21/09/2017- Srinagar ke Pahalgam

Pengembaraan kami untuk hari ini di teruskan dengan melawat Pahalgam. Pahalgam ni popular dengan kawasan bergunung dan lembahnya yang cantik dan aliran2 sungai yang menarik. Ianya merupakan tempat pilihan ramai di kalangan pengarah2 bolywood dalam penggambaran filem hindi yang di filemkan di sini. Bagi group kami kali ini, highlight nya adalah acara menunggang kuda...untuk pengalaman yang akan di bawa pulang bersama nanti bila pulang ke Malaysia. Tidak di terangkan lebih lanjut dalam itinerari ...cuma di beritahu menunggang kuda inclusive dalam package ini.

Perjalanan dari Srinagar ke Pahalgam mengambil masa dalam 2 jam juga. Kali ni di samping Shoaib, bapa saudara beliau juga Jaef turut sama mengikut kami. Jaef ikut naik dalam van kami. Kalau dalam itinerari tu kami akan berhenti di beberapa tempat menarik dan mungkin akan juga singgah di satu lagi perkampungan....masih banyak lagi ni jajan2 yang belum kami bagi lagi ni. Tak kan nak angkut bawak balik pulak kan😜.

Cuaca di sini agak baik...tempat pertama yang di bawa singgah adalah kawasan penanaman Safron. Nasib sekali lagi tidak memihak kepada kami kerana waktu ini Safron baru nak di tanam @ sudah di tuai. Cuma kami di bawa ke tanah yang belum ada tanaman. Beriya Jaef nak suruh turun sebab Safron merupakan salah satu sumber pertanian dan hasil bumi yang di banggakan di Kashmir. Kami hanya dapat bayang kan keunguan ladang Safron ini pada masa ianya berbunga. Sekali lagi aku rasa September bukan waktu terbaik untuk melawat Kashmir. We missed a lot of things actually.

Dalam perjalanan kelihatan runtuhan Awantipur yang merupakan tinggalan sejarah dan yang merupakan hindu temple di abad ke 9. Walaupun aku memang tak suka pergi temple...tapi aku tak kisah lah kalau nak singgah sekurang2 nya tahu apa sejarah di sebaliknya. Mengikut Jaef, kami akan singgah di temple ini dalam perjalanan pulang dari Pahalgam...kata dia la. Tak ada la aku terkilan sangat bila kemudian sebab kami sudah lewat di sebelah petangnya...jadi memang tak singgah pun. Dan mungkin tak ada siapa yang bising kenapa tak singgah temple.

Sementara itu dalam perjalanan ...dapat tazkirah free lagi dari Datin. Adakala nya bila berjalan dengan orang-orang tua ni, kita kena tahan telinga jer la. Sebab ada yang mula jadi macam ustazah dah pulak. Ada la fakta dia yang aku setuju...tapi banyak jugak yang aku tak setuju dan boleh kata auta la jugak. Syara yang duduk sebelah aku tu, dah letak earphone dah...dia kata bising la. Hahahaaa ....kalau boleh aku pun nak sumbat earphone @ earplug jugak. Yang kawan2 Datin tu, tolong mengiyakan saja apa yang dia cakap. Macam la semua betul. Macam-macam isu ada, termasuk lah ajaran sesat dan Syiah. Topik ni timbul sebab ada masjid Syiah yang terdapat di sekitar Kashmir. Macam yang aku kata tadi la...ada fakta yang dia cakap tu betul...ada yang macam tak berapa betul. Lantak la datin ooiii.

Kami meneruskan perjalanan ...di sepanjang jalan kelihatan banyak ladang-ladang epal kelihatan. Kebanyakan nya sudah masak dan sedia untuk di petik. Kami kemudian berhenti di satu perhentian. Di sini istimewa nya adalah kami dapat menikmati jus epal segar. Satu cawan kecil jus epal ini berharga 20 rupee dan cawan besar berharga 30 rupee. Cara mereka memerah jus ini adalah dengan menggunakan satu mesin yang di gerakkan secara manual. Memang fresh apple juice...tanpa sebarang bahan tambahan. Rasa nya ....marvellous πŸ˜‹πŸ˜‹πŸ˜‹. Sedap dan sejuk....Terasa fresh. Aku yang selalunya tak berapa suka apple juice, tapi kali ni memang sedap. Siap repeat order...Hehehee. Disini juga ada kedai kain...so ada yang mula membeli belah di sini. Tak kurang juga yang mengambil kesempatan untuk toilet stop.

Dari sini kami sambung perjalanan sehingga tiba di satu ladang apple. Kami berhenti buat seketika di sini, menyeberang jalan untuk melihat pokok2 apple yang telah sedia untuk di petik. Ada juga longgokan apple yang telah di petik kelihatan di sini. Kashmir ni negeri subur yang di kurnia kan Allah... Ada pokok labu dia pun besar2 buah dia.

Dari situ van kami berhenti sekejap di ladang pokok walnut. Sekali lagi kami seperti nya sudah terlepas musim walnut. Ada la walnut yang jatuh2 sikit. Aku tak turun pun la, sebab seperti ladang Safron tadi , tak de la menarik sangat. Cuma Jaef nak tunjukkan hasil2 tani yang merupakan sumber pendapatan untuk orang2 Kashmir. Memang kalau di lihatkan melalui sumber hasil bumi...Kashmir ni kaya. Dan perlu di tekan kan lagi, mereka kelihatan cukup dengan rezeki yang Allah beri kepada mereka, walau pada mata kasar kita mereka kelihatan daif.

Menuju ke arah Pahalgam, pemandangan nya memang cantik. Dari kejauhan kelihatan kehijauan gunung-ganang, berselang-seli dengan kekuningan sawah padi serta kehijauan pokok2 di situ. Aliran sungai yang berwarna seakan putih kebiruan mencantikkan lagi pemandangan alam ciptaan Allah s.w.t ini. Sungai itu dinamakan 'white river'...keadaan sungai yang seolah-olah berwarna putih itu di sebabkan kesan pencairan glacier. Kami menelusuri lembah ini dan sampai berdekatan dengan sungai ini. Tapi tak berhenti di sini...cuma mengambil gambar dari atas van. Harap2 dalam perjalanan pulang mereka akan singgah sebentar di perkampungan berdekatan...walau macam mana pun ia nya cuma harapan.

Kami akhir nya sampai ke Pahalgam, di mana tempat tujuan kami pada kali ini adalah menunggang kuda. Sebelum tu ramai pula lah yang berbaris untuk menunggu giliran di toilet yang cuma ada satu. Mungkin di sebabkan tadi minum air jus epal banyak kot...dan juga persediaan untuk menunggang kuda. Di sekeliling kawasan itu kelihatan ianya di kelilingi dengan gunung ganang. Tak kurang juga peniaga-peniaga yang sudah mula mencari pelanggan dengan menjual shawl mereka. Sebab kami nak pegi menunggang kuda dulu, ramai yang bagi alasan akan datang kemudian untuk sessi beli shawl sekiranya sempat.

Tiada briefing tentang keselamatan sebelum menunggang kuda atau kemana arah tujuan kami. Apa yang aku tahu kita akan menunggang kuda di sini. Dalam fikiran aku kita akan di bawa kuda dalam keadaan menunggang di tanah datar dan tidak mencabar. Sebenarnya aku ni jenis gayat juga bila menunggang haiwan ni. Pengalaman aku menunggang unta ketika melawat Mesir dulu, memang aku rasa gayat. Jadi sebelum ni ada aku suarakan pada Asmida, supaya dapatkan aku kuda yang kecil.

Bila aku sampai di tempat kuda itu masing-masing sudah dengan kuda. Syirah menunggu Syara yang masih di toilet. Memandangkan dia teman kan Syara, aku pergi dulu sebab semua orang dah sedia untuk naik kuda. Belum sempat aku pilih kuda ke apa, aku telah di arahkan dan di bantu untuk memanjat kuda. 'Sister, hold on me'...kata si guide yang jaga kuda aku. Ok...tak lah seteruk yang aku sangkakan. Dengan meletakkan kaki aku ke tempat letak kaki yang di sediakan aku dibantu naik ke atas horse saddle. Walaupun kuda ni besar, tapi tak lah setinggi unta...Jadi aku rasa selesa.

Seorang guide akan menjaga 2 @ 3 kuda. Nama guide aku ni Amir tak silap aku...dan nama kuda aku ni 'Tarzan'. Amir jaga kuda aku dan juga kuda Datin Azizah dan kemudiannya dengan kuda En Zaidi pun dia jaga sekali. Sambil sempat juga dia tolong tangkapkan gambar kami. Umur dia mungkin dalam lingkungan 17 tahun saja aku rasa. Tapi mereka ni cekap dalam mengendalikan kuda.

Perjalanan awal melalui jalan biasa untuk beberapa ketika ...sesekali terdengar arahan dari Amir pada kuda tu..."tuih, tuih, tuih" dan adakalanya ..."purr, purr, purr". Aku pun tak tahu samada itu arahan untuk kuda laju sedikit...sebab nampak kuda mula lajukan langkah. Jadi aku terpaksa suruh Tarzan slow down. Tak tahu la dia faham bahasa Inggeris ke tak πŸ˜†. Kuda ni memang dah di latih untuk mengikut sesuatu trek rasanya dan dia akan mengikut kuda di hadapannya. Yang leceh kalau dia mula menyerendeng dengan kuda dekat depan, sebab takut terkena bontot kuda atau kuda mula membuang najis masa bergerak. Jadi aku memang cuba sedaya upaya jauhkan kaki aku dari kuda hadapan...kena jaga-jaga kaki...Hahahaaa.

Sampai pada tempat yang ada aliran air sikit, dia mula menyimpang mengikut kuda2 di hadapan....Owh nak minum air. Dahaga agak nya. Kuda yang lain ikut juga. Dari jalan tanah yang landai, kuda kami mula membelok ke kiri ke arah kawasan yang agak berbukit. Memasuki hutan pine. Jalan yang mula nya mendatar semakin mencerun. Tarzan mengikut kuda-kuda yang lain, mengikut jalan yang mungkin sudah hari-hari mereka daki. Guide kami hanya berjalan kaki...sambil mengawal arah perjalanan kuda sekiranya kuda-kuda ini terpesong dari arah jalan.

Semakin lama pendakian kami menunggang kuda semakin mencabar, kerana kuda-kuda ini perlu mendaki cerun yang curam. Ada kalanya memang kuda akan berjalan di lereng curam betul dan adakalanya berjalan hampir dengan pokok-pokok pine ini sehingga kaki kami mungkin tersagat dek batang pokok pine ini. Bila mendaki curam kami di arahkan untuk tunduk ke hadapan ...seperti kata si Amir tu 'body front...body front'. Itu adalah pengalaman yang menarik dan mungkin tak akan aku lupakan.

Cuma mungkin bagi aku dan mereka2 yang masih 'muda' aku rasa tidak lah menjadi masalah sangat. Tapi aku kasihan dengan mereka-mereka yang mungkin berpenyakit atau pun mereka-mereka yang sudah tua. Menunggang kuda bagi kami yang kali pertama dan melalui jalan yang lasak ini bukan lah mudah. Boleh sakit belakang dan punggung di buat nya. Ini yang aku katakan sepatutnya ada briefing yang di buat untuk memberitahu keadaan perjalanan trek menunggang kuda ini. Sebab tak semuanya sihat walafiat. Adakalanya memang aku tak setuju dengan cara tour guide kami mengendalikan group kami ni. Tengok la dulu keadaan semua ahli-ahli kumpulan. Bising karang kata aku ni poyo pulak...semua nak komplain. Sebagai seorang doktor...aku memang tak berapa setuju bila bab-bab keselamatan tak di ambil peduli. Memang la takdir...tapi kalau jadi apa-apa siapa yang nak tanggung. Dengan tak ada persiapan langsung. Ini memang makcik boleh bising ni...tapi macik diam jer la lagi.

Tak jauh di hadapan aku nampak Fifi. Kuda Fifi ni agak liar sedikit, dan selalu ikut suka dia nak lalu ikut jalan mana. Off trek ....πŸ˜‚. Ada yang kata kuda-kuda sebegini jalan ikut waze...hahahaaa. Cari jalan pintas dari mengikut perjalanan biasa kuda-kuda yang lain. Aku memandang ke belakang, cuba mencari Syirah dan Syara...mereka ada di belakang. Selamat...Tak ada la aku risaukan mereka sangat sebab mereka budak-budak muda. Bila kami mula sampai ke jalan yang selamat sikit...Amir kata...'danger over'. Kuat betul guide-guide ni berjalan mendaki gunung ni. Walaupun ada nampak sedikit keletihan tetapi masih bertenaga.  Aku kelakar juga Amir ni...dia panggil En Zaidi (brother), panggil aku (sister) dan panggil Datin Azizah (amma).  Jadi dia tujukan kepada kami masing-masing dengan panggilan 'brother', 'sister ' dan 'amma'...πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚.

Kami sampai ke puncak yang pertama, di mana di situ kami dapat lihat pemandangan gunung ganang dan hutan pine. Di situ kami mengambil photo dengan sebarisan penunggang-penunggang kuda dari Malaya yang kepuasan setelah menunggang mendaki gunung dengan jayanya. Satu kumpulan lagi sudah meneruskan perjalanan ke hadapan.

Rupanya perjalanan kami jauh lagi ...terpaksa mendaki sedikit lagi ke atas. Melalui proses yang sama . Menjaga posture badan bila mendaki...terpaksa menundukkan badan kehadapan...mengikut pergerakan kuda. Ada lorong yang mencabar, ada yang ok. Ada kala terpaksa cakap dengan Tarzan..."Slow down Tarzan...slow down". Pandai juga Tarzan ni. Dengar cakap.

Kami akhir nya sampai kewasan yang agak landai, di mana semua kami turun dan memberi masa untuk kuda-kuda ini berehat. Ada kawasan seperti padang rumput dihadapan dikelilingi gunung-ganang dan hutan pine. Kami berehat sambil menangkap gambar-gambar di sekeliling. Bersembang dengan Fifi....aku kata seronok juga naik kuda ni. Boleh la balik Malaysia start belajar tunggang kuda. Fifi kata aktiviti sukan yang free dia mau la...yang kena bayaq tak mau. Lupa pulak nak cerita...kami mula panggil Fifi dengan gelaran  Makcik Kupik (Kedekut)...πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚. Makcik Kupik tak kan involve sukan yang kena bayaq dan mak cik Kupik kata dia tak akan involve aktiviti yang berbahaya macam ni.

Setelah kami dan kuda-kuda kami berhenti berehat, kami mula balik perjalan menuruni gunung ini. Mengikut jalan yang sama. Kalau pendakian tadi dah cukup rasa mencabar...menunggang dalam keadaan turun bukit lebih mencabar. Terutama bila melalui cerun-cerun curam. Kalau tadi Amir suruh body front...sekarang arahan dia 'body back'...bermaksud kami terpaksa menyeimbangkan badan dan badan terpaksa ke belakang. Sakit jugak tu kalau mereka-mereka yang ada sakit belakang. Memang terasa susah... Ada kala nya kaki aku terlepas dari tempat sangkut kaki tu. Dan ada kalanya aku terpaksa melepaskan sebelah tangan untuk adjust kan kedudukan aku di atas pelana. Lalu Amir bising...'Sister...Use two hands'. Aku cepat-cepat pegang balik tali kuda tu dengan dua belah tangan.

Menuruni curam tu ada kala nya terasa risau jugak. Tambahan kita nampak ke bawah. Fikir-fikir balik, kalau jatuh ni memang habis la. Tarzan pun nampak keletihan juga. Fifi kata dia turun kuda dan join guide turun jalan kaki. Akhirnya perjalanan kami sampai juga ke bawah...Alhamdulillah. Berjaya juga menunggang kuda dengan melalui jalan mencabar ni. Siapa sangka ...dekat Malaysia jangan mimpi la nak naik kuda niπŸ˜„.

Bila sampai di sana, Amir tolong turun kan aku dan yang lain ie:  brother, sister dan amma. Semesti nya perkhidmatan guide ini...kena la bayar tips. Apa-apapun, aku tak kisah pun. He did a good job guiding the three horses and made our journey relatively safer. Jadi aku bagi la 500 rupee untuk Amir. Nampak sangat happy muka dia. Yer la pendapatan mereka bergantung pada berapa banyak pelancong yang datang dan banyak mana tips yang mereka dapat. Sekurang-kurangnya kehadiran kami membuka pintu rezeki bagi mereka.

.....

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

17/09/2017-Pengembaraan ke Kashmir (KL-New Delhi)

Tangan Tangan Ghaib

Travelogue to Turkey- Part VI-Konya - Mevlana museum and Sultanhani Caravanserai