19/09/2017- Evening in Srinagar

Terdengar lagu Ramli Sarip tadi dalam perjalanan ke hospital pagi tadi..."Aku menulis bukan kerna nama...". Ya, ada yang mungkin pelik bila aku mula tulis dengan panjang lebar. Tak kisah lah ada orang nak baca ke atau tak. Itu semua tak penting pun. Penulisan aku lebih pada penceritaan diri sendiri sebenarnya dan apa yang aku lihat dari kaca mata sendiri...untuk mengekalkan memori sesuatu perjalanan. Orang lain mungkin ada pengalaman dan pendapat yang berbeza bila menilai benda yang sama. Banyak sebenarnya yang aku nak tulis, dan sepatutnya aku sudah menulis lama dahulu. Tapi biasa lah ada kalanya hangat-hangat tahi ayam. Aku dah banyak mengembara ke negeri orang...antaranya China, Hong Kong, Mesir, Brunei, Vietnam, Cambodia, beberapa bandar di Indonesia, Singapura, Korea, Jepun, Britain, Rome & some Europe countries, South Africa, Uzbekistan & Taskent, Balkan Countries, Spain/Morocco, Australia, New Zealand, Turki, Iceland dan sudah tentu Makkah dan Madinah. Bukan untuk menunjuk2 atau jadi macam orang kaya...cuma melancong boleh di katakan satu hobi. Bak kata pepatah "Jauh perjalanan, luas pemandangan". Banyak lagi tempat yang ada dalam list yang aku belum sampai๐Ÿ˜‘. Melihat keindahan alam dan juga melihat perbezaan jenis manusia dan culture mereka adalah amat menarik. Di masa yang sama aku mempelajari sejarah dan tamadun sesuatu bangsa bila ke negara yang kaya dengan sejarah.

Pengembaraan ke Kashmir adalah julung kali ke 'India'. Sebenarnya aku tak berapa suka melancong ke India sebab banyak reputasi yang tak berapa bagus yang aku dengar seperti keadaan yang kotor, mudah dapat food poisoning dan cantik hanya pada tempat tarikan pelancong seperti Taj Mahal di Agra,tapi luar pada kawasan itu kotor. Itu sebabnya aku cuma memilih untuk datang ke Kashmir kali ni. Tengok la kalau di kemudian hari ada yang menarik untuk melancong ke India, mungkin satu hari nanti aku ke sana. Tapi bila mengenangkan pengalaman berdepan dengan security di airport India rasa macam tak tahan dah.

Eh panjang pulak mukaddimah nya๐Ÿ˜œ.
Ok petang ni kalau ikut itinerari kami akan ke beberapa Mughal Garden antaranya Nishat Bagh (The garden of pleasure) & Shalimar Bagh (Abode of love). Sampan yang menjemput kami dari houseboat sudah sampai. Kami cuma sempat rehat dan freshen up sekejap, kemudian keluar semula. Sampan akan bawa kami di common meeting point di houseboat kedua dan ketiga. Dari situ kami akan pergi jemput penghuni di houseboat keempat pula. Dalam kami menunggu mereka masuk boat, dah mula ada yang cuba menjual barang-barangan kepada kami dari sampan2 bersebelahan. Bila Fifi naik dan makan ice cream yang di beli dari penjual sampan sebelah, semua nampak teruja nak ice cream tengah2 panas ni. Especially bila K. Mona kata dia belanja...masing2 mintak ice cream. Memang akal...pantang barang free๐Ÿ˜†.

Dari hujung boat kedengaran dah suara Auntie datin..."Hampa don't make Auntie angry. Ni bukan angry bird ...ni angry Auntie"...๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚. Kelakar betul. Adakalanya mengingat kan kisah2 ni aku ketawa sendiri. Sebab kemudian dari tu watak 'angry doc' pulak muncul๐Ÿ˜†. Ramai kami yang bertutur dalam loghat Utara, walaupun bukan kesemua dari Utara. Manakala keluarga Fatiha lebih bertutur dalam loghat negeri sembilan. So bila dah dalam group Utara memang slang automatically terus bertukar ke slang Utara.

Kami menyusuri jalan yang sama kami ambil semasa kami datang tadi. Melihat sampan-sampan kecil yang di dayung oleh individu persendirian. Ada jugak antara kami yang mula teringin nak mendayung sampan sendiri. Bagi aku ...korang nak dayung ok...aku nak duduk dalam sampan saja. Tak larat aku nak mendayung. Dari kejauhan dekat waterfront tu ada macam permainan bola dalam air...May be part of their activities.

Sampai di tebing, van kami sudah menunggu kami dan kami di bawa ke destinasi pertama untuk petang ini iaitu Nishat Bagh (tak silap aku ler). Dari tempat van berhenti, kami perlu menaiki anak tangga untuk ke taman ini. Ia nya merupakan taman bunga dengan beberapa variasi bunga. Kami boleh lepak-lepak landing kat atas rumput kat taman tu. Boleh tahan la bunga-bunga dia. Tapi kalau nak kata impressive tu ...tak la kot. Just like other gardens I would say. Jadi dengan tahap kepenatan aku ni dan dengan taman yang lebih kurang macam ni...aku rehat2 saja di tingkat pertama taman ini. Dia ada satu tingkat lagi. Bila tanya Fifi...ada apa dekat atas. Dia kata biasa biasa aja. Jadi aku buangkan niat untuk panjat anak tangga naik setingkat lagi.

Fifi dah cari kopi. Betul juga...disini jarang sikit dapat kopi...asyik chai saja. Mungkin tahap caffeine dalam badan aku pun kurang agaknya, tu yang rasa letih semacam. Kalau tak tiap-tiap hari mesti kopi. So kami kongsi kopi 3 orang (dengan Syirah sekali) ...sebab Fifi dah turun beli dan naik balik. Syirah ni memang berbeza sangat dengan perwatakan aku...Yer la kan dia anak sedara aku. Bukan anak aku. Takkan nak sama pulak dengan mak sedara dia pulak. Ok...dia ni cepat mesra dengan orang dan dapat bercampur dengan kawan2 aku lebih mudah dari aku sendiri tanpa rasa kekok. Even Fifi yang selalu anti sosial sikit ni pun, senang jer jadi teman si Syirah ni. Adakala dia ikut berjalan dengan Fifi lebih dari dengan aku especially ke tempat yang aku rasa malas nak pergi. Syirah jugak dah dapat geng dengan Syara (anak Datin Azizah) yang cuma beberapa tahun lebih tua dari Syirah. Syara ni nampak muda dan lembut...tak sangka dia ni pilot. Kira mereka dua orang ni lah yang paling muda dalam group kita orang.

Dalam masa yang sama kelihatan rombongan budak2 sekolah turut datang melawat taman ini. Dengan uniform yang berbeza-beza mengikut sekolah. Apa yang pasti boleh dikatakan kesemua murid-murid perempuan di sini berpakaian menutup aurat. Cuma exception pada tudung mereka tu biasa la budak2... Ada yang terkeluar rambut la.

Beberapa orang dari kami sudah turun awal, mengintai-ngintai deretan kedai yang berada di sekitar kawasan itu dan mula membeli belah. Di sini beli kena pandai tawar menawar... Skill yang aku masih kurang sedikit dalam hal ini.

Dari taman ini, kami menaiki van semula ke arah taman yang kedua. Agak sibuk juga jalan di Srinagar ini , memandangkan hari ini hari bekerja...jalan agak sesak juga di bandar ini. Kami ke Shalimar Bagh...ia nya dalam kawasan yang berdinding. Van kami berhenti di luar kawasan ini. Di seberang jalan kelihatan deretan kedai-kedai. Ada yang sudah berkira-kira tak mahu masuk untuk melawat taman, tapi nak terus mula bershopping. Untuk aku kalau di beri pilihan antara sight seeing dengan shopping...definitely aku pilih sight seeing. Shopping adalah sesuatu yang memenat dan mencelarukan minda aku.

Jadi separuh dari kami masuk ke taman, dan separuh lagi terus bershopping. Sebenarnya tak ada la apa yang menarik sangat di sini. Cuma lay out taman yang ini berbeza dari taman yang sebelumnya. Di sebabkan tak ada guide yang nak bagi tau back ground history of this garden, jadi kami pergi macam bersiar-siar ambil gambar saja la. I would prefer if each place we go we know what's the story behind it. But I know not all people will have the same thinking...and it's hard to find a good tour guide who can tell you the background history. It reminds me of Bekhruz, my tour guide who has PhD in geology who told a lot about the history of Uzbekduring my tour to Uzbek. Very knowledgeable tour guide who is rare to get. Sampai dia still nak cerita tengah sejuk ketaq. Tapi tak semua orang boleh appreciate that kind of tourist guide. Most tourist guide hantar awak ke tempat cuma untuk enjoy scenery...tapi entah sebab apa sesuatu taman tu di bina ...Wallahu'alam. Aku tak ada masa nak baca sejarah Kashmir ni...dan aku pasti memang ada sejarah di sebalik pembinaan taman ini di zaman kerajaan Mughal.

Satu yang tak berapa menarik tentang taman ini, ia nya tidak di jaga dengan rapi. Jadi tempat yang sepatutnya kolam dan pancuran air...dah kering. Jadi tak menarik. Memang jauh la kalau nak di banding kan dengan Al Hambra. Ok jangan compare Ainon.

Kami bertembung dengan beberapa gadis-gadis Kashmiri yang dalam belasan tahun. Sporting jugak mereka melayan kami untuk mengambil gambar. Atleast tunjuk yang kami berada di Kashmir bersama orang Kashmir. Dalam kami sibuk posing memosing...tiba-tiba terserempak pulak dengan satu group dari Malaysia. Mereka dari Johor. Mereka buat family tour sendiri dan menggunakan khidmat Local tour bila sampai ke Kashmir. Mereka pun baru tiba hari ini...sebelum tu ke Agra. A good idea sebenarnya. Aku rasa small group lebih bagus dari big group macam ni. May be next time I will consider this.

Selepas habis ronda-ronda di taman tu... sebenarnya tak benda sangat pun dekat sini (If only I knew the history may be it will be different). Kami tunggu di luar untuk tunggu van kami. Agak sesak juga jalan waktu-waktu begini. Seperti biasa kedengaran hon di sana sini. Pantang salah sikit hon. Dari situ kami di bawa ke white mosque (I think so...sebab aku confuse, on the last day tu dia orang kata pegi white mosque jugak). Apa-apapun...kita orang singgah di masjid la. I would say it's just another masjid. Adalah sejarah dia...tapi kena baca dekat boarding dekat dinding. Tak silap aku ada dia orang mention about ada tersimpan rambut Nabi Muhammad s.a.w. Dari pengamatan aku dan dari kisah-kisah yang berlaku selepas ini, masjid-masjid di Kashmir ini tidak membenarkan orang perempuan untuk solat di ruang dalam masjid. Jadi muslimah terpaksa solat di bahagian luar masjid. Aku tak nak komen banyak pasal ini...I'm not a feminist. Cuma itu culture mereka yang mereka sudah terima dan tiada bantahan dari muslimah di Kashmir. Waktu kami sampai tu dah dekat nak masuk waktu maghrib. Ramai la juga yang mula datang untuk solat berjemaah. Alhamdulillah ya Allah...masih ramai umat Islam yang mengimarahkan rumah Allah di mana-mana di muka bumi Allah ini.

Dari situ kami di bawa ke kedai yang menjual kekacang ie: walnut (salah satu produk tempatan), dried rasberry and cranberry dan bermacam-macam lagi produk keluaran Kashmir. So aku tarik la jugak some of the items...untuk aku sendiri. Siap dengan krim pelembab muka Safron dan Scrub muka walnut aku beli๐Ÿ˜†.

Hari sudah gelap...kami pulang semula ke houseboat. Sudah ada boat yang menunggu kami di jeti yang membawa kami pulang ke common meeting point di houseboat untuk dinner dulu sebelum balik ke houseboat masing-masing.

Good nite...๐Ÿ˜ด

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

17/09/2017-Pengembaraan ke Kashmir (KL-New Delhi)

Tangan Tangan Ghaib

Travelogue to Turkey- Part VI-Konya - Mevlana museum and Sultanhani Caravanserai