1 April 2017- Misi Mengejar Aurora



Kami tiba di Fosshotel boleh di kata kan masih awal lagi. Kalau di lihatkan pada 'hotel' ini ianya lebih pada macam kontena. Tempat nya pula agak terpencil. Hotel yang kecil dibina khusus untuk mereka yang mengembara untuk tujuan mencari aurora borealis rasa nya. Tiada laluan cantik, dari bas ke hotel, kecuali tanah berbatu. So kena angkat beg dengan berhati-hati, takut tayar tercabut. Walau bagaimana pun bilik dia ok la. Aku pun tak expect hotel mahal2. Anyway, most of the time kami tak duduk dalam bilik pun, kecuali nak tidur. Cuma satu jer yang tak berapa puas hati...WiFi dia memang kaput...slow giler tahap gaban...๐Ÿ˜–Agak nya ramai sangat yang serang nak upload gambar. Upload hari ni...esok baru publish kat FB. Punya la slow...๐Ÿ˜„. Memang dia suruh keluar bersosial dan jangan duduk dalam bilik saja. Satu lagi room di sini tak ada phone. Nasib baik walaupun internet lembab, wassapp masih ok lagi la. Jadi kami masih dapat berhubung dan update aktiviti antara sesama kami.

Kami masih ada banyak masa untuk makan, mandi dan buat apa-apa yang patut sementara menunggu maghrib. Masuk maghrib di sini dalam pukul 8.02pm. Noresh dok kelebek camera dia...perbetul setting camera untuk persediaan malam nanti. Aku biarkan dia dengan dunia dia...๐Ÿ˜œ. Kami disuruh untuk berkumpul di lobby pada pukul 8.30pm. Sempatlah jama' maghrib-isya' dulu. Tapi sebab dah ada pengalaman semalam kan...so kira rileks jer la. Tahu bukan nya nak nampak apa pun jam-jam macam ni. Tapi dah jenis yang memang berdisiplin kan...aku dengan Noresh, keluar jugak on time๐Ÿ˜„. Macam biasa bukan ada orang sangat lagi pun jam ni. Katanya memang hari ni aktiviti aurora tinggi, dan kami positif akan dapat melihat aurora malam ni. Cuma nak tunggu masa bila aurora akan keluar sahaja.

Kami pergi juga menjengok2 di luar, pandang ke langit...macam tak ada apa-apa lagi pun. Nampak la macam asap laluan jet tu ada la. Walau macam mana pun terlalu awal untuk kami meneka dalam kesamaran. Langit pun belum betul-betul gelap. Ada juga rakan-rakan pelancong lain yang turut keluar macam kami juga. Selepas beberapa ketika di luar, aku masuk kembali ke ruangan lobby. Aku membuat keputusan untuk duduk dalam bilik dulu sementara menunggu aurora ....melelapkan mata buat seketika. Nanti kalau mereka dah nampak kelibat aurora...aku keluar balik la. Yang lain pun lebih kurang juga la. Tunggu wassapp message ๐Ÿ˜†. Duduk luar tu saja-saja memang tak ada kerja la sejuk-sejuk ni.

Dalam jam 9.40 pm aku terima message, Betty suruh tunggu di lobby pukul 9.50pm. Dan message dari Tun mengatakan faint aurora telah kelihatan. Yeayy...excited terus pergi keluar. Di luar Betty sudah ada di situ. Tapi masing-masing masih berkeliaran keluar masuk di pintu lobby. Kami di kenakan pakai tag di pergelangan tangan yang memberikan pantulan cahaya, supaya mudah dikenal pasti dalam kegelapan malam ni. Bila di luar, masih tak berapa jelas lagi aurora. Cuma yang nampak macam laluan jet tadi saja yang menurut kata Betty, memang bukan aurora pun.

Sementara itu pihak hotel akan menyajikan hot chocholate semasa menunggu aurora untuk penghuni hotel. Dalam pada kami mundar mandir keluar masuk tanpa sebarang tanda yang menampakkan bayang aurora...K. Sue masuk buka apps cari surah Al Buruj. Bagus kakak aku ni...moga-moga Allah menemukan kami dengan aurora dengan berkat bacaan Quran kakak ku ini. Kami masih diluar menunggu..dan dari kejauhan terlihat bayang-bayang putih kehijauan seolah-olah muncul dan tenggelam semula. Sehingga ia nya semakin jelas kelihatan dan semakin lama semakin banyak, membentuk seperti garisan horizontal yang makin menebal. Ianya berubah-ubah bentuk dan haluan seakan menari kegembiraan. Tak lupa ucapan syukur tasbih, tahmid dan takbir kami hanya pada yang maha Esa tuhan sekalian alam, yang mencipta dan mengarah makhluk ciptaan Nya mengikut masa dan ketika yang di tentukan. Dan alhamdulillah kami, beruntung di beri kesempatan sebegini rupa. Allahuakbar.




Setelah itu mula sessi penggambaran bermula...tugas ini di beri kepada yang empunya camera-camera canggih...ie: Noresh, Hani dan Tun. Tapi camera Hani tak dapat nak capture...setting lari. Jadi kami masih ada 2 photographer. Kami yang lain jadi model aurora borealis...hahahaaa. Untuk stabil kan kedudukan camera bukan senang, nasib baik ada beberapa kereta di hadapan hotel ini yang menjadi sasaran photographer kami untuk meletak camera. Kamera tak boleh goyang-goyang, kena statik. Yang kelakarnya bukan camera saja yang tak boleh gerak, dengan model-model aurora borealis ni pun kena marah kalau gerak. Kerana pergerakan akan menyebabkan produk gambar tak cantik. So untuk pastikan muka-muka kami ni cantik walau pun dalam kegelapan malam, masing-masing akur dengan arahan pengarah..."Jangan bergerak". Muka masing-masing serius takut nanti gambar tak jadi...kelakar betul kalau ingat kan memori ni.




Pelbagai cara yang di gunakan...mula-mula salah seorang dari kami yang jadi model ni kena arah kan lampu suluh ke muka supaya nampak muka kami lebih jelas. Tapi cara sebegini memberikan cahaya yang berlebihan dan menjadikan hasil yang tidak memuaskan. Kemudian, seorang di tugaskan untuk memegang lampu suluh dari arah jauh sedikit, dan cahaya tidak di suluh direct pada muka-muka model ini. Untuk tugasan ini pun kena ada skill. Angle lampu suluh kena betul dan di mana nak di suluh, ada cara...tak silap aku, cahaya suluhan dari Makinah worked well. K.Sue...give up. Sah tugasan ini berat. Aku pun cuba, beberapa kali ...baru betul. Namun begitu, team work penting.


Semua kami tak mahu melepaskan peluang yang tak ternilai ini. Satu demi satu, dalam bentuk kumpulan serta pasangan cuba jadi model aurora borealis. Juga tak ketinggalan untuk our photographer...bergilir-gilir. Tun guna camera Sony, walau pun nampak tak secanggih camera Noresh...tapi hasil dia ok jugak capture aurora. Bila sesuatu photo di ambil, selepas camera click...kami tidak boleh bergerak untuk camera ambil masa untuk processing. Hingga photographer kata ok...baru boleh gerak. So kena sabar sikit.

Dalam masa kami terlalu excited tengok aurora, lupa pula kami dengan hot chocholate tadi. Orang-orang lain dah tak berapa berkumpul disini lagi...cuma kami yang masih excited. Setelah habis sessi photography disini...K. Yash bagi pendapat untuk kami cuba pergi ke belakang hotel pulak. Sebab nya di sebelah sini, banyak gangguan dari struktur bangunan hotel itu sendiri yang menghalang view. Mungkin di sebelah sana aurora lebih menyerlah. Kami melihat kelibat aurora mula pudar dan mula meninggalkan kami sedikit demi sedikit. Kami masuk semula ke hotel untuk menghirup hot chocholate yang dijanjikan tadi...namun kami tak bernasib baik, kerana hot chocholate sudah habis๐Ÿ˜ข๐Ÿ˜ข๐Ÿ˜ข. Siap tanya dekat hotel receptionist ...boleh tak tambah hot chocholate untuk kami. Tapi, orang yang kerja bancuh air dah balik katanya. Jadi kami redha jer la...terlepas hot chocholate...Hehehee.

Semangat kami mencari aurora tidak terhenti di situ. Aku tak ingat sudah jam berapa waktu tu...sebab sememangnya aku tak ada jam tangan, cuma ada jam handphone saja ๐Ÿ˜†. Tapi tak silap ianya mungkin menghampiri tengah malam. Percubaan kami seterusnya adalah untuk mencari jalan keluar untuk kami pergi ke belakang hotel pula. Nak buka pintu ni pun kena ada trick...selepas beberapa percubaan baru kami dapat melepasi pintu ini. Kami bergerak ke belakang hotel...di belakang ruangan makan. Di sebelah sini...baru nampak bumi ini di selaputi salji. Ada beberapa pelancong lain yang sudah ada di situ sejak lebih awal lagi. Mereka siap dengan tripod masing-masing. Ini patutnya cara yang betul kalau nak ambil photo shoot untuk aurora. Sebab dalam group kami tak ada siapa yang bawa tripod, jadi berbagai cara creative di cipta untuk camera tak bergerak. Tapi itu semua menjadi kenangan terindah untuk kami bawa pulang.

Kami mencari spot untuk mencari aurora. Tak berapa jelas dah aurora. Dalam kesejukan malam dengan berjalan di atas salji tanpa kelibat aurora...kami masuk semula ke dalam ruangan hotel. Mencari bahan-bahan untuk kami guna untuk stabilkan camera Noresh. Kami jumpa kerusi kayu kecil dan beberapa buku yang terletak di suatu sudut tepi pintu keluar untuk kami guna. Hehehee...sempat pinjam kejap harta hotel ni. Dengan semangat sebagai bekas pengakap Jenan dulu, Fahimi menggunakan kepakaran mencari spot untuk letak kerusi kecil dan cuba stabil kan kedudukan. Tun menggunakan kebolehan mata lepas buat lasik dia untuk mengenal pasti mana aurora. Mata special tu dapat kesan aurora...waktu mana kami masih tercari-cari kelibat aurora๐Ÿค“. Buku2 di letak supaya camera dapat di letak atas tu, tapi kami perlukan camera di dongak ke atas untuk pandangan ke arah langit. Maka keluar lah hair-clip Noresh... Dia dah practise earlier stabilised kan kamera dia dengan hair-clip ni. Aku bekas St John ambulance Jenan aje...so tolong2 angkat kerusi dan tolong jadi model macam yang lain...kihkihkih๐Ÿ˜„.





Walau macam mana pun, kali ni aurora dah tak berapa nampak dah. Cuma ada sedikit2  aurora yang tenggelam timbul kelihatan di horizon. Very faint...tidak macam awal tadi. Hanya mata2 yang di anugerah kan saja yang dapat mengenal pasti ...itu aurora. Mata2 yang lain masih memikirkan samada itu hanyalah ilusi atau fantasi...๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚.

Ok ...dah larut malam. Mata dah letih sebab cuba fokus dok tengok ke langit. Badan kesejukan berdiri atas salji di dinihari...tak pernah di buat bila kat Malaysia ni. Jom masuk tidur...esok nak sambung jalan-jalan lagi.

Selamat malam...kita sambung esok kot ada rezeki nampak lagi aurora.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

17/09/2017-Pengembaraan ke Kashmir (KL-New Delhi)

Tangan Tangan Ghaib

Travelogue to Turkey- Part VI-Konya - Mevlana museum and Sultanhani Caravanserai