Anaemia...
Izinkan aku bersandar sebentar di bahumu Buat hilang lelah seketika Sempit rasa di dada Degup jantung makin pantas Lesu badan sukar untuk bernafas Bibir pucat bagai di toreh tak berdarah Kepala pusing, tak keruan arah Mata kelam Bagai mahu pitam Biar ku pejamkan mata seketika Agar bisa minda ku berfungsi semula Biar darah mengalir ke organ utama Gejala anaemia ini akan reda Terima kasih Tuhan Kerana beri aku peringatan Terima kasih Tuhan Dengan nikmat kesihatan Terima kasih Tuhan Kerana masih beri ku kesempatan Untuk aku terus bersyukur Dengan segala nikmat Mu yang tak bisa diukur Alhamdulillah.... -Alhambra 26 Oktober 2015