31 March 2017 (Gullfoss waterfall--Stracta Hotel Hella)


Selepas lunch, dari Icelandic geysir kami meneruskan perjalanan ke Gullfoss waterfall. Ada beberapa view points di sini. Aku mulakan perjalanan ke view point di bawah dahulu, menuruni anak-anak tangga untuk melihat pemandangan dari jarak lebih dekat. Dari kejauhan terdengar bunyi aliran air. Terlalu cantik dan sempurna ciptaan Allah s.w.t. tidak dapat di gambar kan. Mendengar deruan air mengalir ... Amat menenangkan. Kawasan ini besar...bukan mcm waterfall biasa tu. Air yang jernih hijau kebiruan mengalir dari beberapa tingkatan memasuki sungai. Dengan kawasan sekeliling yang masih di liputi salji...menambahkan keindahan bumi ciptaan Allah ini. Subhanallah...maha suci Allah yang menjadikan alam semesta ini. Bila melihat kejadian ini...saya terfikir, patutlah Allah s.w.t. selalu menggambarkan syurga dengan taman2 yang ada sungai yg mengalir di bawah nya. Ini baru gambaran syurga di dunia dah cantik macam ni....kalau di syurga tentu beratus kali ganda cantik. Thank you Allah for giving me this opportunity to see your great creation in this world and indeed you are the best Creator.



Selepas puas dengan pemandangan di level bawah ni dan mengambil photo serta video di sini ...aku dan Noresh menyusuri  kembali anak-anak tangga ke atas. Penat jugak tu...sesekali terpaksa berhenti di pertengahan jalan untuk memberi laluan kepada visitors yang lain untuk ke depan sambil mengambil nafas...dan membetulkan pergerakan lutut yang kadang2 bagaikan meletup bunyi nya..Hehehee. Sakit jugak tu bila sesekali dia meletup. Berpeluh jugak walau dalam kesejukan tu bila sampai ke atas. Dari situ, kami menyambung perjalanan ke next view point... Melalui jambatan. Ramai la pulak orang dok nak bergambar @ berselfie kat sini. Bila jumpa geng-geng kami...terus dok berselfie dengan background waterfall. Tak kurang juga kelihatan di bawah tadi betapa kecoh nya geng2 Malaysia bergambar ceria sambil melompat. Kanak-kanak dewasa yang riang gumbira...๐Ÿ˜.

Aku membiarkan Noresh dengan mood melan nya...selalunya bila bersendiri dan tanpa gangguan ...photo yang di ambil akan jadi lebih menarik. Dan aku dengan mood melan ku...menikmati segar nya udara yang tidak tercemar ini dengan keindahan serta deruan air mengalir yang amat menenangkan jiwa.




Gullfoss waterfall sepatutnya adalah destinasi terakhir kami hari ini, sebelum kami sampai ke hotel Stracta di Fludir. Dalam perjalanan pagi tadi, Betty ada tunjukkan Icelandic horse yang rupanya macam pony sebab kaki katek... Hehehee. Tapi Icelander kata It's not pony, but an Icelandic horse. Apa2 lah...nampak macam kuda kaki katek jer. Comel... So dalam perjalanan pergi ke hotel, driver kita cuba cari tempat yang bas kami boleh berhenti seketika untuk kami melihat Icelandic horse ni dari dekat.





Manja rupanya kuda-kuda ni. Bila datang dekat dia...semua nak datang. Siap boleh pat & belai2 dia lagi. Cantik lak tu rambut dia. Pak Chat kata tu kuda jantan...sebab suka kat pompuan. Sporting jugak kuda2 ni berposing dengan kita orang termasuk la Jenan explorer berposing dgn kuda2 tu. 




Dari situ, kami di bawa untuk berhenti seketika di sungai yang mengalir dari Gullfoss waterfall tu tak silap aku. Warna air sungai turquoise blue tu amat mendamai kan. Bas kami melalui satu jambatan yang agak sempit untuk sampai ke sini. Setiba nya di situ, kami perlu turun sedikit di laluan yang berbatu untuk sampai dekat dengan sungai. Memang cantik sungguh...tak tergambar oleh kata-kata. Mahu terus saja duduk di situ dan melihat kecantikan alam ni.



Seperti biasa di sudut mana yang rasa cantik semua nya nak ambik gambar buat kenangan walau pun kena panjat batu2 untuk berswafoto๐Ÿ˜„. K. Sue pulak dah keluar kan selendang oren kajol dia... tangkap gambar ala2 kajol dlm Dilwale... Hahahaaa... Mcm2 perangai๐Ÿ˜‚.




Dari situ kami di bawa ke hotel yang seterusnya untuk kami menginap semalam di sini. Kali ni kami akan menginap di hotel Stracta, Hella. Agak selesa juga hotel ini. Hari masih cerah di bumi Iceland ini. Ada yang mengambil kesempatan berendam di free hotspring spa di hotel ni. Aku sambung 'dinner' dengan nasi goreng ikan masin Brahim makan dengan serunding daging. Sedap jugak tu...๐Ÿ‘๐Ÿผ.

Hari ni ramai yang predict boleh nampak aurora, sebab cuaca bagus. Walaupun weather forecast kata aurora aktivity low. Jadi kami amat berharap dengan cuaca yang baik sebegini, aurora akan muncul menari-nari๐Ÿ˜ฌ. Anyway, kita di suruh untuk tunggu di lobby untuk cari tengok aurora ada ke tak...kalau nampak. So bersedia la makcik2 ni. Terutamanya geng elderly among us, memang punctual. Cakap pukul 9pm tunggu, sebelum pukul 9 dah ada kat situ. Siap dah kami pakai baju dan seluar berlapis2 takut sejuk duduk di luar tu. Turun bawah... our guide pun tak de lagi. Punya la bersemangat.


Kita org cari aurora kat sekitar hotel ni jer... Tak de la keluar malam2 sejuk ni pegi cari tempat lain. Cuma selalunya weather forecast boleh agak melalui aurora signal aktivity tinggi atau rendah. Pergi jugak diri kat luar tu sekejap...tengok kat langit tak ada apa pun. My perception ingat boleh nampak aurora tu senang dgn naked eyes. Angin malam dan cuaca yang sejuk ketaq...membuatkan kami masuk ke ruang hotel kembali dan tunggu di dalam semula. Ada la beberapa mat saleh yang turut tunggu kat luar tu. After sometimes, dia orang pun masuk juga. Memang letih dan mengantuk dah ni...mata pun layu jer. Mungkin awal lagi kot...Still tunggu jugak, lepak2 kat tangga hotel. After some times, dah letih masuk tunggu kat bilik saja. Betty kata malam ni mungkin bukan malam yang baik untuk tgk aurora, esok ramalan nya mungkin lebih baik. Dia akan buat arrangement untuk receptionist call our rooms kalau aurora kelihatan malam ni....Isshhhh3...awat la tak habaq awai-awai, kalau tak dah pi tidoq lama dah ni.

So sebab takut kena call kalau nampak aurora...aku pun tidur dengan berpakaian lengkap siap baju tebal dengan tudung segala tak bukak. Dengan stokin pun tak bukak tu...hahahaaa๐Ÿ˜†๐Ÿ˜†๐Ÿ˜†. Ingatkan mula nya nak tidur2 ayam saja... kot2 dengar phone call. Tapi sebab letih sangat, letak kepala saja terus hanyut. Terjaga cuma jam 3.30 pagi, waktu masuk subuh dah di sini. Senyum sendiri sebab masih berpakaian lengkap tertidur. Tapi bukan aku saja, my roommate & yang lain pun sama. Kihkihkih...๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚. Penangan nak kejar aurora. Insyaallah kami masih ada peluang untuk melihat aurora malam seterusnya.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

17/09/2017-Pengembaraan ke Kashmir (KL-New Delhi)

Tangan Tangan Ghaib

Travelogue to Turkey- Part VI-Konya - Mevlana museum and Sultanhani Caravanserai