Pelayaran
Pelayaran
Ombak Selat Melaka
Aku terpukau
Tenang
Bayu laut
Membawa aku dekat dengan Mu
Desir laut
Bagai alunan tasbih
Tiada henti memuji Ilahi
Saat manusia masih di buai mimpi
Leka dengan duniawi
Makhluk agung ciptaan Al Khaliq
Mengalir mengikut arahan Tuhan nya
Tiada sekali membantah
Ada kala tenang... menenangkan
Adakala bergolak memusnahkan
Hanya dengan
Kun Fa Ya Kun
Ombak tenang bisa mengganas
Meranapkan bumi
Melimpah jadi tsunami
Ketentuan Tuhan Mu
Tiada siapa yang bisa hentikan
Kerana Dia lah Al Qawi
Aku insan kerdil
Di tengah lautan
Tanpa Mu Ya Allah
aku karam di lautan dalam
Bantu aku Ya Allah
Untuk mengingati Mu
Bantu aku Ya Allah
Untuk terus dijalan lurus Mu
Moga sentiasa dekat dengan Mu
Bertasbih, bertahmid dan bertakbir
Menyebut nama Mu yang agung
Seperti Laut Selat Melaka ini
Tiada jemu ia memuji Mu
Ya Allah...
Pelayaran ini
Mengajar aku erti sebuah kehidupan
Hidup bagai satu pengembaraan
Akan tiba jua ke destinasi
Tanpa ku sedari
Sedikit demi sedikit aku bergerak menuju ke destinasi akhir
Masih tak mahu lepaskan laut yang membuaikan ini
Masih indah rasanya di tiup bayu laut
Tapi setiap yang bermula
Pasti ada akhiran nya
Sediakah aku untuk berlabuh?
-Al Hambra
28 Nov 2017
Costa Victoria
Atas kapal di tengah lautan Selat Melaka
Ulasan