Browsing some of youtube on Yusuf Islam today. Touch by his song and his journey of change to good muslim.
17/09/2017-Pengembaraan ke Kashmir (KL-New Delhi)
Penerbangan dari Kuala Lumpur ke Indera Gandhi International Airport menaiki Malindo air bermula dari jam 6.10 pm jam Malaysia. Perjalanan mengambil masa selama 5 jam boleh dikatakan lancar sepanjang perjalanan dari KL- New Delhi. Pertama kali saya mengikut Ummi travel vacation tour yang di kendalikan oleh rakan junior sekolah saya (Asmida). Ahli rombongan kumpulan kami pada kali ini seramai 26 orang. Kali ini perjalanan saya membawa bersama anak sedara saya (Syirah) untuk jadi peneman. Ada beberapa ahli-ahli rombongan lain yang saya kenal sebelum ini. Antara kami 4 orang Ex-Jenan (dari batch yang berlainan Asmida, K. Mona Din dan Ruby- batch Mida) dan seorang lagi my Ex UM classmates (Fifi). Oleh kerana letih perjalanan sehari sebelum ini belum habis lagi, jadi bila masuk saja dalam kapal terbang saya terus terlelap dan dapat tidur dengan nyenyak dalam perjalanan. Cuma bangun sekali sekala untuk makan dan menonton separuh in flight enterteinment movie dan sambung tidur...
Ulasan