Fikir


Jangan bilang mustahil
Itu tandanya diri masih jahil
Mengapa masih ragu pada janji
yang sangat pasti

Jangan bilang takut
Itu tandanya jiwa masih rapuh
Iman itu ertinya percaya kepada yang ghaib
Itulah kesempurnaan diri
yang baik

Mungkin akal sukar mentafsir
Mengubah mimpi menjadi realiti
Dalam sekelip mata
Tentulah diluar fikir
Namun...
Kalau disandar pada iman
Dan sudah diizin Tuhan
Maka pastinya akan terjadi
Apa yang telah terjadi
Tidak terduga oleh akal budi
Tidak tersentuh oleh rasa
Atau berbeza dari disangka
Kerana
Selain apa yang telah kita lalui
Dan apa yang sedang kita hadapi segalanya masih tinggal misteri
Sehinggalah ianya terjadi

Mengapa mahu angkuh dan menyombong diri
Bila nafas dan rezeki pun diberi
Maka benarlah seperti diperakui
Bahawa sesungguhnya manusia itu
Hanya menzalimi diri mereka sendiri


09.02.2014

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

17/09/2017-Pengembaraan ke Kashmir (KL-New Delhi)

Tangan Tangan Ghaib

Travelogue to Turkey- Part VI-Konya - Mevlana museum and Sultanhani Caravanserai