Pelayaran
Pelayaran Ombak Selat Melaka Aku terpukau Tenang Bayu laut Membawa aku dekat dengan Mu Desir laut Bagai alunan tasbih Tiada henti memuji Ilahi Saat manusia masih di buai mimpi Leka dengan duniawi Makhluk agung ciptaan Al Khaliq Mengalir mengikut arahan Tuhan nya Tiada sekali membantah Ada kala tenang... menenangkan Adakala bergolak memusnahkan Hanya dengan Kun Fa Ya Kun Ombak tenang bisa mengganas Meranapkan bumi Melimpah jadi tsunami Ketentuan Tuhan Mu Tiada siapa yang bisa hentikan Kerana Dia lah Al Qawi Aku insan kerdil Di tengah lautan Tanpa Mu Ya Allah aku karam di lautan dalam Bantu aku Ya Allah Untuk mengingati Mu Bantu aku Ya Allah Untuk terus dijalan lurus Mu Moga sentiasa dekat dengan Mu Bertasbih, bertahmid dan bertakbir Menyebut nama Mu yang agung Seperti Laut Selat Melaka ini Tiada jemu ia memuji Mu Ya Allah... Pelayaran ini Mengajar aku erti sebuah keh...