19/09/2017- Sonamarg ke Srinagar part II
Kami tinggalkan perkampungan Kashmiri itu sebentar dengan segala kenangan. Kenangan yang berbeza antara satu sama lain bergantung apa yang di alami di sana. Ada kisah suka dan duka. Begitulah ragam manusia di dunia ini. Ada yang berpuas hati dan ada yang tidak. Mungkin tidak mudah untuk memenuhi cita rasa setiap orang...apa tah lagi bila ramai kepala dan hati yang perlu di jaga.
Kami meneruskan perjalanan melalui lereng bergunung dan di selang seli dengan kawasan perladangan. Sambil menikmati keindahan bumi ciptaan Allah s.w.t. Benar...pengembaraan boleh mendekat kita dengan alam dan juga mendekat kan kita pada pencipta alam ini. Terngiang-ngiang ayat Al Quran dari surah Ar Rahman..."Fabi'ayyi ala 'irabbikuma tukazziban" (Maka nikmat tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan?). Salah satu surah yang paling aku suka...dan ayat yang di ulang-ulang mengingatkan kita betapa banyak nikmat Allah. Allahuakbar ...Allah maha besar.
Kami tiba ke sebatang sungai ...aku tak tahu nama tempat dan sungai ini. Seperti biasa tidak banyak penerangan yang di beri. Yang nyata sungai yang jernih mengalir dengan batu-batu. Bila di sungai dan mendengar bunyi aliran sungai ini selalu menenangkan hati aku. Walaupun...adakalanya aku suka travel dan mendengar cerita tentang keistimewaan sesuatu tempat. Sebabnya selalunya aku tak baca before travel...sebab tak boleh relate. Tapi aku akan search sesuatu tempat tu selepas aku dah tengok... So macam pergi melancong ni macam lawatan sambil belajar untuk aku. Bukan main tengok2 dan ambil gambar saja.
Kami melalui jambatan yang merentasi sungai ini. Mulanya ada juga yang menunggu di situ sepertinya cuba meminta kami tips atau bayaran utk melintas jambatan itu untuk memasuki taman yang terletak di seberang jambatan itu. Tapi lepas dah di terangkan oleh our tour guide...kami di lepaskan masuk. Di seberang jambatan ini ada taman....tak ada la cantik sangat..tapi ada keunikan ia tersendiri. Cuma di sebabkan ada sungai itu saja yang menjadi attraction. Dari kejauhan terdapat gypsy house...yang agak simple saja. Lebih kepada sebuah pondok ni. Gypsy ni kira macam nomad juga. Cuma mereka ni ada rumah mereka, dan bila cuaca tidak mengizinkan atau rumah mereka di selaputi salji, mereka akan berpindah ke tempat lain. Mereka akan kembali semula setelah keadaan pulih. Berbeza dengan nomad yang tiada rumah tetap. Itu yang aku faham la.
Keadaan auntie2 yang marah tadi, dah nampak reda...itu la aku kata orang tua ni korang kena pay attention dan jaga hati mereka jer sikit. Lepas tu lembut balik la. That's a note to all tour leaders.
Dari situ kami terus kan perjalanan. Hari dah mula panas. Aku memang pakai baju berlapis tadi sebab konon nya ingat nak pergi naik tempat sejuk. Alih-alih tak jadi. Ini la masalah bila tak ada effective communication...nak pakai apa ikut cuaca pun susah. So terpaksa buka the outer layer la...dah semacam rimas panas. Kami berhenti di sebuah kedai...untuk di hidangkan minuman. Ada juga kedai bersebelahan menjual pakaian...tak pasti pulak samada ada yang sudah mula bershopping di sini.
Aku hanya duduk di situ, bersembang dengan rakan-rakan yang lain. Ingat kan nak menikmati teh dia. Tapi teramat la manis nya macam air gula. Memang bukan taste aku la tu. Tengok Fifi minum ok aje. Sambil sembang-sembang dengan Fifi apa yang jadi dekat dalam van tadi. Fifi ni memang kemana-mana dengan camera dia. A good photographer. So banyak la gambar-gambar yang dia tangkap di kampung tadi. Memang nampak menarik gambar-gambar dia. Tak apa la tak masuk kampung, dapat tengok gambar pun cukup la. Aku respect jugak dengan Fifi ni sebab boleh tahan jadi roommate datin sepanjang perjalanan kami di Kashmir ni. Aku cuma tersenyum bila dia kata...senyap bila datin tidurπππ
Dari situ kami terus menelusuri jalan...kelihatan deretan sawah padi yang bertingkat-tingkat. Kami cuba mencari spot sawah padi yang kami nampak semalam dalam perjalanan ke Sonamarg. Akhirnya kami berjumpa juga dengan sawah padi yang kami nampak semalam yang bertingkat-tingkat tu. Alangkah indah nya berada di sawah padi.
Some of us turun ke sawah padi ...melalui batas dan berposing beramai-ramai di situ. Rasa gembira bila berada di sawah padi ni. Entah kenapa aku suka sangat pemandangan sawah padi...Cantik dan menenangkan hati. Ramai juga lah yang tak turun dan hanya melihat gelagat kami yang macam tak pernah tengok sawah. Dah la di tengah-tengah panas tu. Orang Kashmir pun dah tak ada dekat sawah masa tuπ.
Kami meneruskan perjalanan ...driver mengambil jalan lain dari yang kami lalu semasa ke Sonamarg semalam. Kami melalui satu jambatan kecil merentasi sungai yang hanya boleh dilalui satu arah dalam satu masa. Dari situ kami mengikuti jalan yang melalui kawasan rumah-rumah dan kedai mereka. Kami singgah di suatu kawasan yang seakan air terjun. Yang nyata ianya merupakan satu aliran air buatan yang menuruni macam longkang besar. Apa yang membuatkan ianya cantik adalah keredupan pohon-pohon di kiri kanan aliran air yang jernih ini...menjadikan ianya tenang. Tiada yang istimewa sangat pun. Sempat lah kami turun untuk berposing di situ. Pantang turun jer mesti nak menempel muka.
Tiada persinggahan lagi selepas ini...juga tiada hentian ke perkampungan Kashmir yang lain selepas yang pagi tadi. Ada juga rasa kekesalan...sebab kalau tahu tak pergi tempat lain lagi, baik bagi semua jajan2 tadi. Dah la satu kerja dok mengangkut jajan merata hala....hmmm. Dalam perjalanan seterusnya adakalanya terlelap beberapa kali dala cuaca yang panas ni.
Kami akhir sampai ke Srinagar, melalui tasik Dal. Dari pembacaannya di Wikipedia ...Dal tu maksudnya tasik. Merupakan tasik urban di tengah2 Srinagar. Ianya juga dikenali sebagai "Jewel in the crown of Kashmir" atau "Srinagar Jewel". Tasik ini merupakan sumber penting untuk operasi komersil. Ianya merangkumi kawasan Mughal era garden, houseboats dan hotel. Sesetengah houseboat diwarisi secara turun temurun dari zaman era Mughal emperorJahangir lagi. Di tepi-tepi tasik ini banyak Shikara dan bot2 penumpang yang lain yang menunggu. Shikara ni antara perahu kayu yang di hiasi dengan bumbung dan cushion. Paling selesa kalau di naiki dua orang. Tapi boleh la juga ambil penumpang sampai 4 orang.
Van kami berhenti di situ dan menurun kan semua beg2 kami. Barang-barang yang tak perlu di bawa macam jaket dan jajan2 kami tu...kami tinggal dalam van saja. Kami akan terus menggunakan perkhidmatan van yang sama sepanjang masa kami di sini. Kami akan menginap di salah satu houseboat di Dal lake ni sepanjang masa kami di Srinagar...di Mughal Group Houseboat. Semua kami di tempatkan dalam satu boat, sementara beg2 kami di masukkan ke dalam satu boat yang lain.
Satu pengalaman yang berbeza sebenarnya...kami menyusuri tasik ini. Di bahagian hadapan terdapat deretan houseboats. Houseboats kami terletak jauh ke dalam sedikit. Kami melalui deretan-deretan kedai yang di bina di atas tasik ini. Pelbagai jenis kedai boleh di dapati di sini. Kedai-kedai pakaian, karpet, cenderahati ...dan ada juga nampaknya kedai makanan. Sudah menjadi rutin penduduk disini menggunakan sampan sebagai cara transportasi. Even wanita mendayung sampan seorang diri dan dapat balancekan badan duduk di hujung sampan. Anak-anak kecil pergi dan balik dari sekolah juga menggunakan sampan.
Kami sampai ke houseboat kami...Kami di tempatkan dalam 4 houseboats. Houseboats ini di punyai dan dikendalikan sepenuhnya oleh keluarga Shoaib. Dua dari houseboat ini bersambung...di mana merupakan our meeting point dan tempat makan. Satu houseboat terdapat di kiri houseboats yang bersambung ini...tapi masih perlu menaiki sampan untuk pergi dan balik ke meeting point. Manakala houseboat yang aku duduk agak jauh sedikit ke kanan dari houseboat2 yang lain. Aku di tempatkan di Kinggori houseboat. Satu houseboat ada dalam 3 bilik. So houseboat yang aku tinggal dalam tempoh 4 hari lagi ada K.Mona dan Asmida, Siti dan Ruby serta aku dan Syirah. Kami lunch dulu bila sampai di sini. Makanan di sini boleh dikatakan home cook la juga. Disediakan oleh keluarga mereka juga. Boleh tahan la food dia. Atleast air teh dekat sini tak de la manis...air teh tanpa gula, tapi kita boleh tambah gula ikut selera masing-masing.
Kami pulang ke houseboat masing-masing. Untuk group aku ni sebab houseboat jauh sikit, mereka hantar last. Sampai di houseboat kami, tuan yang menjaga houseboat ni...Amin dah sedia menunggu dan menunjukkan bilik masing-masing. Memang terasa macam duduk kampung la dekat houseboat ni. Di bahagian hadapan ada beranda...kami boleh lepak-lepak di situ. Ruangan hadapan adalah ruang tamu di mana sofa ada di situ. Cantik jugak hiasan ruang tamu dia. Ruangan kedua adalah tempat makan beserta meja makan dan fridge. Dan di belakang deretan bilik2 kami. Memang berbeza sikit la style dia dari yang biasa tinggal di hotel. Untuk suatu kelainan dan pengalaman saya rasa idea houseboat ini adalah suatu kemestian bila berada di Srinagar ini. Kalau lihatkan dari luar mungkin tak nampak sangat keistimewaan dia.
Amin begitu ramah dengan kami. Membuatkan kami tidak terasa asing di bumi Kashmir ini. Cuma satu saja di sini...privasi agak kurang sedikit la. Bilik-bilik kami akan di tinggalkan tidak berkunci bila kami keluar. Jadi kena pastikan barang berharga di bawa bersama. Cuma yang pasti mereka ni setakat yang aku duduk di sini...boleh kata trustworthy la.
Kami berehat sementara waktu...temujanji kami untuk keluar petang ini dalam pukul 4 petang. So cuma dalam setengah jam macam tu saja kami rehat, kemudian keluar semula. Sampan dah menunggu di luar tangga houseboat kami.
Ok...to be continue ...
Ulasan