22/09/2017- Srinagar (Around the houseboat)

Semalam balik agak lewat jugak. Seperti biasa bila balik dari sesuatu perjalanan tu, bateri handphone pun dah tinggal sikit. Kena la charge segala phone dan power bank. Yang kelakar nya dalam bilik houseboat ni ikut-ikut banyak power point nya, tapi kebanyakan tak boleh fix properly. Ada satu yang dekat bilik air saja yang agak ok sikit...itu pun kena check sekejap-sekejap sebab loose connection. So kami kena charge dekat ruang tamu kat depan tu. Nasib baik la houseboat kami ni jauh dari orang lain sikit, jadi penjual2 tak datang keluar masuk ke houseboat kami sesuka hati. Ada lah sikit privasi.

Sesekali elektrik tak ada...gelap sekejap. Nasib tak lama. Lagi pun dah nak tidur. Dalam beberapa hari ni aku memang perasan, ada kala nya bunyi aliran air kat atas bumbung bilik aku ni. Ada masa-masa tertentu. Baru aku nak landing tidur, start bunyi air kat atas macam mengalir. Syirah pula dah sedap tidur. Ok ...ini bukan cerita seram yer😁. Tiba-tiba bagus punya air jatuh atas aku...Cisss...dah la sejuk. Bumbung bocor beb...Aku cepat2 bangun. Basah la jugak katil ni...at least basah tempat yang aku tidur. Nasib clear water. Ni sah esok kena bahan dengan anak sedara aku ingat aku kencing pulak😂. Nasib la aku ni kecik...ada la space lagi aku nak tidur sebelah katil yang kering. Kalau tak aku kena tidur atas sofa la malam ni. Nak kejut Syirah, dia dah sedap tidur.

Hari ni Jumaat. Seusai subuh, sempat baca Al Kahfi sebentar. Sambil anak sedara tolong iron kan baju. Ini la untung bawak anak sedara😂😂😂. Waktu dia nak sangkut baju aku dia perasan katil aku basah...terpaksa la aku explain kat dia...bumbung bocor😆. Bukan boleh harap...ada saja yang nak kenakan aku tu. Hari ni aktiviti pagi adalah shopping di sekitar kedai2 di tasik Dhal ni saja. Agak rileks juga hari ni. Cuma petang melawat bandar Srinagar untuk shopping di Polo Street. Aku memang macam tak berminat nak pergi shopping ramai-ramai macam ni.

Waktu breakfast pun lama sikit hari ni. Ramai la juga penjual-penjual yang datang mencari pelanggan di sini. Bukan setakat di houseboat ni jer...selalunya kami sudah mula di ekori penjual-penjual ni dari dalam sampan lagi bila dalam perjalanan ke common meeting point ni. Seorang ni hari-hari jual biji bunga...kayuh sampan berhampiran sampan kami...siap cakap "bijik bungah". Entah nak hidup ke tak biji bunga tu bawak balik tanam di Malaysia. Ada yang jual Safron tea, shawl, baju-baju, souvenir dan pelbagai lagi. Jangan tak percaya....ada yang siap bawak credit card machine untuk swipe card, kalau tak cukup duit. Money changer bergerak pun ada. Even khidmat dobi pun ada jugak.Semua datang ke common meeting point untuk berniaga. Naik sampan saja masing-masing dari satu tempat ke tempat yang lain. Mereka ni pulak persistent. Ada yang beli sebab kesian atau dah tak larat sebab mereka dok asyik kacau suruh beli.

Yang selalu jadi mangsa, houseboat 2&3 ni la, sebab ini meeting point. Peniaga-peniaga ni keluar masuk ikut suka dia orang jer. Dah budaya mereka macam tu..Oleh kerana pagi ni kami cuma akan pergi ke kedai-kedai di tasik Dhal ni saja, lambat la kami keluar hari ni. Sementara menunggu bila nak mula bergerak tu...aku ikut Fifi melawat houseboat dia. Design houseboat lebih kurang sama dengan houseboat kami. Selepas melawat-lawat di situ kami lepak di beranda houseboat tu sambil tunggu boat datang.

Aku, Fifi dan Syirah duduk di hujung boat kali ni. Nak hidupkan enjin boat ni kena ada tenaga jugak. Kena tarik tali untuk hidup kan enjin tu beberapa kali baru hidup. Jadi jangan duduk dekat-dekat sangat dengan orang yang tarik enjin boat tu...tak pasal lebam pulak mata kena siku. Kalau tak kena kayuh la. Kami menyusuri tasik Dhal ini...melihat persekitaran kelihatan rumah-rumah kedai di sepanjang tasik. Amat menenangkan. Situasi di situ tiada yang rushing...Semua orang take their own sweet time. Satu yang aku perhatikan, orang-orang Kashmir ni setakat ini tak ada yang aku nampak gemuk. Mereka kelihatan berumur sedikit walaupun kebanyakan nya lebih muda pada aku. Yang bawak boat ni pun umur baru 37 tahun, tapi nampak lebih tua. Mungkin sebab gaya hidup mereka yang dah biasa dengan kerja-kerja berat berbanding dengan kita. Satu lagi mungkin di sebabkan di sini tak ada fast food. Makanan mereka lebih sihat. Itu sebab tak ada yang buncit.

Perjalanan pagi ni agak tenang. Kedai pertama yang kami pergi adalah kedai kraftangan untuk cenderamata. Kami di bawa untuk demo macam mana mereka menghasilkan sesuatu produk itu. Ianya di hasilkan dari kertas surat khabar yang terpakai yang di hancurkan dan dengan proses2 tertentu terhasil lah barang2 seperti jewelery box, mangkuk, pasu dan pelbagai hasil kreativiti. Kalau sekali imbas macam produk lacqeur dekat Vietnam. Seperti biasa selepas itu kami di bawa ke sebelah di ruangan kedai. Aku cuma tengok2 saja...malas aku nak beli barang2 souvenir macam ni. Alamat jadi sampah kat rumah aku. Lagi pun boleh tahan juga harga dia. Lepas pening tengok barang2 ni...aku dan Fifi keluar ambil angin di luar, sambil ambil2 gambar di persekitaran kedai tu.

Ada satu sampan yang park kat sebelah kedai tu, mak cik Kupik tu teringin pula nak naik sampan tu. Bukan pergi mana pun. Cuma percubaan untuk mendayung sampan tak bergerak. Kami masuk balik sebentar sebab nampak ada orang bawa Kashmiri tea...so masuk dan cuba tea dia. Lepas tu keluar balik😀. Sebab mereka tak habis shopping lagi, aku, Fifi dan beberapa yang lain tunggu dalam boat tu saja. Tu yang sempat interview orang yang bawak boat kami tu. Siap tanya umur berapa.

Dari situ kami ke kedai yang kedua... Aku pun tak berapa ingat kedai apa sebab rasa nya aku masuk sekejap kemudian keluar semula. Jadi barang-barang yang di jual aku tak dapat register dalam memory aku. Yang aku ingat kedai yang ketiga...kedai jual kain, baju & shawl. Ini sebab masuk2 kami dah di suruh dok bersila untuk pilih kain. Aku memang nak beli shawl pun. Dia bawak keluar yang mahal2 dulu... Aku bukan nak beli hat mahal-mahal. Yang murah pun dah cukup. Seperti biasa aku pilih kejap jer. Beli beberapa kain untuk anak2 buah aku dan jugak shawl. Lagi pun aku ni bukan jenis yang beli barang branded. Ada kala aku beli hanya nak tolong peniaga ni. Tolong sesama Islam untuk menaikkan ekonomi mereka.

Lepas dah siap beli apa2 yang patut, aku ikut mereka yang nak balik awal untuk siap untuk Jumaat. Tak ada kerja aku nak tunggu orang lain habiskan shopping. Kami yang balik awal ni di hantar semula ke houseboat masing-masing. Houseboat aku...aku dan Syirah saja yang balik dulu. Petang ni memang aku nak rehat saja. Malas nak ikut pergi shopping lagi. Not my type.

Bila aku dan Syirah sampai kat houseboat, kami lepak kejap dulu di ruang tamu sambil charge kan handphone. Amin join kami sekali pulak dah. Sibuk nak tengok apa yang kami beli. Rupanya dia ni pun ada barang-barang yang nak di jual. Cuma sebab dia ni tuan houseboat jadi dia tak la join orang2 lain menjual segala...lebih professional sikit. Dia tak nak ganggu konon nya, dan juga tidak berkesempatan menjual sebab tiap kali kami sampai balik dah letih dan tak nak layan sebarang penjual. Tapi yang aku tak berapa suka sangat tu sebab dia mula nak compare produk yang aku beli dengan apa yang dia ada. Dia kata nak tunjukkan aku mana barang yang lebih berkualiti nanti. Aku dengar kan saja la. Dia ajar aku macam mana nak kenal yang mana pashmina yang sebenar nya yang berbeza dengan shawl biasa dari cotton. Yer la mana la aku nak tahu bab2 fashion ni.

Lepas kami tak berapa nak layan...Amin pun keluar. Aku tengok jugak, yang dia ni dok menyembang dengan kita ni...tak nak bergegas pergi masjid ke. Sibuk la pulak. Kelihatan houseboat sebelah kiri kita orang macam meriah pulak...ada penghuni baru masuk hari ni. Kedengaran juga suara Amin di situ. Lantaklah...dia pergi la kot masjid last minute. Walaupun dari kejauhan kedengaran suara khatib sudah mula membaca khutbah yang aku tak faham isi kandungan nya.

Kami di panggil untuk join lunch selepas Jumaat...ada sampan dah sedia untuk ambil kami bawa ke meeting point. Memandangkan aku dah buat keputusan malas nak ikut untuk shopping session petang ni...jadi aku akan just stay in houseboat saja. Nampak gayanya keluarga Fatiha pun tak ikut dan akan ada aktiviti mereka sendiri agaknya. Syirah aku suruh ikut jalan dengan mak cik Kupik Fifi tu😂. Aku tahu kalau aku ikut sama nanti sure aku boring ngantuk tunggu orang bershopping. Ini mengingatkan aku dulu di Bandung, beriya orang bershopping...aku boleh tidur kat satu sudut..😆. Mereka akan pergi juga melawat ke satu masjid... White mosque katanya. Ok lah...rasa masjid mereka lebih kurang masjid yang aku lawat hari tu jugak rasanya. Tak ada lah aku eager sangat nak pergi melawat.

Kerana aku sorang saja yang tak pergi, jadi mereka perlu hantar aku balik ke houseboat. Sampan yg available di bawak oleh salah seorang ahli keluarga Fatiha dgn Pak cik pakai kopiah tu. Shoaib suruh dia orang saja yang hantarkan aku balik ke houseboat. Nasib baik ok jugak dia orang kayuh sampan ni....sampai jugak aku ke houseboat aku. Malam ini dinner special sikit sebab last night in Kashmir ni.

Sesampai aku di houseboat ... Amin dok siap tunggu pulak. Nak jual barang-barang dia. Dia tunjuk dia punya product of shawl and few different material. Tunjuk aku yang mana betul2 pashmina. Ada juga Product cotton yang lain serta table cloth & leather product. Tapi dia cuma bawak shawl & kain untuk baju saja petang ni. Aku ni cepat kesian, jadi aku beli jer la pashmina dari dia. Siap dia suruh tolong promote dekat ahli2 houseboat yang lain...ok la aku kata, aku tolong dia. Jadi best friend si Amin tu la pulak aku.

Then, dia tanya aku.... 'What do you think about Muslims in Rohingya?'. Ok... At least dia tukar subjek kepada sesuatu yang aku minat. My simple answer was...."Yes ...Muslims in Rohingya are persecuted unfairly". Dia cakap..."You know why?...because the heart of the Muslims are not united. All the Muslims leaders only takes care of their country". Aku mengiyakan saja la...memang betul pun. He went on and gave me a khutbah Jumaat pulak😂. Dalam hati aku ...hmmm...tadi macam tak pergi Jumaat jer mamat ni. Ke dia pergi aku yang tak tahu kot...bersangka baik jer la aku.

Aku yang memang nak tahu pasal sejarah @ keadaan di Kashmir cuba tanya dia. Dia bagi tahu, walau pun Kashmir ni sebahagian dari India...tetapi mereka menghadapi tekanan dan kekangan dari India. Ketegangan antara Kashmir dan India masih berlarutan. Kashmir dapat berdikari walaupun terlalu banyak kekangan dari India. Cuma impak kepada industri pelancongan amat mereka rasai, kerana media yang memomokkan ketidak stabilan keadaan di Kashmir. Contoh nya, mengikut kata si Amin...houseboat ini dah hampir lebih 6 bulan tiada penyewa. Kesian pulak aku dengar...nampak emotional sikit si Amin tu bila cerita bab ni. Kami merupakan pelancong pertama setelah sekian lama dalam tempoh ini. Mengikut kata Amin, penduduk Kashmir bergantung sepenuhnya pada rezeki yang Allah bagi. Mereka mempunyai sumber bumi dan tidak bergantung pada orang lain. Satu yang aku respect  juga la dengan orang-orang Kashmir ni. Aku doakan semoga Kashmir satu hari nanti bebas dari India dan dapat memerdekakan diri. Menjadi sebuah negara majoriti Muslim yang kuat...InsyaAllah.

Aku bagi tahu Amin tadi sebelum lunch yang katil aku basah sebab bumbung bocor...Dia cakap dia dah betulkan. Hahahaaa ....Yer la tu. Aku rasa dia cuma alihkan tilam yang sama saja. Hmmm...no comment. Itu la aku kata, sabar saja lah kalau duduk di sini dan jangan harap kan macam 5 star hotel. Bayangkan awak di kampung yer.

Aku rehat di bilik saja petang tu tanpa di ganggu gugat manusia...'sepi itu indah'. I love the time without disturbance like this. Sehingga aku di panggil oleh Amin...untuk special  dinner malam ni. Yang lain dah tunggu di laman dekat houseboat 1. BBQ dinner  malam ni sebab last night kami di houseboat ni dan di Kashmir. Kira macam special treatment la. Food ok la. Siap ada live entertainment...lagu Arab dari Datin lagi😂.

Esok kami kena bangun awal nak pergi floating market. Kononnya nak keluar pukul 5.15am lepas subuh tu....So balik tidur jer la. Yang lain masih layan Amin bawak keluar Product dia pula. Aku dah tak larat.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

17/09/2017-Pengembaraan ke Kashmir (KL-New Delhi)

Tangan Tangan Ghaib

Travelogue to Turkey- Part VI-Konya - Mevlana museum and Sultanhani Caravanserai