18/09/2017- Srinagar ke Sonamarg

Hari masih cerah lagi untuk kami meneruskan perjalanan dari Srinagar ke Sonamarg. Jadi kami menghabiskan masa yang berbaki untuk terus menikmati keindahan alam ciptaan tuhan di sepanjang perjalanan. Apa yang pasti keadaan musim luruh yang kami harapkan semasa berada di sini, tidak dapat kami kecapi. Still macam late summer. Belum menunjukkan tanda2 autumn. Mungkin kami sepatutnya datang lewat sedikit...mungkin Oktober dah full autumn. Nak buat macam mana dah nasib kami...autumn tak nak keluar lagi.  Cuaca di siang hari juga agak panas. Kalau di lihatkan pada weather forecast, temperature waktu siang antara 29-31 celcius. Malam mungkin sejuk sikit, range temperature antara 8-13 darjah celcius.

Kashmir kaya dengan hasil bumi yang Allah anugerahkan pada mereka. Majoriti pekerjaan mereka yang di luar bandar adalah petani dan penternak haiwan. Sepanjang perjalanan kelihatan ladang2 apple, sawah padi dan juga kelihatan pengembala mengembala haiwan-haiwan ternakan mereka.

Perhentian pertama kami adalah ladang apple. Kelihatan deretan ladang-ladang apple dengan buah-buah yang bergayutan. Kami berhenti di sebuah ladang kepunyaan sepasang couple yang agak nampak berumur...cuma aku mungkin salah kerana bila di lihat kembali kemudian kebanyakan mereka-mereka ini bukan lah tua sangat. Tetapi kerana mereka dah biasa bekerja keras, jadi mereka lebih nampak tua dari umur sebenar.

Kami memasuki ladang mereka dan meminta keizinan dari tuan punya ladang. Mereka sepertinya suka bila ada pelancong yang datang dan very sporting membenarkan kami mengambil gambar dengan buah, pokok apple dan dengan tuan-tuan ladang apple. Buah apple mereka ni memang jenis yang besar-besar dan sudah sampai masa untuk di petik. Jadi ada yang tangkap gambar langsung terpetik buah apple.  Lalu lebih ramai lagi lah yang terpetik buah apple untuk di bawa bekal. Alhamdulillah ...tuan ladang tak marah. Mereka agaknya consider ada pelancong macam kami ni tambah rezeki mereka sebab dapat sedekah. That's the beauty of Kashmiri people.

Selepas habis berposing di ladang apple, kami meneruskan perjalanan. Di kiri kanan jalan kelihatan deretan sawah padi...berwarna kuning keemasan. Itu sebabnya Sonamarg di gelar 'meadow of gold'...di sebabkan pemandangan kuning nya sawah padi mereka. Kami berhenti sebentar menyeberang jalan untuk mengambil pemandangan yang amat cantik ...sawah padi yang kekuningan dengan cahaya petang dan berlatarkan gunung ganang. Berderet la pulak dok posing dan selfie di situ. Tapi memang cantik...macam lukisan. Teringat zaman kanak-kanak dulu melukis dengan aturan sebegini😆. Apa yang mampu kami ucapkan adalah...Subhanallah. Cantiknya ciptaan mu Ya Allah.

Sesetengah kami mula kembali ke van dan sesetengah yang lain mencari peluang untuk turun ke sawah di mana ada petani-petani yang mengerjakan sawah mereka. Pada masa ini padi dah boleh di tuai. Jadi kelihatan jerami-jerami padi yang di ikat dan di tempat yang lain...di susun bertingkat-tingkat sehingga menjadi satu bukit jerami. Itu cara saya describe benda tu...Hehehee. Kami pun berposing la jugak dengan makcik2 Kashmir ni. Sebenarnya jerami yang baru yang diikat tu berat rupanya. Memang tak boleh jadi petani la aku ni...baru pegang seikat jerami dah complain. Belum suruh hempuk dekat kepuk padi bagi padi lerai...pengsan agak nya😄.

Hari sudah menghampiri senja. Kami di bawa singgah ke satu restaurant kecil di tepi jalan ini. Sambil di jamu dengan Kashmiri tea (@chai) dan cucoq ...macam cucoq bawang keraih😄. Makan saja la. Dia org punya pengambilan gula pun boleh tahan...manisss. Dari situ kelihatan mentari mula melabuhkan tirai. Pemandangan sangat cantik. Dalam masa yang sama segerombolan biri-biri melalui tempat kami...di iringi oleh pengembala kambing. Gemuk-gemuk betul biri-biri di sini. Kami mengambil peluang untuk mendapatkan caption biri-biri dari dekat. Bila biri-biri lalu, kenderaan lain kena slow down dan beri jalan pada biri-biri ni dulu.😁

Kami memulakan semula perjalanan menuju Sonamarg. Driver dah mula switch off aircond. Dekat sini dia org panggil AC. Bila kami kepanasan tadi...masing-masing suruh on AC. Satu yang perlu tahu ...di sini mereka amat berjimat. Kalau boleh memang dia org tak pasang aircond. Lantak engkau la berpanas macam tu. Dalam cuaca yang semakin sejuk begini, ok la kalau driver tak on aircond. Masing-masing buka tingkap untuk fresh air masuk.

Jalan berbukit juga di sini...tapi sebab malam dan gelap, tak tahu apa yang berlaku. Tiada lampu jalan. Sesekali kami bertembung dengan beberapa gembala kambing yang membawa segerombolan biri-biri. Hampir memenuhi jalan. Tak ada bawak torch pun...mereka agaknya sudah biasa mengendali biri-biri ni dalam keadaan gelap. Di kejauhan melihat ke bawah ...ternampak rumah-rumah mereka. Hanya beberapa rumah yang di terangi cahaya. Bekalan elektrik dari sumber generator. Terasa kembali ke zaman 70-an pulak. Tapi begitu lah kehidupan mereka. Teramat sederhana dan redha dengan apa yang ada.

Pada musim sejuk, bila kawasan ini di liputi salji...Adakala salji meliputi keseluruhan rumah mereka. Mereka berpindah ke kawasan lain. Kehidupan mereka ni kira macam nomad jugak la. Ada masa dalam perjalanan aku terlelap, ada masa terjaga...menunggu sampai ke destinasi.

Aku terjaga kembali bila sampai ke kawasan yang agak terang...deretan hotel-hotel kelihatan. Bukan hotel-hotel yang besar. Tapi boleh di katakan cukup menarik. Kami di bawa ke hotel imperial resort. Sampai di situ dalam pukul 8.30 @ 9pm. Ruangan lobby agak kecil...tapi cukup lah untuk kami. Di sebelah kiri nya merupakan ruangan makan untuk kami menjamu selera. Kami di beri bilik masing-masing. Bagaikan keseluruhan hotel tu untuk group kami saja. Aku dan Syirah naik ke tingkat 2 dan memilih bilik yang paling hujung. Kunci sudah tersedia di luar pintu. Kami mengenal pasti beg dan membiarkan porter mengangkut beg-beg kami yang berat tu ke bilik. Bila dah guna porter angkat beg memang ler kena bayar tips...tapi mana aku larat nak angkat beg tu naik tangga. Jadi korek la purse dok cari duit kecik. Memandang kan mana pecah duit lagi, yang paling kecik pun ada 500 rupee. Bagi jer la ...dah rezeki dia. So kira-kira ada la lebih kurang 30+ hinggit Malaysia...Ok la tu, dari aku angkut sendiri beg aku yang bagak tu.

Dinner dah ready untuk kami. Aku dah tak berapa ingat makan apa. Sebabnya selera aku memang out. Tengok orang lain makan sedap jer. Tapi boleh la telan. Free WiFi ada kalau dekat bawah ni. Tapi bila dah balik bilik jangan harap la. Dah lah bilik kat hujung...WiFi tak sampai. So upload ler apa2 yang patut dulu bila dekat bawah ni. Tapi slow giler jugak sebab semua orang serbu WiFi.

Hotel ni sumber electricity dari generator jugak. So ada la beberapa kali tergelap sekejap-sekejap. Suhu malam di Sonamarg ni memang sejuk ketaq2 dah. Nasib ada heater dekat katil. Itu pun kena make sure electricity jalan. Dalam bilik air, orang tu dah pasangkan water heater dan pesan pada kami, jangan usik button2 yang lain😂😂😂. Kami tak usik pun sesekali elektrik tak ada...gelap. Nak mandi malam2 ni ....Sorry la. Sejuk yang amat...tu nak tunggu water heater berfungsi dulu pulak tu. Bersih apa-apa yang patut jer la.

Lepas semua ready masuk tidur...katil panas best jugak. Tapi kena off bila dah panas. Takut terbakar pulak nanti😜.

Ok good nite...

P/S... Disclamer: ada few pictures... aku pinjam dari kamera org lain😑

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

17/09/2017-Pengembaraan ke Kashmir (KL-New Delhi)

Tangan Tangan Ghaib

Travelogue to Turkey- Part VI-Konya - Mevlana museum and Sultanhani Caravanserai