Kebangkitan


Suara detakan jam memecah keheningan malam
Menandakan kehidupan
sudah melangkah masuk
ke hari yang baru
Namun mataku masih belum mahu pejam
Fikiranku berputar-putar
Ingatanku melayang-layang
Menggamit masa silamku
Satu demi satu peristiwa
Wajah demi wajah menjelma
Tiba-tiba lamunan ku terhenti
Bagaikan ada suara dari dalam diri menyapa dan berkata
Mengapa mahu masih menghitung masa lalu yang telah kau lalui
Sedang kau sia-siakan hari ini
Lalu aku bangkit
Meninggalkan tidurku
Menjenguk ke luar jendela
Memandang ke dalam gelap malam
Menjelajah ke laut luas
Meneroka ke langit lepas
Merenung hari esok penuh misteri
Mengumpul segala kekuatan diri
Mahu membuat lonjakan
Dan melepaskan sejarah lalu
Secara perlahan-lahan
Meninggalkan jeti memori
Menuju ke pulau harapan
Yang janjinya pasti


19.01.14

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

17/09/2017-Pengembaraan ke Kashmir (KL-New Delhi)

Tangan Tangan Ghaib

Travelogue to Turkey- Part VI-Konya - Mevlana museum and Sultanhani Caravanserai