Catatan

Tunjukkan catatan dari 2014

Mana Pergi Tanah Kami

Imej
Dulu... Kami bisa bergerak bebas Tiada apa yang membatas Betapa indah permainya kampung kami Terasa nyaman udara dan sejuk air di kali Di situ kolam tempat mengail haruan dan keli Tiada siapa yang ambil peduli Disini, sawahnya sawah milik kami Disana, dusun milik saudara kami Ulam-ulaman segar kami petik sendiri Segalanya percuma, tak payah di beli Anak kecil gembira mengutip biji getah Buat bermain seharian sampai lelah Tiada siapa yang ambil endah Kerana tanah ini Tanah warisan ayah Tapi kini... Kenapa kami bagai sudah tiada tempat Kenapa kami pula yang terpaksa merempat Di usir  keluar dari kampung halaman sendiri Katanya tanah ini sudah pemaju beli Pusat peranginan bakal didiri untuk si kaya berlibur Gedung membeli belah buat para korporat melabur Kondo mewah tak mampu kami miliki Lalu kata mereka, tiada wang sila pergi Jangan berani nak berangan lagi Cari lah daerah lain buat kamu menghuni Mereka jual t...

Si Bahlul Yang Tolol

Imej
Bila si tolol berbicara Ada kala menyakitkan telinga Ilmu cuma sejengkal dua  Berhujah bagaikan pendeta Buku rujukan malas dibaca Nasihat ulama enggan menerima Menurut telunjuk sang pendusta Memutar lidah bermuka-muka Jangan begitu hai si bahlul Tiap tutur perlu ada asasnya Bukan menurut nafsu semata  Harus berpandu hukum agama Baru teratur sempurna makna Aku bosan, cuak dan benci Mendengar bicara dari bukan ahli  Berkata kesat keji mengeji Ilmu cetek berhidung tinggi Baiklah aku menulikan diri Dari kata-kata menyakitkan hati Atau kah aku harus mengurung diri Mencari damai dalam Al Kahfi Mengabdi diri bagaikan sang sufi Agar dapat ku mensucikan hati Memohon hidayah dari Ilahi Agar selamat dari fitnah menyesatkan ini. -Cetusan Rasa Alhambra 6/12/2014

Songsang (Aduh Saleha)

Imej
Dunia kini dah makin gila Sudah tak tahu mana jantan dan mana betina nya Bila si Saleh mahu jadi Saleha Dan si Zainal bertukar dengan Zarina Yang lelaki lembut mengalahkan wanita Rambut mengurai bagaikan si dara Bibir merah bagaikan biji saga Sekali pandang ayu jelita Alamak bila bersuara garau la pula Yang perempuan pula apa nak jadi Lembut dan sopan sudah tiada lagi Dilahir sempurna perempuan sejati Gembira ibu ayah comel nya bayi Bila dewasa lain pula jadi Sangka nya boleh bergelar sang puteri Sudah besar teringin pula nak jadi lelaki Lalu bangkit lah mereka pembela hak asasi Kata mereka apa yang kau peduli Kau jaga saja lah tepi kain sendiri Bukan kah itu hak peribadi  Bebas saja pilih jantina sendiri Mereka ada masalah identiti Hajat mereka perlu dipenuhi Penyakit baru mula di cipta Untuk memenuhi kehendak citarasa Mereka ada masalah 'G.I.D' Sampai mereka lupa siapa itu 'GOD' 'bijak pandai' mula bersuara Hak minoriti perlu dijaga Mereka perlu pembelaan sama...

Teguran untuk Saudari- Saudari ku

Imej
Hari ini Biarlah jari-jari ini berbicara Tatkala mulut ku tak mampu bersuara Kerana aku insan yang lemah Tidak pantas untuk berhujah Takut suaraku jadi gementar Tidak tahan menepis komentar Mungkin imanku belum lagi begitu jitu Hanya dengan jari-jemari ini kutunjukkan rasa tak setuju Dengan nya aku menegur secara halus Semoga hati-hati mereka bisa ku tembus Saudari saudari Kamu gelar kamu saudara ku Kamu kata kita hanya bertuhan pada Allah yang satu Muhammad itu Rasul terakhir untuk kamu dan juga aku Syahadah kita tiada beda nya Katamu sumber rujukan kita dari kitab yang sama Tapi mengapa fikir mu jauh berbeza dari alim ulama Bukan kah dari mereka kita patut belajar hidup beragama Kamu ambil apa yang kamu mahu Kamu campak apa yang tak kamu setuju Hukum tuhan kamu pertikai  Lebih percaya pada akal mu yang dangkal Merasa diri dari golongan cerdik pandai Fatwa ulama tak mahu kamu pakai Saudari-saudariku Kamu berani kerana kamu sudah ada nama Keluarga kamu dari golongan ternama Orang-o...

Khitmir

Imej
Khitmir... Nama mu dipetik dari kisah Israeliyat Walau dalam Al Quran tidak jelas tersurat Hanya di kisahkan kau menemani Ashabul Kahfi Tiga ratus di tambah sembilan tahun lamanya kau turut bersembunyi Kamu makhluk ke empat bila mungkin mereka bertiga Kamu makhluk ke enam bila disangka mereka berlima Jika mereka bertujuh maka kamulah yang kelapannya  Tidak perlu kita meneka kerana itu semua tiada guna Biarkan saja ilmu itu hanya ada pada Nya Kamu juga makhluk istimewa ciptaanNya Ada kelebihan juga ada kekurangannya Bezanya kamu dan keturunan mu ada diletakkan garis hadnya Hukum yang menjadi khilaf di kalangan manusia Kenapa dan mengapa tidak usahlah kita pertikaikannya Jangan pula berhujah hanya guna logik akal semata Kerana Pencipta Maha Bijaksana dari apa yang dicipta Kalau itu perintah dari yang Maha Kuasa Kita harus menerima seadanya Bersandarkan hadith dan sunnah Nabi kita Tentulah ujian itu ada hikmahnya Keturunanmu tiada pula patut dipersalah Hanya sifat manusia itu yang suk...

Semangat

Imej
Aku di ajar agar kuat semangat Walau kadang jenuh mencari kederat Harus terus menggengam bara Walau kadang dayanya sudah tiada Aku di ajar menjadi penyelesai setiap karenah Walau diri sendiri dirundung pelbagai masalah Menjadi pendamai bila ada yang berbalah Menyatu kembali mereka yang berpecah Aku di ajar agar tidak mudah keliru Dalam menghadapi permasalahan yang bercelaru Menajamkan minda agar sentiasa jitu Ikatan simpul dapat dirungkai satu persatu Aku di ajar tak mudah leka Bersiap siaga dan sentiasa peka Tak mudah mengalah walau badai melanda Bila jatuh berani saja bangkit semula Berdiri kembali dan mengangkat muka Menyapu luka dan tetap berkata  Jangan kau risau diriku tak mengapa Aku di ajar supaya jadi telinga untuk mendengar  Jadi bahu tempat bersandar Tempat mereka mengadu minta nasihat Walau kadang otak sendiri berselirat Kadang diluar tersenyum manis Dalam diam air mata menitis Bertopengkan dengan wajah yang ceria Walau di dalam hati macam nak gila Tidak mengapa ji...