Kematian
Kematian itu adalah permulaan
Kepada sebuah kehidupan yang kekal abadi
Kematian itu menokhtahkan kehidupan fana
Kematian itu memisahkan keluarga,
merampas harta
meragut pangkat dan kuasa
Kita melangkah ke alam akhirat
sambil melewati pintu kematian
Singgah seketika dialam barzakh
Sementara menunggu sangkakala
Kehancuran dan kebangkitan
Bilamana kita dihimpunkan dipadang
masyhar
dan mentari sejengkal dan kelemasan dalam
lautan keringat
Menunggu penilaian amalan, timbang tara
dan penghakiman
Kemudian melintasi titian pemisah
Golongan bahagia atau celaka
Kematian merupakan perjalanan yang
panjang
Memenatkan lagi menyiksakan
Bagi mereka yang belum bersedia
dan dipaksa menempuhnya
Namun kematian itu adalah keseronokan
dan kegembiraan
Datangnya dinantikan
Saatnya dirindui para
pencintanya
Kerana ianya adalah permulaan perjalanan
seorang insan
Untuk bertemu Kekassihnya yang sekian
lamanya
dirindui
9.12.13
Ulasan