1 April 2017- Dilwale part 1 (Seljalandsfoss -->Skogafoss waterfall--> Reynisfjara beach)



Pagi ni hujan pulak. Menambahkan kesejukan di pagi hari. Alahai macam mana nak nampak aurora hari ni. Katanya hari ni ada oppotunity boleh tengok aurora.
Breakfast di hotel ni best jugak. Banyak variasi dan makanan boleh tahan kat hotel ni. Satu yang aku teruja di sini, ada waffle maker. Siapa yang nak waffle, boleh buat sendiri. Spray dulu dekat bekas dia ...lepas tu masukkan satu senduk adunan yg dah disediakan, tutup & tunggu dlm 5 minit.... Hehehee .. Tak pernah-pernah buat waffle kat Malaysia...buat kat hotel di Iceland, seronok pulak πŸ‘. Lepas aku buat, siap ajar orang lain pulak buat😬.

Selepas breakfast kami check out dari Stracta hotel...pasti kan beg masing-masing dah di bawa keluar dan selalunya aku akan tengok beg aku masuk dalam perut bas tu, baru puas hati yang beg aku tak tertinggal. Hujan kat luar ni boleh tahan jugak. So persediaan dengan pakaian tebal dan baju yang berlapis dan gloves perlu untuk mengurangkan kesan sejuk. Walaupun ikut-ikut sini dah masuk spring, ada tempat-tempat yang masih turun salji. Betul la di Iceland ni even dalam satu hari mungkin akan berjumpa dengan ke empat2 musim yang berbeza.



Keseluruhan kami mengekal kan tempat duduk yang sama di dalam bas. Jadi dah tahu tempat duduk masing-masing dan sama juga dengan pelancong-pelancong dari negara yang lain yang berkongsi satu bas dengan kami. Kami akan berada dalam group yang sama sepanjang 4 hari perjalanan di selatan Iceland ini. Kebanyakan kami occupy barisan-barisan terakhir dalam bas ni. Dari barisan 5 terakhir bas, bermula dengan Sha & her daughter (Hani), Husband K. Zainah, aku, Noresh, K. Sue, Maida, Makinah, K. Zainah dan K. Yash. Sementara Tun, Pak Chat, Datin Maznah & her husband duduk di depan. Not bad my memory kan..still ingat lagi nama2 ahli kumpulanπŸ˜„.

Hala tuju kami seterusnya nya, melawat ke dua waterfall & black sandy beach. Tempat-tempat ini  jadi lebih popular selepas filem Dilwale lakonan Kajol & Shahrukh Khan last year. So ramai la peminat2 filem hindi especially yang dari Malaysia yang teringin nak datang sini dan berposing ala-ala Kajol bila kat sini. So sapa-sapa yang dah pernah tgk Dilwale ni memang dapat appreciate la... Tempat ni scene yang depa shoot untuk lagu Gerua. Aihhhh...ni yang rasa nak fefeeling nyanyi lagu Gerua pulak niπŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚. Last year Tun bawak previous group, masa tu still winter, so area waterfall di selaputi salji. Jadi tak boleh nak jalan jauh. This time nasib kami boleh di katakan baik.

Baru dalam agak2 10-15 minit bas bergerak dan dalam kesyahduan pagi yang sejuk damai dengan hujan renyai2 ni... Tiba-tiba terdengar suara kekecohan kat belakang memanggil Tun beberapa kali..hingga kedengaran... K. Yash called from the back..."Tun..come here, urgent". Tun reluctantly datang jugak ke belakang, sebab nya dalam bas ni tak di galakkan pi jalan merata. Masuk jer bas, nanti Mam Betty suruh 'fasten your seatbelt'...Hehehee. Nak di jadi kan cerita rupa-rupa nya, K.Sue tak sure luggage dia dah bawak masuk dalam bas ke tak. Aduhai la kakak ku ni....memang sanguine sungguh dengan muka selamba dia. Beg dia yang besar begitu tu boleh tak perasan tinggal kat depan pintu bilik. Sorry K. Sue...bab ni kena cerita sebab rare story. Selalu orang dok lupa barang2 kecik, ni hat yang beg gedabak tu yang dia lupa😜. Anyway, bas terpaksa buat u-turn balik semula ke hotel untuk mengambil balik beg yang tertinggal tu. Nasib tak jauh lagi.


Kami sambung kembali perjalanan...masih hujan renyai2 di sepanjang perjalanan. Di sepanjang perjalanan kami masih dapat mengecapi pemandangan yang cantik walaupun di kaburi dengan hujan di sepanjang jalan. Kami tiba ke destinasi seterusnya ...Seljalandfoss waterfall. Dalam hujan yang rintik-rintik dan kesejukan pagi ni kami redah juga. Air terjun ni yang special nya sebab dia ada laluan di sebalik air terjun tu. Pelancong bukan saja dapat mengambil gambar air terjun dari hadapan, malah dapat juga berjalan di belakang dan mengambil gambar dari belakang. Jadi kami memulakan perjalanan ke waterfall ini, pastikan pakaian waterproof with hood. Ada yang memakai rain coat juga. Gloves jangan lupa...nanti mengeletar. Cuma bila nak ambil gambar tu terpaksa la tanggal kan gloves, especially kalau guna iPhone @ phone yang touch screen...memang susah. Aku baru tahu ada leather gloves special design dekat tips of gloves tu di ubah suai supaya dapat touch screen.





Mengikut arah di mana orang ramai naik, aku turut memanjat bukit melalui anak-anak tangga yang di sediakan untuk memudahkan pelancong naik ke atas. Sampai di atas, melalui platform di atas tu, dapat ambil photo @ video air terjun dari arah sisi. Memang cantik dan mendamai kan melihat aliran dan bunyi air terjun ni. Aku meneruskan perjalanan menuruni dan menyusuri laluan berbatu menuju ke arah belakang air terjun. Kena berhati-hati bila turun di sini, kerana dalam keadaan hujan macam ni laluan licin sedikit. Pemakaian kasut yang sesuai adalah penting untuk mengelakkan sebarang kecederaan yang tak di ingini. Kalau grip kasut tak bagus, boleh tergelincir ni. So kena invest lebih sikit untuk dapatkan kasut yang bersesuaian yang waterproof. Badan kena fit, kalau nak datang Iceland ni. Bila dah datang sini kena la cuba semua ni.... yer tak. Kalau tak buat rugi jer la kan datang jauh2. Tak kan nak datang tengok dari jauh atau duduk dalam bas aje. Baik duduk rumah tengok channel National Geographic. Kena adventurous sikit baru best.

Aku tiba di belakang waterfall...ada ruangan di belakang ni macam gua sikit. So kita orang boleh bersantai sebentar sambil mengambil gambar dan berswafoto. Tapi sini memang basah la, disebab kan percikan dari air terjun tu tempias kena kita. Sejuk jangan cakap la. Memang rasa best sangat diri kat belakang ni walaupun dok sejuk2 macam ni. Di sini salah satu photo shoot untuk lagu Gerua jugak ni...tapi tak le berhujan macam kita ni...πŸ˜‚. Kami menunggu rakan-rakan yang lain sampai dan memeriahkan lagi suasana di situ sambil berswafoto beramai-ramai. Lepas dah mengeletar kesejukan dekat sini, kami meneruskan perjalanan naik bukit dan turun tangga melalui laluan yang bertentangan dengan arah yang kami datang sebentar tadi.






Satu lagi yang perlu di ketahui, bateri phone atau camera akan cepat habis bila di tempat sejuk. Sekejap jer kalau tempat sejuk2 macam ni bateri akan low. So make sure bateri full dan pergi mana-mana ready power bank untuk phone @ extra bateri untuk camera. Satu teknik yang di gunakan oleh Noresh untuk menjaga camera dia tak bagi sejuk, dengan menggunakan chemical thermal... to warm the camera. Mulanya kegunaan untuk memanaskan badan...tapi dah di gunakan multipurpose untuk panaskan camera dia lagi pentingπŸ˜„.


Dari Seljalandsfoss kami meneruskan perjalanan ke destinasi seterusnya, Skogafoss waterfall yang juga merupakan sebuah air terjun, cuma ia mempunyai keistimewaan nya yang tersendiri. Di Iceland ni memang banyak waterfall kerana struktur muka bumi nya yang sebegini. Bila kita tiba di sini, cuaca sudah agak baik dan hujan sudah mula berhenti. Matahari mula menampakkan rupa dan memberi sinar harapan baru untuk kami... Mungkin kah kami akan bertemu aurora malam ini setelah kecewa semalam...Mungkin kah...Kita tunggu malam niπŸ˜‰

Betty memberitahu kami, untuk pemandangan yang cantik dan untuk melihat glacier...kami perlu mendaki anak tangga yang berketinggian 400+++ anak tangga untuk sampai ke atas. Adoi...macam mana ni. Mampu kah aku mendaki setinggi itu. Padahal di hospital yang naik satu atau dua tingkat saja aku dah surrender...tekan butang lift😒...ni mau breathless aku ni nak sampai atas tu.







Walau macam mana pun aku gagah kan juga...tengok yang lain semua semangat, aku pun ikut semangat macam mereka juga. Budak Jenan memang pantang di cabar kanπŸ˜‰. Satu lagi, itu lah penting nya pergi dengan group yang berani mencuba dan tahan lasak sikit ni....pembakar semangat. Kalau pergi dengan group yang tak adventurous...memang leceh. Semua tak nak buat. So perlahan-lahan aku gagahi juga mendaki  anak-anak tangga satu persatu. Mula-mula laju jugak, cuma lama-kelamaan langkah aku perlahan...menahan kepenatan. Sesekali terpaksa berhenti di tepi bila tiba di platform yang lebih luas untuk berhenti seketika mengambil nafas sebelum meneruskan pendakian ke atas. Ada yang ingat aku kerap berhenti sebab sakit lutut ku semalam...tapi lutut aku sekarang dah okay. Cuma my haemoglobin, mungkin sedikit rendah...yang menyebabkan aku kepenatan bila mendaki. However, I would congratulate myself because this time I did very well...even though I had to stop several times to reach the top. I guess, I have gained my stamina back at least to the previous level after regular jogging sessions before came here. And definitely my haemoglobin level has improved...for me to climb up hills like this, it needs reasonably average level of haemoglobin. Fahimi  pun slow down...tunggu aku naik...takut doctor in group pengsan tengah jalan kot...πŸ˜†. Yang lain semua dah sampai atas... So akhir nya aku pun berjaya sampai ke puncak..yeayyy...πŸ’ͺ🏼πŸ’ͺ🏼πŸ’ͺ🏼.

Memang worth it, mendaki tinggi-tinggi macam ni. Bila sampai kat atas tu semua letih hilang...yang ada cuma perasaan gembira dan puas hati. Join the rest of them. Memang cantik pemandangan dari atas...kelihatan air sungai yang mengalir dan turun menjadi air terjun dengan pelangi yang terbentuk dari lantunan cahaya matahari ke arah air.... Subhanallah...sungguh indah ciptaan mu ya Rabbi. Ini mengingatkan aku pada ayat yang di ulang-ulang dalam surah Ar-Rahman..."Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan mu, yang kamu dusta kan"




Masing-masing mencari spot yang menarik dengan berlatar belakang kan sungai, air terjun dan pelangi untuk di jadikan kenangan. Tapi sebab ramai sangat...susah untuk dapat view yang cantik tanpa terlihat kelibat bayang orang lain. Kami bergerak ke tebing untuk mengambil gambar berlatar belakangkan sungai mengalir. Biasa la bila waktu excited tu tak perasan yang kita berdiri di tebing curam. Menjerit2 la makcik2 takut aku kena terbang dek angin dok kat tepi sangat....Hehehee. Satu yang aku suka...kebanyakan dah mula memanggil ku dengan Ainon saja... Tak ada doctor2 lagi. So rasa macam famili & close friends jer semua dah. Glacier yang macam Betty cakap tu...macam tak nampak pun. So kita tak la jalan naik ke atas lagi.





Setelah puas dengan pemandangan dari atas, kami mula turun ke bawah. Kalau turun ni memang laju la...di bantu oleh daya graviti...Hehehee. Tak ada la penat.  Di bawah, pemandangan tak kurang cantik juga. Dengan back ground air terjun dan aliran nya serta pelangi. Wow...cantik sungguh. Kami mengambil beberapa photo di sana. Aku perhatikan tak jauh dari tempat aku berdiri...bergilir-gilir group kami menggayakan aksi Kajol dengan selendang oren milik Kak Sue. Dengan angin yang bertiup menebarkan selendang oren tu...πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚.  Kelakar betul la mereka ni. Ini semua penangan Kajol Malaya ni.


Oh ya...rasanya Betty bagi masa 40 minit untuk kami naik dan turun. Not bad we're all on time. Walaupun selalu nya geng2 Malaysia ni la yang last sampai ke bas. Dari situ kami meneruskan perjalanan dan singgah untuk makan tengahari. Cuaca nampak ok buat masa ni. Winter clothing dan gloves yang basah tadi waktu di waterfall yang awal tadi pun dah kering lepas memanjat turun naik tangga di waterfall yang kedua.


Di tempat rehat...masing-masing bukak bekal. Dia orang makan kat luar jer. Tapi kat luar ni sejuk sikit. Semua creative macam mana nak bawak bekal dan keep it warm. Noresh ready nasi lemak Brahim pagi2 dan keep it warm dengan guna chem thermal dia. Sha & Hani...guna lunch box yang boleh keep warm. Yang lain aku tak tau macam mana dia orang buat. Macam-macam cara dia orang ni...don't play playπŸ˜€. Aku seperti biasa malas nak angkut food. Karang mkn sekali dinner kat room nanti. For the time being I just need some hot chocholate and join Tun & Fahimi pegi cafe minum kat dalam.

Petang nanti kami sambung aktiviti kami. Perjalanan masih jauh dan semakin lama semakin menarik.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

17/09/2017-Pengembaraan ke Kashmir (KL-New Delhi)

Tangan Tangan Ghaib

Travelogue to Turkey- Part VI-Konya - Mevlana museum and Sultanhani Caravanserai