Catatan

Tunjukkan catatan dari 2017

Jika Kau Rindu Aku

Imej
Jika kau rindu aku Jika kau rindu aku Bisikkan saja di angin lalu Biar diterbangkan ke langit biru  Menyapa mesra bagaikan lagu Biar bisikan bertukar jadi irama Lantunan gema di dada Himalaya Riang menari mengikut pawana Bagai dirimu menuruti bersama Jika nanti kau rindu aku Pesan saja pada sang mentari Di kala sinar menjenguk diri Kendati diselubungi dingin pagi Masih aku setia duduk menanti Melihat warna di ufuk berganti Membayangkan kau ada disisi Menggunung harapan menanti Usahlah terus rindu aku Tiba saatnya aku kan pulang Bila senja mulai menjelang Ufuk barat bertukar jingga Tanda malam menjelma tiba Tak berkelip mata memandang Melihat teguh puncak Lantang Namun apa kan daya  Cinta ku di tanah Malaya Memori indah ku bawa bersama Maka ku tinggalkan mu Himalaya Moga kita bertemu semula.. -Al Hambra 23 Disember 2017 Memori Himalaya

Secangkir Masala Tea

Imej
Secangkir masala tea Setelah lelah  mendaki Sambil menghirup segarnya udara pagi Melihat indah nya terbit mentari Bukti kebesaran Ilahi Memberi sinar baru di bumi Nepali Setelah di gegar gempa bumi  Banjaran Himalaya masih teguh berdiri Al Hambra  14 Disember 2017

Pelayaran

Imej
Pelayaran Ombak Selat Melaka Aku terpukau Tenang  Bayu laut  Membawa aku dekat dengan Mu Desir laut Bagai alunan tasbih Tiada henti memuji Ilahi Saat manusia masih di buai mimpi Leka dengan duniawi Makhluk agung ciptaan Al Khaliq Mengalir mengikut arahan Tuhan nya Tiada sekali membantah Ada kala tenang... menenangkan Adakala bergolak memusnahkan Hanya dengan  Kun Fa Ya Kun Ombak tenang bisa mengganas Meranapkan bumi  Melimpah jadi tsunami Ketentuan Tuhan Mu Tiada siapa yang bisa hentikan Kerana Dia lah Al Qawi Aku insan kerdil Di tengah lautan Tanpa Mu  Ya Allah aku karam di lautan dalam Bantu aku Ya Allah Untuk mengingati Mu Bantu aku Ya Allah Untuk terus dijalan lurus Mu Moga sentiasa dekat dengan Mu Bertasbih, bertahmid dan bertakbir Menyebut nama Mu yang agung Seperti Laut Selat Melaka ini Tiada jemu ia memuji Mu Ya Allah... Pelayaran ini  Mengajar aku erti sebuah keh...
22/09/2017- Srinagar (Around the houseboat) Semalam balik agak lewat jugak. Seperti biasa bila balik dari sesuatu perjalanan tu, bateri handphone pun dah tinggal sikit. Kena la charge segala phone dan power bank. Yang kelakar nya dalam bilik houseboat ni ikut-ikut banyak power point nya, tapi kebanyakan tak boleh fix properly. Ada satu yang dekat bilik air saja yang agak ok sikit...itu pun kena check sekejap-sekejap sebab loose connection. So kami kena charge dekat ruang tamu kat depan tu. Nasib baik la houseboat kami ni jauh dari orang lain sikit, jadi penjual2 tak datang keluar masuk ke houseboat kami sesuka hati. Ada lah sikit privasi. Sesekali elektrik tak ada...gelap sekejap. Nasib tak lama. Lagi pun dah nak tidur. Dalam beberapa hari ni aku memang perasan, ada kala nya bunyi aliran air kat atas bumbung bilik aku ni. Ada masa-masa tertentu. Baru aku nak landing tidur, start bunyi air kat atas macam mengalir. Syirah pula dah sedap tidur. Ok ...ini bukan cerita seram yer😁. Tiba-tib...

18/09/2017- Tragedi di Airport New Delhi

Imej
Pukul 4.30am kami sudah sedia berkumpul kembali di lobby hotel menunggu bas yang akan membawa kami ke airport. Baru sempat ambil password WiFi dari hotel counter sementara menunggu bas untuk update apa-apa yang patut. Selepas ini agak susah juga untuk kami mendapat WiFi connection. Mungkin interupted internet connection bila di Kashmir nanti. Dalam pukul 4.45am kami sudah memulakan perjalanan ke airport. Jalan agak lancar pagi-pagi begini. Di sepanjang perjalanan kelihatan gelandangan2 yang tidur secara nyenyaknya di atas pembahagi jalan. Satu pemandangan yang biasa agaknya di sini. Di mana-mana mereka tidur hanya dengan berlantaikan tanah dan berbumbung kan langit. Kami tiba di airport boleh di katakan awal...penerbangan kami ke Srinagar sepatutnya pada pukul 7.15am dan masa boarding ~6.30am. Jadi sepatutnya kami mempunyai masa yang cukup terutama jika di ambil kira ini adalah penerbangan domestik. Pada awal nya kami beratur untuk check in masing-masing, tetapi...

17/09/2017-Pengembaraan ke Kashmir (KL-New Delhi)

Imej
Penerbangan dari Kuala Lumpur ke Indera Gandhi International Airport menaiki Malindo air bermula dari jam 6.10 pm jam Malaysia. Perjalanan mengambil masa selama 5 jam boleh dikatakan lancar sepanjang perjalanan dari KL- New Delhi. Pertama kali saya mengikut Ummi travel vacation tour yang di kendalikan oleh rakan junior sekolah saya (Asmida). Ahli rombongan kumpulan kami pada kali ini seramai 26 orang. Kali ini perjalanan saya membawa bersama anak sedara saya (Syirah) untuk jadi peneman. Ada beberapa ahli-ahli rombongan lain yang saya kenal sebelum ini. Antara kami 4 orang Ex-Jenan (dari batch yang berlainan Asmida, K. Mona Din dan Ruby- batch Mida) dan seorang lagi my Ex UM classmates (Fifi). Oleh kerana letih perjalanan sehari sebelum ini belum habis lagi, jadi bila masuk saja dalam kapal terbang saya terus terlelap dan dapat tidur dengan nyenyak dalam perjalanan. Cuma bangun sekali sekala untuk makan dan menonton separuh in flight enterteinment movie dan sambung tidur...
21/09/2017- Pahalgam --Aru Valley-->ke Srinagar Bagi sesetengah orang sesuatu kejutan itu mungkin indah atau mengujakan. Cuma tak semua insan itu sama. Aku paling tak suka kan kejutan terutama dalam sesuatu pengembaraan. Bagi aku sesuatu perjalanan itu perlu ada perancangan. Bukan main terjah macam tu saja. Boleh nak buat macam tu...tapi cuma untuk your own family trip. Mungkin bagi sesetengah orang, cara aku mungkin terlalu rigid. Bagi aku, boleh buat perubahan pada jadual perjalanan, tak ada masalah...tapi bagi tau dan dapat kan persetujuan semua. Itu lah ragam kalau mengembara dengan ramai orang. Mungkin ada yang suka....dan mungkin ada yang tak suka. Jadi konsensus keseluruhan peserta rombongan perlu di ambil kira bila mengembara dalam kumpulan besar, bukan pendapat orang-orang tertentu saja. Mukaddimah lain macam pulak ye...😜 Pengalaman menunggang kuda menaiki dan menuruni cerun hutan pine agak mencabar juga terutamanya bagi first timer macam aku dan kebanyakan kami ni. Ada te...
21/09/2017- Srinagar ke Pahalgam Pengembaraan kami untuk hari ini di teruskan dengan melawat Pahalgam. Pahalgam ni popular dengan kawasan bergunung dan lembahnya yang cantik dan aliran2 sungai yang menarik. Ianya merupakan tempat pilihan ramai di kalangan pengarah2 bolywood dalam penggambaran filem hindi yang di filemkan di sini. Bagi group kami kali ini, highlight nya adalah acara menunggang kuda...untuk pengalaman yang akan di bawa pulang bersama nanti bila pulang ke Malaysia. Tidak di terangkan lebih lanjut dalam itinerari ...cuma di beritahu menunggang kuda inclusive dalam package ini. Perjalanan dari Srinagar ke Pahalgam mengambil masa dalam 2 jam juga. Kali ni di samping Shoaib, bapa saudara beliau juga Jaef turut sama mengikut kami. Jaef ikut naik dalam van kami. Kalau dalam itinerari tu kami akan berhenti di beberapa tempat menarik dan mungkin akan juga singgah di satu lagi perkampungan....masih banyak lagi ni jajan2 yang belum kami bagi lagi ni. Tak kan nak angkut bawak balik ...
20/09/2017- Srinagar ke Gulmarg Lena juga tidur ku...malam pertama tidur di houseboat ini. Malam dan pagi, di sini agak sejuk. Hidup dalam extreme temperature. Pagi terlalu sejuk...manakala tengahari cuaca panas. Tiada penghawa dingin di sini. Cuma ada kipas angin. Tapi malam2 memang kena off kipas pun. Tingkap pun tak boleh buka... Nanti sejuk yang amat. Tinggal di sini ada suasana kampung dan hidup secara sederhana. Kalau nak percutian mewah...disini bukan tempatnya. Tapi kalau mahukan ketenangan dan tak kisah cara hidup susah sikit cara kampung...anda boleh tinggal di sini. Plug ada...tapi bila nak masukkan soket adaptor tak boleh fix. Cuma ada satu yang boleh guna di bilik aku ni...iaitu plug di bilik air. Itu pun kadang-kadang loose connection. Kena pegang lama2 sikit & kaedah cuba jaya. Boleh lah nak hidup dan charge phone. WiFi kadang ada, kadang tak ada. Ruang bilik boleh dikatakan selesa...ada 2 katil dan sofa. TV ada ...tapi aku tak pernah cuba on kan pun. Almari untuk sa...
19/09/2017- Evening in Srinagar Terdengar lagu Ramli Sarip tadi dalam perjalanan ke hospital pagi tadi..."Aku menulis bukan kerna nama...". Ya, ada yang mungkin pelik bila aku mula tulis dengan panjang lebar. Tak kisah lah ada orang nak baca ke atau tak. Itu semua tak penting pun. Penulisan aku lebih pada penceritaan diri sendiri sebenarnya dan apa yang aku lihat dari kaca mata sendiri...untuk mengekalkan memori sesuatu perjalanan. Orang lain mungkin ada pengalaman dan pendapat yang berbeza bila menilai benda yang sama. Banyak sebenarnya yang aku nak tulis, dan sepatutnya aku sudah menulis lama dahulu. Tapi biasa lah ada kalanya hangat-hangat tahi ayam. Aku dah banyak mengembara ke negeri orang...antaranya China, Hong Kong, Mesir, Brunei, Vietnam, Cambodia, beberapa bandar di Indonesia, Singapura, Korea, Jepun, Britain, Rome & some Europe countries, South Africa, Uzbekistan & Taskent, Balkan Countries, Spain/Morocco, Australia, New Zealand, Turki, Iceland dan sudah te...
19/09/2017- Sonamarg ke Srinagar part II Kami tinggalkan perkampungan Kashmiri itu sebentar dengan segala kenangan. Kenangan yang berbeza antara satu sama lain bergantung apa yang di alami di sana. Ada kisah suka dan duka. Begitulah ragam manusia di dunia ini. Ada yang berpuas hati dan ada yang tidak. Mungkin tidak mudah untuk memenuhi cita rasa setiap orang...apa tah lagi bila ramai kepala dan hati yang perlu di jaga. Kami meneruskan perjalanan melalui lereng bergunung dan di selang seli dengan kawasan perladangan. Sambil menikmati keindahan bumi ciptaan Allah s.w.t. Benar...pengembaraan boleh mendekat kita dengan alam dan juga mendekat kan kita pada pencipta alam ini. Terngiang-ngiang ayat Al Quran dari surah Ar Rahman..."Fabi'ayyi ala 'irabbikuma tukazziban" (Maka nikmat tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan?). Salah satu surah yang paling aku suka...dan ayat yang di ulang-ulang mengingatkan kita betapa banyak nikmat Allah. Allahuakbar ...Allah maha besar. Kami t...