1 April 2017- Dilwale part II (Reynisfjara beach-->Fosshotel)
Setelah habis my simple lunch, aku berjalan-jalan di sekitar kawasan bas berhenti. Pintu bas tak buka lagi pun. Di seberang jalan, di atas bukit sana merupakan residential area. Penduduk disini tak ramai, jadi kawasan perumahan tertumpu pada satu area saja. Kalau melihatkan pada struktur rumah mereka, memang tak ada bangunan tinggi. Ini berkemungkinan kerana struktur geografi Iceland dan kekerapan mengalami gempa bumi serta ledakan gunung berapi yang mungkin tidak sesuai untuk mereka membina bangunan tinggi.
Apabila semua sudah bersedia, kami menyambung perjalanan kami ke destinasi seterusnya. Ia nya merupakan black sandy beach (Reynisfjara beach)...kerana memang pasir nya hitam. Rasanya mungkin sebab kesan pada lahar gunung berapi la ...aku rasa. Satu yang Betty pesan sebelum kita turun bas...kata nya pantai ni bahaya. So jangan dok berani duduk tepi-tepi pantai. Arus nya tak menentu dan suddenly ombak besar boleh datang dari Lautan Atlantic ini. Katanya ...banyak kematian di laporkan di kawasan ini. Okay...kami pun tak ada niat nak main-main air sejuk-sejuk macam ni...lagi pun aku memang spesis takut air jugak tuπ
Aku meneruskan perjalanan,berhenti seketika untuk membaca penerangan-penerangan mengenai pantai ini di papan tanda. Aku menyusuri pantai berpasir hitam ini, sehingga sampai ke kawasan batu-batu berbentuk columnar @ di panggil sebagai columnar basalt serta terdapat struktur berbentuk gua diantara nya. Dari papan tanda tadi tertera penerangan bagaimana pembentukan columnar basalt ni. Ianya terbentuk dari magma yang menyejuk perlahan-lahan dan berpecah menjadi column, selalunya hexagon apabila kawasan permukaan nya berkurangan. Ok ...yang lain Google saja la kalau nak tau. Macam-macam mana pun kawasan ini memang menarik dan mempunyai daya tarikan tersendiri yang agak berbeza. Aku pernah melihat struktur columnar basalt ini di Jeju Island, Korea...tapi tak pernah datang hampir dengan struktur itu sedekat ini.
Kawasan ini menjadi salah satu tarikan untuk photo shoot ...sambil kami bergilir-gilir memanjat struktur batu ini untuk mengambil gambar dengan berlatar belakangkan batu-batu columnar basalt ini. Masing-masing dengan gaya yang tersendiri dan tak lupa juga dengan gaya ala-ala Kajol. Ya...di sini juga adalah spot penggambaran Dilwale untuk lagu Gerua. So keluar lagi lah selendang Kajol tu yang di peragakan dari satu tangan ke tangan yang lain. Dengan angin laut yang membantu mengembangkan selendang memang mengujakan untuk mereka berposing di pantai ini. So sekali lagi lah keluar posing-posing maut Kajol2 Malaya...πππ.
Aku jalan terus bersendirian ke arah barat gua dan batu-batu columnar tadi untuk melihat apa lagi keindahan alam ciptaan Ilahi yang dapat aku simpan dalam kotak memori ku. Buat menjadi kenangan aku di bumi Iceland ini. Tak ramai yang berkeliaran berdekatan dengan laut kerana bimbang kan keselamatan. Dari jauh kelihatan 2 struktur batu yang membentuk pulau atau bukit...sebenar nya aku tak tahu nak describe macam mana & apa scientific name untuk struktur sebegini. Terima aje lah bahasa ku yang caca marba niπ. Sambil mengambil beberapa gambar dan video untuk kenang-kenangan dan memudahkan aku untuk menulis bila sudah tiba di Malaysia bila mana kuasa ingatan mungkin akan pudar sedikit demi sedikit.
Melihat kan masa yang dah tak berapa banyak, aku mula berpatah balik ke arah bas...dan bertemu kembali dengan rakan-rakan group aku yang masih meriah dengan sessi photo shoot...Hehehee. So aku join jugak la. Panjat columnar basalt tadi dan disertai dengan 2 lagi geng Jenan siapa lagi kalau tak K.Sue dan Pak Chat...melengkap kan geng Jenan Explorer. Ok...tengok budak2 Jenan ajaq macam mana nak berposing... Hehehee...dengan gaya-gaya macam-macam ikut pengarah Fahimi punya instruction...Yang paling tak tahan gaya dok tengok aurora pun ada...πππ.
Kami kembali semula ke bas, dan meneruskan perjalanan yang agak panjang merentasi selatan Iceland. Kebanyakan tidur setelah kepenatan dengan aktiviti-aktiviti sedari awal pagi tadi. Walau bagaimana pun dalam kepenatan terbit rasa puas hati dengan segala pengalaman dan di beri peluang dari Allah s.w.t untuk menikmati keindahan alam ciptaan Nya. Subhanallah, Alhmdulillah ...Allahuakbar.
Dalam perjalanan kami singgah sebentar di kawasan yang penuh dengan struktur landscape yang ber 'lobulated'. Teruk sungguh bila doktor menulis....'surface areas appear lobulated with nodules on it. The rocks seems to have greyish to blackish in colour and covered by moss. The appearance looks like giant fungus'...Itu lah kalau nak di describe kan menggunakan istilah medicalnyaπ. Ia nya kesan dari lahar gunung berapi yang meletus mengubah bentuk mukabumi sedemikian rupa.
Dari situ kami di bawa ke sebuah hotel, bukan hotel yang akan kami hinggap malam ini, tetapi hotel lain yang aku dah tak ingat nama nya. Kerana masa masih awal driver kami sengaja melengah-lengah kan perjalanan dengan berpusing 2 kali di round about yang berkedudukan tidak jauh dari hotel tersebut...menyebabkan pada mula nya kami ingat salah jalan ke.
Tujuannya kami ke sini adalah untuk kami di beri penerangan tentang kawasan ini dan peristiwa tercetusnya volcano eruption 70 tahun lalu (1947). Di situ, pelancong2 lain dari bas yang berbeza juga berkumpul sekali untuk mendengar 'taklimat' dan wayang gambar di mana berlakunya volcano eruption...tak silap aku Hekla eruption. One of the major volcanic eruptions occured in this century which caused significant number of deaths. So yang bagi penerangan tu adalah manager hotel tu tak silap aku yang merupakan generasi dari antara mereka yang terselamat dari letusan gunung berapi itu. Katanya di Iceland ini bila-bila masa sahaja gunung berapi boleh meletus, mungkin esok...mungkin lusa. π³. Anyway...this is the land of fire and ice. Sungguh menakjubkan ciptaan Allah ini. Siapa sangka dalam kesejukan salju, ada lahar yang menunggu masa untuk meletus dan meledakkan isi kandungan nya yang panas berapi. Mereka di sini telah mengalami beberapa siri letusan gunung berapi dalam tempoh dari masa Hekla eruption berlaku dan sudah mempunyai evacuation plan sekiranya berlaku letusan gunung berapi pada bila-bila masa. Setiap kali lepas terjadi nya bencana, mereka terus cekal dan masih setia untuk berada di tanah tumpah darah mereka dan menjalani hari-hari berikut nya seperti biasa serta membina kembali apa yang musnah.
Dari situ kami menuju ke destinasi terakhir...aku tak tahu apa nama sungai ini, sebab tak di sebut di dalam itinerary. Walau macam mana pun memang cantik dan mendamaikan seperti pada tempat2 lain. Kami semestinya tidak melepaskan peluang untuk mengambil group photo berlatar belakang kan aliran sungai ini. Tak ketinggalan Jenan Explorer menggayakan aksi2 kami. Puteri2 ada sessi photo shoot mereka tersendiri. Selepas siap melompat-lompat segala...kami di bawa ke hotel untuk check in. Kami akan tinggal di sini untuk 2 hari dan di sini lah spot untuk mencari aurora.
Malam ni kami ada misi penting yang perlu di laksanakan...misi mencari aurora...π. Tunggu ...
Ulasan