Erti Persahabatan


Sahabat
Apalah sangat harga
secawan coklat panas
jika dibandingkan sebuah persahabatan sejati

Padankah merajuk hanya kerana dahaga berbual
tanpa secawan minuman kegemaran
Perlukah meminta diganti hanya kerana sudah berjanji

Jangan begitu
Hulurkanlah kemaafan demi sebuah persahabatan
Kerana apalah ertinya secawan coklat panas
Bila sahabatmu itu sudah berlalu pergi
Meski kau kini sedang menghirup minuman kegemaranmu itu
seorang diri




13.12.13

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

17/09/2017-Pengembaraan ke Kashmir (KL-New Delhi)

Tangan Tangan Ghaib

Travelogue to Turkey- Part VI-Konya - Mevlana museum and Sultanhani Caravanserai