Perjalanan


Hidup ini ibarat pengembara
Yang menunggu ketibaan kenderaan
membawanya dari destinasi ke destinasi
Menikmati pemandangan disepanjang perjalanan yang dilalui
Dari hentian ke hentian seterusnya
Menjadikan kita lupa dan alpa
Lena diulit mimpi
Hanyut dibuai angan-angan duniawi
Ke mana destinasi terakhir kita
Hingga datang suara keras menerpa
Lantas kita tersentak dan terjaga
Barulah kita menyedari
Rupanya kita tidur terlalu lama
Sedang kenderaan membawa kita
Dedang melewati hentian terakhir usia



21.01.14

Comments

Popular posts from this blog

Doktor Mee Segera

Backpacker Safari tour from Sydney to Melbourne

Puisi Aku