21/09/2017- Pahalgam --Aru Valley-->ke Srinagar

Bagi sesetengah orang sesuatu kejutan itu mungkin indah atau mengujakan. Cuma tak semua insan itu sama. Aku paling tak suka kan kejutan terutama dalam sesuatu pengembaraan. Bagi aku sesuatu perjalanan itu perlu ada perancangan. Bukan main terjah macam tu saja. Boleh nak buat macam tu...tapi cuma untuk your own family trip. Mungkin bagi sesetengah orang, cara aku mungkin terlalu rigid. Bagi aku, boleh buat perubahan pada jadual perjalanan, tak ada masalah...tapi bagi tau dan dapat kan persetujuan semua. Itu lah ragam kalau mengembara dengan ramai orang. Mungkin ada yang suka....dan mungkin ada yang tak suka. Jadi konsensus keseluruhan peserta rombongan perlu di ambil kira bila mengembara dalam kumpulan besar, bukan pendapat orang-orang tertentu saja.

Mukaddimah lain macam pulak ye...😜

Pengalaman menunggang kuda menaiki dan menuruni cerun hutan pine agak mencabar juga terutamanya bagi first timer macam aku dan kebanyakan kami ni. Ada terlintas di fikiran sekiranya sesuatu terjadi...entah siapa yang akan bertanggungjawab. Harapkan tour guide pun ...dia jaga diri sendiri. Ada juga yang mengadu sakit di parut lama pembedahan. Itu yang susah ada pemikiran sebagai doktor ni...dah di latih untuk mengutamakan keselamatan dahulu, siap dengan pelbagai kemungkinan dan terlalu berhati-hati. Walau bagaimana pun, tak di sangkal kan pengalaman menunggang kuda ini memang best sebenar nya. Jadi kalau datang ke Kashmir mesti kena cuba pengalaman ini...cuma pastikan yang anda sihat dan perlu di ingatkan memang ada risiko. Jadi kena berhati-hati.

Dari tempat kuda kami berjalan ke restaurant untuk makan tengahari. Tak lah berapa jauh sangat. Di pertengahan jalan Fifi nampak orang jual roti dekat tepi jalan tu...macam roti canai gitu. Aku ingat kan roti lembut, rupanya keras. Kata Fifi roti tu jenis keras dan tahan lama. Mungkin makan dengan ayaq kopi sedap kot. Aku kan tak berapa adventure sangat bab2 makanan ni...memang pelik saja la tengok. Yang lain ada yang singgah sebentar di deretan kedai-kedai berdekatan sebelum sampai ke restoran.

Makanan di restoran ni ok la. Cuma tak seperti di hari sebelumnya...restoran ni tak di sediakan tempat solat.  Kalau ikut kan itinerari kami sepatutnya solat di restoran . Memandangkan tiada tempat solat di sini, aku ingat kan mungkin kami akan solat di masjid yang berdekatan...memang nampak ada masjid pun dekat situ. Sepatutnya tak jadi masalah lah kalau kami nak solat dahulu selepas makan ni.

Selesai makan aku ikut Fifi ke kedai kain cotton depan restoran tu. Tapi kemudian kami di kejarkan untuk menaiki jeep. Aku tanya si Jaef tu, mana van kami tadi. Sebabnya semua beg dan telekung ada dalam beg di dalam van. Tapi dia kata, kita akan turun semula ke bawah nanti. Aku ok saja selalunya solat tanpa guna proper telekung, cuma sebab tadi naik kuda dan pakaian tak berapa proper sangat ...aku rasa lebih selesa kalau solat guna telekung. Itu sebab aku dah sediakan bawa telekung hari ni. Kalau ikut jam dah hampir pukul 2 pm tak silap aku...ikut aku baik solat dulu baru mulakan perjalanan ke mana nak pergi pun. Ini yang aku katakan kejutan dan perancangan yang di buat tanpa berbincang dengan ahli kumpulan yang mula menimbulkan ketidak senangan hati aku.

Macam-macam mana pun kami dah di suruh naik dalam 3 buah jeep. Entah nak pergi mana pun tak bagi tahu. Cuma sebab aku naik satu jeep dengan Jaef tu baru la kemudian aku tahu kami akan di bawa ke Aru Valley. Aku masuk di bahagian belakang jeep. Naik dalam jeep yang sama dengan aku ... K. Mona, Datin and her gang, Syara & Fifi. So di bahagian belakang jeep ni...aku, Fifi, Datin Azizah dan Syara. Anak sedara aku Syirah naik jeep lain.

Dari Pahalgam...Kami menaiki jalan yang bergunung dengan jalan yang bengkang-bengkok menaiki Aru Valley ini. Tak di nafikan pemandangan di sekitar kawasan ini amat cantik....Subhanallah.  Kawasan bergunung dengan kehadiran kehijauan pokok pine serta saliran sungai amat cantik. Jalan di sini agak sempit dan sekiranya ada kenderaan dari arah depan atau sekumpulan biri-biri lalu...kami terpaksa berhenti dulu untuk memberi laluan. Jalan yang berliku menaiki gunung ini akhir nya membawa kami ke satu hentian.

Di sini merupakan satu perkampungan di mana ada juga kedai-kedai yang di buka untuk meraih pelancong untuk membeli barangan mereka. Pelancongan merupakan hasil punca pendapatan mereka. Sekira nya tiada pelancong, mereka masih boleh hidup secara sederhana tapi mungkin kurang pendapatan. Ada yang cuba mengajak kami untuk naik kuda lagi di sini. Aduhai bukan tak berminat...tapi dah la kami baru saja naik kuda, ni zohor pun belum lagi ni. Macam marah pulak pakcik2 tu sebab kami tak mahu naik kuda. Tour guide pun satu, dah tahu dekat sini tempat naik kuda yang berhenti sini nak buat apa. Kalau di ikut kan pemandangan ...tak ada pemandangan menarik di sini. Banyak lagi nampak tadi tempat2 menarik yang kami harap dia berhenti, tapi tak berhenti pulak. Beberapa orang dari kami cuba bertanya samada ada tempat untuk kami solat tak. Nampak nya tak ada tempat yang sesuai. Masa tu aku rasa bukan aku sorang saja yang dah mula marah...Pak cik dari ahli keluarga Fatiha tu pun dah mula marah. Aku tak tahu lak nama Pak cik berkopiah tu.

Kami pertikaikan kenapa tak solat dulu waktu di bawah tadi masa dah cantik ada masjid...awal lagi. Lepas solat baru selesa nak jalan. Ini tidak...Dari yang aku dapat tahu katanya masjid kat bawah tadi, orang perempuan tak boleh solat dalam masjid. Ini memang standard di Kashmir ni, perempuan tak di benarkan solat dalam masjid. Rasanya aku dah ada mention pasal ini dalam entri terdahulu. Aku tak kisah lah...tak boleh solat dalam masjid tu kita solat la dekat beranda masjid tu. Aku bukan la alim sangat pun...tapi aku tahu lah solat tu wajib dikerjakan walau macam mana susah sekali pun.

Memang dah mula naik darah dah aku masa tu, geram dengan tour guide tour guide. Dia orang pun tak fikir nak solat ke, ye la mereka pun memang boleh jama' jugak macam kami.  Tapi tak nampak pulak rushing nak solat. Dia orang solat ke tak ke, aku malas nak ambil peduli...yang aku fikir sekarang ni aku belum solat lagi. Aku dan Pak cik kopiah tu dah sound dekat Jaef & Shoaib...lepas ni kena cari masjid. Sebab kalau tengok kan perjalanan kami ni mungkin sampai bawah dah terlepas asar. Jadi mereka mesti cari kan masjid untuk kami solat di atas gunung ni.

Kami kembali masuk dalam jeep masing-masing. Perjalanan walaupun cantik persekitaran sekeliling tetapi bagi aku terasa tegang. Tak terasa teruja untuk menikmati sangat walaupun memang tak di nafikan cantik ciptaan Allah. Tapi makhluk lupa pada pencipta yang mencipta keindahan bumi ini. Ada terlintas di fikiran aku...ada kah ini sebab nya Kashmir walaupun penuh dengan sumber dan hasil bumi, masih di jajah India...mungkin sebab mereka lupa pada Al Khaliq. Entah lah...

Dalam jeep tu sekarang ni dah lah memang ada angry Auntie dah pun yang memang dok pot pet...di tambah sorang lagi angry Doctor ni. Memang agaknya bengang saja si Jaef dengan perangai2 perempuan dengan mulut yang tak ada insurance ni. Aku memang membebel sama kali ni, sebab dia orang naik tanpa persediaan kami. Di sepanjang perjalanan memang ada perkampungan2. Aku dengan selamba menyindir jugak, kalau tahu nak lalu perkampungan macam ni...baik bawak jajan2 yang dok ada dalam van tu tadi untuk di bagi-bagi kan pada orang2 kampung. Pandai pulak si Jaef tu jawab...Every rizq has written names on it. Bila di tanya where's the nearest masjid? Katanya...InsyaAllah..insyaAllah.

Di dalam jeep ni jangan cakap la...macam-macam luahan tak puas hati nya. Yang Elderly people ni concern pasal journey without plan yang memenatkan ...yang memang aku setuju. Bagi mereka naik atas ni macam tak ada tujuan. Aku setuju separuh saja la...aku rasa ok naik atas ni...tapi mesti proper planning dan solat dulu. Baru boleh enjoy dan dapat menikmati keindahan alam ini dengan tenang ...bukan dalam keadaan tegang macam ni. Syara pun cakap...lahir kan ketidak puasan hati dia. Tapi budak ni lembut. Her concern was her Elderly mother who is getting tired with the long journey. Fifi macam biasa jer la ...cool. I wish I can be that cool...hahaha. Kalau waktu tu dia orang bagi feed back form , agak nya berjela-jela  aku tulis komen. Aku teringat pada K. Ida waktu kita join trip ke South Africa...dia punya komplen sampai belakang2 muka surat. By the way...this trip tak bagi pulak feedback form...kalau tak memang sah berkajang aku tulis komplain ...especially this incident.

Dalam perjalanan ternampak hotel-hotel kecil untuk mereka yang ingin bermalam di sini. Ada juga dalam hati aku berkata, sekiranya aku datang ke Kashmir lagi...aku akan bermalam di sini saja. Tak ada la rushing sangat. Kami menuruni lurah ke satu perkampungan ...cantik aliran sungai di situ. Ternampak juga ada sebuah masjid. Tak pulak driver jeep ni nak berhenti di sini. Kami meneruskan perjalanan, mula mendaki semula ....terdapat aliran2 seperti air terjun. Jalan di sini berliku-liku kembali. Dari atas kelihatan sayup sayup curam di bawah. Kami memang sedang mendaki gunung ... Udara terasa mula menipis dan mula terasa sejuk sedikit berbanding dengan di bawah tadi. Kami bertanya pada driver...How long more will we reach the masjid?...dia jawab 2 km lagi. Hahhhh....ye la tu 2 km dia...berapa kali pusing liku-liku jalan tu tak sampai-sampai lagi.

Di belakang kami jeep-jeep lain hanya mengikut jeep kami. Mereka lagi tak tahu kemana hala tuju. Cuma mungkin suasana dalam jeep yang lain tak sepanas jeep kami😁. Kami akhir nya sampai ke satu perkampungan di puncak gunung ini. Aku kata...kalau tak ada jugak masjid di sini, tumpang saja la rumah Kashmiri mana2 untuk solat. Alhamdulillah ketentuan Allah untuk kami bersolat di sebuah masjid di puncak gunung. Ada rumah Allah di ceruk dunia...atas puncak gunung...Subhanallah.

Kami bergegas ke rumah Allah untuk solat jama' qasar. Dalam antara kami bergegas tu...boleh pulak geng2 datin ni kata...pakaian mereka tak bersih... Tak kan nak solat dalam pakaian macam tu. Jadi kata ketua datin...dalam keadaan macam ni boleh qadha solat. Nasib lah mak-mak datin ooiii...tak kuasa aku nak argue. Kalau ikut tazkirah pagi tadi macam tip top... Tapiiii....Ok I wish I won't come across with the same group of people in other trip...I hope.

Masjid ini walau pun kecil tapi boleh kata sempurna untuk kami. Tempat ambil wuduk terletak di luar...ada pintu. Macam masjid yang lain tiada tempat untuk perempuan. Memandang kan hanya kami sahaja yang solat pada masa itu jadi yang lelaki solat  di ruangan yang sama. Alhamdulillah ...sempat juga kami solat jama' qasar sebelum terlepas waktu solat.

Waktu keluar tu nampak Syirah bersembang dengan pakcik kopiah tadi...dia pun berpendapat macam aku jugak la. Marahkan our tour guide yang tak sensitif pasal bab jaga solat. Terutamanya bila di consider kan sebagai Muslim tour. Kena la jaga hal-hal macam ni. Ini tidak ...sampai orang nak kena tegur. Somehow, marah aku tak hilang sangat lagi walaupun dah solat. Mungkin ada setan lagi la tu dok bergayut kot😜. Dan bila aku nampak Shoaib, As & some others ...memang aku cakap direct yang aku memang tak happy dengan apa yang berlaku dengan perjalan yang tiada perancangan macam ni. Aku rasa sebab aku terlalu marah dan with the thin air di altitude tinggi ni menyebabkan aku breathless sikit.😆... Yup...I just need to keep myself from others for a moment for me to calm down. Ambooiii....ada yang happy lak tu sebab aku telah tolong melepaskan geram dia orang jugak. Cuma aku jenis yang akan cakap direct kalau aku tak suka sesuatu tak simpan-simpan. Syara cakap kat aku....'bagus Auntie. Kalau tak dia orang tak tahu'.

Kami menuruni gunung semula...keadaan lebih tenang. Mungkin sebab sudah solat, jadi tak rasa terkejar-kejar sangat. Kan elok kalau solat awal tadi...boleh la relax tengok pemandangan sekeliling. Tapi di sebabkan dah lewat, kami cuma menuruni kembali gunung tanpa ada sebarang aktiviti. Ada kala nak kelakar jugak....naik tempat tinggi2 sampai ke puncak, jumpa masjid & solat di situ ...dan turun kembali.😂😂😂. Tapi itu lah ketentuan Allah, mungkin untuk kami menyedari ...rumah Allah ada di mana2, hatta di atas gunung yang terpencil ini pun masih ada laungan azan berkumandang.

Setibanya kami di bawah, van kami memang betul-betul park sebelah masjid tu je pun. Hari pun dah lewat...nasib kami dah solat di atas tadi. Di van kami sekumpulan penjual2 sudah sedia menunggu untuk jual shawl. Bargain harga shawl dapat la dalam 300 rupee sehelai. Beli untuk cenderahati untuk staff lepas dah la ni.

Kami memulakan perjalanan pulang ke Srinagar semula. Hari pun dah hampir gelap juga. Mula nya kami hampa juga, tak singgah ke perkampungan seperti yang di janjikan. Kelihatan van di hadapan berhenti di tepi jalan...ramai budak2 sekolah. Mereka dah mula menghabiskan jajan2 yang di bawa. Van kami kemudian akhir nya singgah sebentar di satu perkampungan. Hari memang dah senja. Kami turun untuk membahagikan makanan2 ringan yang kami bawa bersama. Seronok betul budak-budak tu dapat jajan2 dari kami. Ada yang beratur lebih pulak. Di sebabkan dah malam, kami cuma berhenti untuk menghabiskan jajan2 kami saja dan kemudian meneruskan perjalanan pulang.

Kami tiba di houseboat agak dalam pukul 9 malam juga dan terus ke tempat makan. Esok mungkin relax sikit sebab cuma aktiviti di sekitar Srinagar. Buat masa ini kami sudah kepenatan dan yang paling penting bila dapat berehat. Selamat malam.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

17/09/2017-Pengembaraan ke Kashmir (KL-New Delhi)

Tangan Tangan Ghaib

Travelogue to Turkey- Part VI-Konya - Mevlana museum and Sultanhani Caravanserai