Keliru


Entah mengapa kurasakan
Hari ini agak berbeda dari semalam
Juga tidak seperti kelmarin
Jarang sekali terjadi
Keanehan apakah ini
Hingga tiada ungkapan yang mampu menggambarkan gelora dalam diri
Dan tiasa rasa yang mampu kucoretkan sebagai kenangan

Tiba-tiba kebosanan datang menyapa
Hati menjadi resah gelisah
Bagai ada mata yang memerhati
Gerak rasa di dalam dada
Seakan mahu menduga
Sekukuh manakah kita mengotakan kata sesama kita

12.12.13

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

17/09/2017-Pengembaraan ke Kashmir (KL-New Delhi)

Tangan Tangan Ghaib

Travelogue to Turkey- Part VI-Konya - Mevlana museum and Sultanhani Caravanserai