20/09/2017- Srinagar ke Gulmarg

Lena juga tidur ku...malam pertama tidur di houseboat ini. Malam dan pagi, di sini agak sejuk. Hidup dalam extreme temperature. Pagi terlalu sejuk...manakala tengahari cuaca panas. Tiada penghawa dingin di sini. Cuma ada kipas angin. Tapi malam2 memang kena off kipas pun. Tingkap pun tak boleh buka... Nanti sejuk yang amat.

Tinggal di sini ada suasana kampung dan hidup secara sederhana. Kalau nak percutian mewah...disini bukan tempatnya. Tapi kalau mahukan ketenangan dan tak kisah cara hidup susah sikit cara kampung...anda boleh tinggal di sini. Plug ada...tapi bila nak masukkan soket adaptor tak boleh fix. Cuma ada satu yang boleh guna di bilik aku ni...iaitu plug di bilik air. Itu pun kadang-kadang loose connection. Kena pegang lama2 sikit & kaedah cuba jaya. Boleh lah nak hidup dan charge phone. WiFi kadang ada, kadang tak ada. Ruang bilik boleh dikatakan selesa...ada 2 katil dan sofa. TV ada ...tapi aku tak pernah cuba on kan pun. Almari untuk sangkut baju...tapi tinggi yang amat la pulak tempat sangkut. Memang bukan untuk orang yang tak cukup inci macam aku ni. Bilik air ada air panas sekurang-kurang nya ianya berfungsi...Alhamdulillah. Syukur pada Allah dengan apa yang diberi.

Dari kejauhan kedengaran azan subuh memecah kesunyian hening pagi, menjemput umat manusia untuk bangkit dari tidur untuk menyembah tuhan sekalian alam. Masuk subuh di sini dalam pukul 4.50 pagi. Matahari naik pun awal. Jadi kena bangun awal, kalau tak nanti terlepas pula subuh.

Hari ini kami akan ke Gulmarg. Gulmarg ni merupakan ski resort yang tertinggi di dunia. Apa yang aku faham, salji akan meliputi permukaan gunung ni sepanjang tahun. Walau macam mana pun kita tunggu dulu, apakah jangkaan ini tepat atau sebaliknya. Yang pasti kalau kita pergi waktu winter memang le boleh ski.

Sementara menunggu sampan menjemput kami untuk pergi breakfast di common meeting point, kami mengambil kesempatan melihat-lihat apa yang ada di sekitar houseboat kami ini. Di sebelah houseboat kami ini ada connection houseboat yang buat masa ini tiada berpenghuni. Hanya sekeping papan yang menyambungkan antara houseboat kami dengan houseboat sebelah tu. Apa yang saya perasan orang-orang Kashmir ni balance memang bagus. Mungkin sebab tu mereka tak kisah letak kan sekeping kayu saja untuk menyambungkan antara dua houseboat ...sebab tiada masalah untuk mereka mengimbangkan badan melalui jambatan ini. Manakala kami perlu berhati-hati melintasi papan ini. Itu pun gagah jugak nak pergi sebelah sebab nak posing...😂.  Di belakang houseboat kami rumah keluarga Amin yang merupakan pemilik dan penjaga houseboat ini. Ada pokok epal di sini...tapi epal ni tak boleh di makan saja. Epal ini untuk dimasak buat sayur sebab rasanya masam. Rupa dia macam epal hijau tu.

Lebih kurang pukul 7 pagi, Shoaib menjemput kami dengan sampan. Satu yang agak leceh bagi kami ialah pergerakan agak terhad...setiap kali hendak keluar dari atau balik ke houseboat, kami perlu menunggu sampan untuk hantar kami. Walau bagaimanapun kedudukan houseboat kami yang agak jauh dari houseboat group kami yang lain ini, menyebabkan kurang sikit penjual-penjual yang datang ke houseboat kami. Mereka akan menunggu di houseboat kedua dan ketiga di mana our meeting point. Jadi memang tak aman la mereka yang tinggal di houseboat berdekatan, kerana peniaga-peniaga ni akan keluar masuk dalam houseboat untuk menjual...memang meriah dengan tawar menawar.

Sedang kami breakfast, kami di datangi oleh seorang lelaki ni yang kerja dia ambil gambar. Memujuk kami untuk mengambil gambar dengan memperagakan costum pakaian Kashmir. Memandangkan tak ada yang melayan dia dan aku tengok rasa kesian pulak, lalu aku pun layan le dengan memperagakan pakaian bagaikan wanita Kashmir. At least sebagai pembuka rezeki untuk dia pagi ni. Pelbagai pos termasuk dia suruh pegang labu air tu. Ok la...sekeping gambar harga 100rupee. Sebab aku kesian aku ambil la 4 keping.

Kami bergerak menaiki boat apabila semua dah ready. Dekat pukul 8.30 pagi juga kami memulakan perjalanan ke tebing untuk menaiki van yang sudah siap menunggu kami.  Dari Srinagar, ianya memakan masa hampir 2 jam juga untuk naik ke Gulmarg. Jalan ke Gulmarg berliku-liku semasa mendaki ke kawasan pergunungan. Di sepanjang kiri kanan jalan terdapat pokok-pokok pine. Masih kehijauan kelihatan pokok-pokok di sini. Sesekali kelihatan haiwan ternak. Van kami berhenti seketika di view point...di mana terdapat platform untuk kami bergambar dari atas dengan berlatar belakangkan pokok-pokok pine yang memenuhi setiap cerun gunung. Sambil mengambil gambar di sekitar kawasan itu, kelihatan di atas bukit kelibat askar-askar membuat pengawalan di situ. Agak terlindung dan tak berapa perasan sangat kalau tidak dilihat betul-betul.

Kami menyambung perjalanan mendaki gunung hingga sampai ke Gulmarg. Gulmarg terkenal dengan tempat untuk bermain ski yang paling cantik di dunia. Tapi, mungkin kami tak begitu bernasib baik sekali lagi kerana silap musim agaknya. Autumn pun tak berapa nak masuk lagi...winter lagi la jauh. Jadi lain kali mungkin September bukan masa yang terbaik untuk melancong ke Kashmir terutamanya sekiranya nak merasa main ski.

Walau bagaimanapun masih ada keistimewaan nya pelancongan kami ke sini. Masih cantik yang aku boleh katakan walaupun apa yang kami harapkan berbeza dengan yamg kami dapat. Itu nama nya rezeki kami cuma ini. Terdapat banyak juga hotel-hotel & resort di sini. Mestilah kan, sebab ramai yang akan menginap disini pada masa2 yang sesuai untuk bermain ski. Kami berhenti di satu perhentian, di mana sudah ramai pemilik2 kuda cuba tawar-menawar untuk kami menggunakan perkhidmatan mereka untuk masuk ke dalam ke station gondola. Entah apa perbincangan, setengah nya pada mulanya nak naik kuda tapi tak jadi pula. Kemudian semua naik van semula. Aku ingatkan jauh lagi la van ni nak jalan...rupanya hanya tak sampai 500m berhenti semula, sebab memang van tidak boleh masuk ke kawasan itu. Jadi kami ada option samada mahu berjalan kaki, tak silap aku cuma dalam 1.5km kot atau naik kuda. Ada sesekali tut-tut sesat kelihatan melalui kawasan ini.

Akhirnya aku ambil keputusan untuk terus berjalan kaki saja...lagipun cuaca tak la panas sangat. Aku saing jalan dengan Syirah dan Fifi. Jalan perlahan-lahan ok saja sambil melihat-lihat kawasan sekitaran dan mengambil gambar. Macam yang Fifi cakap...ambil gambar, bau tak masuk dalam gambar. Mana tak sepanjang jalan ada bau kuda juga bersama tinggalan kumuhan kuda😜. Ada setengah yang dah bargain dengan pemilik kuda...harga dalam 200rupee di kenakan. Tengok lah juga ada yang pau lebih mahal dari itu. Dalam kami berjalan tu pun mereka datang offer samada nak naik kuda ataupun tak.

Kami akhirnya sampai ke station gondola (gondola ni cable car la). Untuk naik gondola ke perhentian phase I (Kangdoor) ni dah termasuk dalam pakej~700rupee. Cuma kalau kami nak naik ke puncak (ke phase II (Apparwat)- tempat ski), itu kena bayar sendiri extra ~900 rupee. Jadi kami naik dulu ke phase I tengok apa yang ada. Dari atas gondola kelihatan kehijauan pokok pine, padang rumput dan kawasan berbatu. Terdapat juga rumah-rumah gypsy yang terlalu simple reka bentuk nya. Boleh di katakan macam pondok-pondok kecil buat mereka berteduh. Pada masa musim sejuk di mana salji akan menutupi rumah mereka, mereka akan berpindah ke tempat lain. Ada juga penempatan yang mempunyai sekolah di situ. Mereka dah biasa naik turun kawasan pergunungan ini dengan hanya berjalan kaki atau mungkin menggunakan haiwan tunggangan. Itu mungkin menyebabkan mereka ini kental dan ada daya tahan untuk melalui kehidupan sebegini. Boleh di katakan urusan dan rezeki seharian mereka bulat-bulat di serahkan kepada Alllah s.w.t.

Kami tiba di perhentian pertama di phase I (Kangdoor).Kawasan disini masih dengan kehijauan. Terletak lebih kurang 10050 kaki dari aras laut, kesejukan sudah mula terasa. Nasib baik aku bawa bekalan winter clothing ke sini. Pada mula nya berkira-kira juga samada perlu bawak baju tebal atau tidak memandang tiada salji kali ini, tapi memandangkan aku memang tak ada lemak sebagai penebat untuk tahan sejuk...lebih baik la aku bawa baju tebal. Disini juga sudah mula terasa udara mula menipis di ketinggian tinggi ini. Kebanyakan dari kami mahu hanya menikmati keindahan di phase I ini. Manakala aku, Syirah, Fifi, Asmida,Siti dan Ruby naik semula ke station gondola untuk meneruskan perjalanan ke phase II (Apparwat). Bagi kami dah alang-alang sampai biar sampai ke puncak. Tak kisah lah tak ada salji ke atau tak boleh ski ke...asal kan kita merasa sampai ke puncak. Walaupun bukan dengan mendaki, tetapi hanya dengan menaiki gondola😆.

Naik ke atas dari Kangdoor ke Apparwat ni kami kena bayar 900 rupee seorang. Ada seorang lebih kurang guide juga la yang mengikut kami. Lupa pulak nama dia...entah dia ada mention nama dia atau tidak😜. Baru saja kami menaiki gondola tak sampai pun lima minit dan masih nampak rakan-rakan kami di bawah ...tiba-tiba gondola kami terhenti. Tergantung-gantung di tali cable ada lah dekat lima minit juga. Sembang-sembang dengan guide tu tanya selalu ke gondola ni tersangkut macam ni. Dia kata ada la bila electricity terputus sementara waktu. Tak ada la rasa panik sangat pun. Jadi kami sembang-sembang dengan guide tu. Ada juga yang bertanyakan beberapa patah perkataan dalam bahasa Kashmir ...dia layan jer la kami. Entah betul dia faham ke tak...& bagi terjemahan yang betul. Sebab bila kita orang turun dan test Shoaib dengan perkataan2 yg di ajar dalam gondola ni...Shoaib pun tak faham😂. Apa-apa bukan nya senang nak ambil kelas bahasa Kashmir di ketinggian sebegini. The guide was really proud of declaring...we are going to the highest place in the world. Ok...selepas buat kajian sikit...yang di maksudkan adalah highest place for ski in the world.

Gondola kami bergerak semula menuju ke puncak. Bila naik ke atas sudah kurang kehijauan rumput kelihatan. Yang terlihat lebih pada batu-batu. Dalam perjalanan awal tadi, kami masih nampak beberapa buah rumah gypsy di atas ini. Menunjukkan mereka masih tinggal di atas ini. Di sebelah kami melihat cable chair yang kelihatan tergantung tapi tidak beroperasi pada musim ini. Ianya akan beroperasi semula pada winter...Ye lah kalau di fikirkan kalau jatuh le dari cable chair tu sakit wooo ...jatuh atas batu. Berbanding dengan kalau jatuh atas salji.

Kami akhirnya sampai ke stesen phase II di Apparwat yang terletak pada ketinggian 13400 kaki dari aras laut. Terasa amat sejuk di atas ini walaupun tiada salji dan keadaan oxygen yang nipis di altitude ketinggian sebegini memang terasa sesak juga nafas. Ini bagi kami2 yang kira tak fit ni...bukan panjat gunung pun dah terasa letih, apatah lagi kalau panjat gunung. Pengsan di kaki gunung. Tapi bukan kami saja yang kelihatan letih di altitude begini...nampak ada pelancong India yang bawa kamera besar tu pun nampak keletihan pada ketinggian sebegini. Tak ramai pelancong yang naik ke phase II ni... Mungkin sebab tak ada salji. Keadaan mungkin berbeza sekiranya datang di musim sejuk.

Walau tiada salji, kami masih dapat berseronok dengan pemandangan. Terasa berada on top of the world. Permukaan di sini tidak rata dan berbatu-batu.Memanjat batu-batu disitu dan melihat gunung-ganang disekitarnya yang tersergam. Dari situ kelihatan banjaran Himalaya. Terasa juga begitu dekat dengan langit. Sewaktu musim sejuk dan di selaputi salji, keadaan mungkin berbeza dan batu-batu ini tidak kelihatan kerana di selaputi salji. Subhanallah ...terlalu sempurna ciptaan mu ya Allah. Setelah puas berposing dan berselfie di atas ini kami turun kembali ke phase I station di Kangdoor.

Mereka yang lain masih di situ ...ada yang ikut aktiviti menunggang kuda di sini. Kebanyakan hanya lepak-lepak menikmati keindahan alam. Berbanding dengan di puncak tadi, disini kelihatan lebih hijau dan permukaannya rata. Sempat kami mengambil group photo disini.

Selepas siap di sini, kami naik semula gondola untuk turun ke station di Gulmarg. Bila turun ni terasa letih teramat...mungkin sebab perubahan altitude & ada sikit tanda2 altitude sickness. Dalam perjalanan turun ada yang masuk sekejap ke kedai cenderahati...satu-satu nya kedai yang aku perhatikan wujud di sini. Kami antara orang yang terakhir turun dari gondola. Aku hanya duduk diluar dan kemudian aku, Syirah , Fifi dan As menyambung perjalanan balik untuk makan tengahari di hotel Sahara bertempat tak jauh dari tempat van kami parking. Oleh kerana agak keletihan, kami berkira-kira samada nak ambil tut-tut. Tapi cuma kelihatan hanya ada satu tut-tut saja yang beroperasi di sini...di mana bila kami nak naik, ianya sudah di book oleh orang lain. So kalau dia patah balik nanti, kami cuba naik tut-tut. Seperti biasa ada lah juga pemilik-pemilik kuda yang menyuruh kami menggunakan perkhidmatan kuda mereka. Kami berjalan perlahan-lahan sehingga tut-tut tadi berpatah balik. Jadi dia dah kenal kami yang tadi nak naik kenderaan dia...sumbat la jugak 4 orang naik tut-tut tu. Dengan harga 200rupee saja. Ok la berbaloi la. Cepat pun sampai.

Kami lunch di hotel Sahara..tak silap saya nama dia begitu. Cuma di sebabkan keletihan yang amat terasa dan kemungkinan disebabkan altitude sickness, saya memang tak boleh nak masuk makan. Cuma minum saja banyak. Tapi orang lain biasa saja makan nampaknya. Selepas lunch, kami naik untuk solat jama' qasar zohor dan asar di bilik yang di sediakan di atas. Bagus hotel ini...dia convert kan 2 bilik untuk di jadikan surau untuk kami solat. Satu bilik untuk perempuan dan satu untuk lelaki.

Selepas solat aku mencari Syirah dan Fifi...tak nampak pulak mereka di ruang makan. Jadi aku join saja meja K. Mona, As, Ruby dan Siti. Petang ni shopping session di Polo street. Nampak macam semua nak pergi. Aku tadi ada juga berbincang dengan Fifi dan Syirah...memandang kan kami agak keletihan, kami memang plan tak nak ikut pergi shopping. So bila ditanya siapa yang tak nak pergi ...aku memang kata aku tak nak pergi dan juga Fifi & Syirah. K. Zaharah dan husband dia pun sama tak nak pergi jugak. So ikut-ikutkan 5 orang kami la yang tak pergi petang ini.

Bila aku keluar baru nampak Fifi dan Syirah... Rupanya anak sedara aku ni dapat symptom of vertigo...dia rasa semua berpusing & bergoyang. Nasib Fifi ada dgn dia...At least ada doctor jaga dia😄. Waktu aku tengok tu dah kurang sikit dah. Could be part of post altitude sickness jugak tu.

Kami memulakan perjalanan pulang semula ke Srinagar. Tertidur juga di dalam kepanasan bila turun semula ke Srinagar. Keadaan jalan di Polo street tu agak sibuk juga. Jadi nak berhenti van pun kena cari tempat yang sesuai dan tak boleh singgah lama. Kami yang 3 orang dari van ini akan turun dan naik ke van satu lagi untuk di hantar pulang semula ke Dal lake. Ingatkan hanya kami saja yang nak balik, rupa-rupanya dari van satu lagi tu satu keluarga Fatiha pun tak jadi pergi. So kami ikut van mereka balik.

Boat kami belum sampai lagi bila kami sampai ke tebing Dal lake tu. Shoaib dah buat arrangement untuk boat dari houseboat kami datang jemput. Sambil menunggu boat kami melihat-lihat kawasan berhadapan dengan Dal lake ni ikut-ikut banyak juga hotel-hotel. Jadi sekiranya siapa yang tak nak menginap di houseboat tetapi nak senang naik Shikara ke ...boleh lah menginap di hotel-hotel yang berdekatan ni.

Kami sampai ke houseboat hampir pukul 4 petang juga. Sempat lah untuk kami berehat dan melepaskan lelah buat sementara waktu.

Esok kami ada expedisi yang lain pula...tunggu...

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

17/09/2017-Pengembaraan ke Kashmir (KL-New Delhi)

Tangan Tangan Ghaib

Travelogue to Turkey- Part VI-Konya - Mevlana museum and Sultanhani Caravanserai