Ikhtibar


Saban hari
Berita demi berita
Tentang kematian kita dengari
Kadang-kadang kita menyaksikannya sendiri
Apa kita mengambil pengajaran diberi
Atau masih lalai dengan keseronokan duniawi
Wahai diri
Marilah kita menginsafi
Bahawa suatu hari nanti
Kita juga pasti diundi untuk dibawa pergi
Bersedia atau tidak malaikat maut tidak peduli
Maka beruntunglah hati yang lembut dan mahu mengerti
Yang sentiasa menyiapkan diri
Lantaran kita tidak mengetahui
Kapan saja dijemput Ilahi.



26.01.14

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

17/09/2017-Pengembaraan ke Kashmir (KL-New Delhi)

Tangan Tangan Ghaib

Travelogue to Turkey- Part VI-Konya - Mevlana museum and Sultanhani Caravanserai