

Tiba-tiba rasa rindu menjengah

Imej
  Tiba-tiba rasa rindu menjengah Hujan pagi ini Rasa kedinginan Adakala    menusuk hingga ke tulang Di sana ku dengar banjir melanda  Sedang aku enak menghirup kopi panas Sambil membaca berita di muka buku Tiba-tiba rasa rindu menjengah  Apa khabar mu sahabat Ah mala petaka apa kah ini Luas bumi Allah ini tapi terasa sempit dunia Terpenjara di ruangan sendiri Katanya    Covid melanda Pergerakan terbatas hanya di dunia maya Penjarakkan secara sosial dari dijangkiti Tiba-tiba rasa rindu menjengah  Apa kamu sihat-sihat saja kah sahabat Di media  Politikus bercakaran Rakus merebut laba dan habuan   Takut takhta jatuh ke tangan lawan Sedang rakyat di himpit kesusahan Lalu semboyan darurat diisytiharkan Agar dapat hentikan sementara perbalahan Tiba-tiba rasa rindu menjengah  Kamu tidak apa-apa kan sahabat Hari hari Mala petaka silih berganti datang menimpa Saban hari di hidangkan dengan angka  Yang dijangkiti kian berganda Kemat...