Catatan

Tunjukkan catatan dari Februari, 2014

Damaikan Hati

Imej
Aduh... Kegilaan apakah ini Setiap masa Setiap detik Hanya wajah itu yang datang yang bermain di fikiran Sehingga mindaku tercalar Konsentrasi terganggu Gilakah aku Atau aku hanya berhalusinasi Hanya kerna cinta pada makhluk Mana pergi ego ku Mana pergi keras kepala ku Mana pergi jati diri ku Tuhan... Tolonglah hambamu ini Aku tidak bisa membezakan Apa yang betul Apa yang salah Dorongkan lah hati ini Jadikan lah kegilaanku ini Hanya kegilaan untuk mencintai Mu Ya Allah... Kau tenangkan lah hati ini Kau redakan lah badai yang melanda jiwa ini Yang semakin hebat memukul Kau bawakan kembalikan hati ini Semoga dapat ku tahu Mana intan dan mana kaca Mana hitam dan mana putih Agar damai hati ini Tenang bila sujud pada Mu -Alhambra 18.2.2014

Fikir

Imej
Jangan bilang mustahil Itu tandanya diri masih jahil Mengapa masih ragu pada janji yang sangat pasti Jangan bilang takut Itu tandanya jiwa masih rapuh Iman itu ertinya percaya kepada yang ghaib Itulah kesempurnaan diri yang baik Mungkin akal sukar mentafsir Mengubah mimpi menjadi realiti Dalam sekelip mata Tentulah diluar fikir Namun... Kalau disandar pada iman Dan sudah diizin Tuhan Maka pastinya akan terjadi Apa yang telah terjadi Tidak terduga oleh akal budi Tidak tersentuh oleh rasa Atau berbeza dari disangka Kerana Selain apa yang telah kita lalui Dan apa yang sedang kita hadapi segalanya masih tinggal misteri Sehinggalah ianya terjadi Mengapa mahu angkuh dan menyombong diri Bila nafas dan rezeki pun diberi Maka benarlah seperti diperakui Bahawa sesungguhnya manusia itu Hanya menzalimi diri mereka sendiri 09.02.2014

Ikhtibar

Imej
Saban hari Berita demi berita Tentang kematian kita dengari Kadang-kadang kita menyaksikannya sendiri Apa kita mengambil pengajaran diberi Atau masih lalai dengan keseronokan duniawi Wahai diri Marilah kita menginsafi Bahawa suatu hari nanti Kita juga pasti diundi untuk dibawa pergi Bersedia atau tidak malaikat maut tidak peduli Maka beruntunglah hati yang lembut dan mahu mengerti Yang sentiasa menyiapkan diri Lantaran kita tidak mengetahui Kapan saja dijemput Ilahi. 26.01.14

Kebangkitan

Imej
Suara detakan jam memecah keheningan malam Menandakan kehidupan sudah melangkah masuk ke hari yang baru Namun mataku masih belum mahu pejam Fikiranku berputar-putar Ingatanku melayang-layang Menggamit masa silamku Satu demi satu peristiwa Wajah demi wajah menjelma Tiba-tiba lamunan ku terhenti Bagaikan ada suara dari dalam diri menyapa dan berkata Mengapa mahu masih menghitung masa lalu yang telah kau lalui Sedang kau sia-siakan hari ini Lalu aku bangkit Meninggalkan tidurku Menjenguk ke luar jendela Memandang ke dalam gelap malam Menjelajah ke laut luas Meneroka ke langit lepas Merenung hari esok penuh misteri Mengumpul segala kekuatan diri Mahu membuat lonjakan Dan melepaskan sejarah lalu Secara perlahan-lahan Meninggalkan jeti memori Menuju ke pulau harapan Yang janjinya pasti 19.01.14

Perjalanan

Imej
Hidup ini ibarat pengembara Yang menunggu ketibaan kenderaan membawanya dari destinasi ke destinasi Menikmati pemandangan disepanjang perjalanan yang dilalui Dari hentian ke hentian seterusnya Menjadikan kita lupa dan alpa Lena diulit mimpi Hanyut dibuai angan-angan duniawi Ke mana destinasi terakhir kita Hingga datang suara keras menerpa Lantas kita tersentak dan terjaga Barulah kita menyedari Rupanya kita tidur terlalu lama Sedang kenderaan membawa kita Dedang melewati hentian terakhir usia 21.01.14

Nostalgia

Imej
Sesekali pulang ke daerah kelahiranku Pasti aku singgah ke sini Menghirup secawan kopi sambil menikmati juadah kegemaranku.. Tak ku lepaskan peluang mengunjungi tasek ini Tasek yang menyimpan seribu cerita Kisah suka dan duka Uda dan dara Dedaun pokoknya yang menghijau Riak air yang sedikit berlumut Dan hembusan angin petang yang meniupkan kedamaian Seakan menggamit nostalgia Lagu-lagu kenangan pun berputar Imbasan demi imbasan menjalar dalam memori Terdengar bagai ada suara yang membisik bisik Saling bersahutan bersilih ganti Wajah manusia dan peristiwa pun mula mengusik rasa Membuat aku tersenyum dan tertawa tanpa kusedari Kadangkala pula aku bersedih dan menangis sendiri Mengimbau kembali kenangan lalu Membuat aku rindu pada masa lampauku Alangkah indah dan syahdu Jika bisa ku ubah sejarah Ingin rasanya aku hidup bersamamu Menemanimu setiap waktu Melalui kehidupan susah senang denganmu Hingga ke akhir hayatku Tetiba lamunan ku terhenti Bagai ada sua...

Aku Masih Bernafas

Imej
Ku buka perlahan-lahan mata Terdengar bagaikan ada suara menyapa Wahai jiwa yang bergelora Bangkitlah engkau dari lena yang panjang Sudah berabad lamanya rohmu terpenjara Ayuh keluarlah dari selimut kemalasan Campakkan pakaian angan-angan Berhentilah berlari mengejar mimpi Kerna ia belum pasti Wahai diri Mengembaralah ke pelusuk bumi Terokailah langit dan lautan ini Jejakilah tanda kebesaran Ilahi Kelak kau akan meyakini janji Bahawa segalanya tidak berakhir disini Marilah memburu kasih sejati Akhirnya kau akan menemui cinta yang hakiki Wahai jiwa yang tenang Kembalilah kepada keredhaanNya Hidupkan sepertiga malam dengan zikir dan munajat Tanda syukur dan setia seorang hamba kepada tuannya Wahai diri bangkitlah segera Usah lagi membuang masa Hadaplah wajahmu ke kiblat Carilah bekalan akhirat Nescaya dunia tunduk padamu Kerana hatimu telah merdeka dari belenggu kecintaan kepad dunia dan takutkan mati Wahai diri Janganlah menangguh taubat Lakukan se...

Suram

Ketika manusia lain ghairah membilang detik tahun baru Mataku terlelap lebih awal Tiada yang mengujakan untukku menunggu Pesta tidak pernah bisa memujukku Mungkin turun mengunjuk rasa lebih menggamitkan Meski kata mereka hanya sia-sia Ibarat anjing menyalak bukit Ibarat mentimun melanggar duri Namun ia tetap memberi makna Kepada mereka yang mengerti tentang hak dan harga diri Sesungguhnya Perlawanan kebenaran dan kepalsuan itu tidak pernah akan tamat Sehinggalah dunia ini kiamat Pagi ini bila aku bangkit dari tidurku Biar terasa seperti tiada yang baru Melainkan bertambah lagi usiaku Terdetik dibenakku Bagaimana nasib rakyat nanti Menghadapi tahun yang suram ini Pastinya perjalanan berliku Penuh ranjau berduri sedang menanti Wahai si kaya Ingatlah ajaran agamamu Jangan kau tindas simiskin Santunilah anak-anak yatim Hari ini terlalu mahal Tidak bisa kau tebus dengan kehidupan dihari esok Sedarlah Kelak kau menyesal Dikala penyesalan itu tiada ma...

Permisi

Sahabat Relakan dia pergi... Menyusuri tariqat ke akhirat Lambat laun kan tiba saatnya Kita pasti menyusul Semoga kita bertemu kembali Di taman firdausi sana Bahagia kekal selamanya 18.12.13

Kematian

Imej
Kematian itu adalah permulaan Kepada sebuah kehidupan yang kekal abadi Kematian itu menokhtahkan kehidupan fana Kematian itu memisahkan keluarga, merampas harta meragut pangkat dan kuasa Kita melangkah ke alam akhirat sambil melewati pintu kematian Singgah seketika dialam barzakh Sementara menunggu sangkakala Kehancuran dan kebangkitan Bilamana kita dihimpunkan dipadang masyhar dan mentari sejengkal dan kelemasan dalam lautan keringat Menunggu penilaian amalan, timbang tara dan penghakiman Kemudian melintasi titian pemisah Golongan bahagia atau celaka Kematian merupakan perjalanan yang panjang Memenatkan lagi menyiksakan Bagi mereka yang belum bersedia dan dipaksa menempuhnya Namun kematian itu adalah keseronokan dan kegembiraan Datangnya dinantikan Saatnya dirindui para pencintanya Kerana ianya adalah permulaan perjalanan seorang insan Untuk bertemu Kekassihnya yang sekian lamanya dirindui 9.12.13

Ilusi

Imej
Aku asyik bercerita tentang semalamku Sangkanya kau tekun mendengar Tersentak dari lamunan Barulah aku sedari Bahawa sebenarnya Aku hanya berbicara sendiri Rupanya yang hadir didepanku sedari tadi Cumalah beyangan masa silam Yang kian pudar ditelan sinar pagi 18.12.13

Keliru

Imej
Entah mengapa kurasakan Hari ini agak berbeda dari semalam Juga tidak seperti kelmarin Jarang sekali terjadi Keanehan apakah ini Hingga tiada ungkapan yang mampu menggambarkan gelora dalam diri Dan tiasa rasa yang mampu kucoretkan sebagai kenangan Tiba-tiba kebosanan datang menyapa Hati menjadi resah gelisah Bagai ada mata yang memerhati Gerak rasa di dalam dada Seakan mahu menduga Sekukuh manakah kita mengotakan kata sesama kita 12.12.13

Ukhwah

Teman... Bila mata bertemu mata Maka hati mula berbicara Manakan tahu kalau nada kita tiada bezanya Namun Selagi lidah kelu untuk berkata Mulut membisu seribu bahasa Manakan mungkin jambatan ukhwah itu terbina sesama kita Teman... Luahkan rasa yang terpendam didadamu Lemparkan dendam yang bersarang dilubuk hatimu sekian lama Biar kudengari bisikan suara hatimu Agar bisa kufahami rentak jantungmu Dan kuselami deruan nafasmu Dan kurasai denyut nadimu Teman... Marilah kita mencari kedamaian sejati Ayuh hulurkan salam ukhwah sesama kita Kerana... Kita sebenarnya saling bersaudara 11.12.13

Petunjuk

Imej
Sahabat Hidup ini hanyalah seketika Maka janganlah kita menjadi seperti kelkatu yang terpesona dengan kilauan lampu Asyik dengan keindahan fana Lantas terperangkap dalam jaringan angan-angan yang rapuh Semakin kuat kau meronta Kian kusut benang angan-angan itu menjerat akalmu Kian erat ia menjerut jiwamu Akhirnya kau kehabisan daya Lesu tidak bermaya Lantas hanyut dalam arus khayalan tak berkesudahan Janganlah begitu sahabat Bukankah kita masih ada Tuhan Maka merintihlah kepadaNya Rayulah belas dan kasihNya Semoga bisa merungkai segala benag angan-angan yang menjerat dan menjerut jiwa lesumu Lantas mengembalikan kekuatan iman dan akal budimu Makanya kau bangkit dan berlari semula Meneruskan sisa perjalanan Menuju kehidupan abadi Dalam limpahan cahaya Ilahi 11.12.13

Erti Persahabatan

Imej
Sahabat Apalah sangat harga secawan coklat panas jika dibandingkan sebuah persahabatan sejati Padankah merajuk hanya kerana dahaga berbual tanpa secawan minuman kegemaran Perlukah meminta diganti hanya kerana sudah berjanji Jangan begitu Hulurkanlah kemaafan demi sebuah persahabatan Kerana apalah ertinya secawan coklat panas Bila sahabatmu itu sudah berlalu pergi Meski kau kini sedang menghirup minuman kegemaranmu itu seorang diri 13.12.13

Penantian

Imej
Penantian... Sungguhpun kata orang Penantian itu suatu penyiksaan bagi yang menanti Hambatan bagi yang ditunggu Entah benar entahkan tidak Barangkali Bagi yang mengharap kepulangan itu adalah impian yang menggembirakan Bagi yang berputus harap kepulangan itu tidak dinantikan Yang pasti... Penantian itu amat memenatkan Kadang-kadang membosankan Penantian yang panjang menguji kesabaran mencabar kesetiaan Lakukan lah perkara lain yang bermanfaat Paling tidak untuk dirimu Usahlah menghitung hari yang belum pasti kelak pasti rugi Namun... Jika yang ditunggu sudah pulang maka raikanlah dengan rasa syukur dan gembira ibarat sang gembala yang menemui semula ternakannya setelah kehilangan buat seketika... begitulah Allah bila hambanya memohon keampunan atas dosa dan khilafnya 15.12.13